Thursday, 12 March 2015

JELOUS.

Assalamualaikum semua.


Hari tu aku wassap balak aku, cerita tentang blog aku ni.
Dia diam je.
Aku terus terang yang aku banyak bebel pasal ex lama aku dalam blog ni.
Dia diam jugak.
Aku cakap lagi aku malas nak delete apa-apa berkenaan ex kapel aku ni.

Balak aku cakap,


"suka hati kamulah. kalau kau sayang aku, kau takkan tinggalkan aku.
Tapi bila tengok-tengok, lawa jugak blog ko kan."


And i was like... 


----


-------


----------


-----------


-------------


-------------------


------------------------
































(0_0)



OKAY. DIA TAK JELOUS... 
hahahahaha!
Baguslah tu. Senang hidup aku.


Senang cerita, aku malas nak padam sebab aku memang pemalas.
Boleh? kekeke..





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 3 March 2015

HADIAH.

Assalamualaikum semua.


Korang selalu bagi hadiah tak?
Aku TAK! hahaha.

Paling kerap aku bagi hadiah pun pd adik aku. *birthday present or to congrats her only.
Kemudian pd boyfie. kekeke.
Tak lupe jugak pada ibu abah aku.
Abang aku berada dikedudukan terakhir. kekekeh!

Boyfie aku selalunya aku bagi hadiah pun sebab die selalu bg barang la pada aku.
Ni kisah boyfie lama la *ex kapel, uhuk!
Boyfie baru ada jugak bagi pada aku tapi aku pesan jangan membazir sangat, simpan duit untuk kahwin. Kot dia nak kahwin dengan aku la kan? miahaha..

Ibu abah aku jarang aku bagi hadiah ni,
Sebab ibu abah ni selalunya aku belanja makan je.
Malas la aku nak fikir bagi hadiah apa. 
Korang rasa keji tak? hehehe.
Dah aku rasa memang jenis aku tak tahu nak bagi hadiah apa sepadan umur mereka.

Paling syok pun aku bagi ibu abah perfume.
Tu pun abah komen perfume dia kurang sedap bau, sedap lagi bau perfume ibu. --'
Nampak tak sebab apa aku malas nak beli hadiah?

Mula-mula aku belikan ibu souvenir masa aku pergi UK dulu.
Setahu aku ibu aku suka je pakai heels ni, so aku belikan la die heels tapi tumitnya tebal.
Kaki ibu kecik sikit dari aku, sengaja la aku beli yang agak-agak ketat sikit dengan kaki aku ni.

Balik-balik malaysia, bila aku hulur kasut tu ibu pandang semacam.


"cantik kasut ko. sesuai dengan ko fara"

"eh bu.. ni untuk ibu la. saya nk buat pe. dah banyak kasut saya dah."

"ko gilo?? kasut tinggi macam ni ko suruh aku pakai? patah kaki aku ko tahu tak. ishhh budak ni."


Last-last ibu langsung tak pernah pakai kasut aku belikan. 100 paun aku beli tau. 
Masa tu 1 paun bersamaan dalam 7ringgit lebih la.
Aku rasa membazir sangat, tapi aku tak salahkan ibu aku.
Bila tengok balik, kasut tu tumitnya 4 1/2 inci.
Takkan la ibu den nak pakai. hahahaa!


Sejak dari tu aku insaf sikit la. Aku memang malas nak belikan hadiah.
Senang cerita, aku banyak belanja makan jelah.
Tak pun belanja bowling, karaoke ke. Paling bengap sangat aku bawak pergi holiday. Hehe.


TETAPI...

Time aku ada je orang akan bagi hadiah. hehe.
Beruntung tak? *angkat-angkat kening.


hadiah puteri gayung bg tapi masih belum diusik pun. uhuk..


Alhamdulillah la.
Aku rasa dihargai je bila selalu diberi hadiah ni.
Cuma maybe aku yang tak beberapa nak hargai orang sekeliling aku kot??
ok, bye!




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.