Sunday, 18 October 2015

KUANTAN AGAIN PART 1

Assalamualaikum.


Sekarang dah mula jinak-jinak update blog guna smartphone paksamsung i. Kihkih!

So i guest boleh la rajin sikit update blog lepas ni. *janji pelsuuuu. Hiks!

Ok, hari tu aku go back to kuantan.
Why i mention 'go back'? Sb my abah still bertugas disana.
Means ada rumah abah la disana. Rumah free kerajaan bagi pinjam je pun. Hehe.
Dulu pernah balik kuantan dengan uhuk2!!.. hahaha.
Tapi kali ni si tunang tak dapat follow sebab cuti tak approved.


Aku pujuk la. Cakap pd dia lepas halal kita bercuti sini ye? Mintak abah support ye? Wahahahaha!
Lelaki ni kalau tak pujuk kang diignorenye aku duapuluhempat tahun kang. Hehe.


So aku dan family jelah pergi ke kuantan.
Balik kuantan pun sebab bos besar abah aku ada buat kenduri kahwin anak dia dan wife die berhajat nak jumpa ibu aku.
Aku pun menyelit la sekali alang-alang lepas kenduri tu aku offday.

Aku mencik tau bila masa sebelum hari kejadian, aku punyalah berangan nak ke sana sini.
Paling aku nak jumpa, kawan-kawan sekolah kemaman aku masa form1-form3.
Tu waktu kepala senget sebelah tu.
Waktu tudung singkat. Wahaha! Tapi kasut aku maintain bata okehhh.. kekekeke..


Tapi apakan daya. Last minit abah beritahu yg tayar belakang kereta aku botak. Kedua-dua sekali pulak tu. Hurmmm.
So have to bring only one car.
Nak tukar tayar dah tak sempat sebab aku balik kerja jumaat pagi. Kiranya balik kerja kroihkroih dulu tidor mampos sangat, sampai masa ibu kejut aku suruh pack baju je. Dan terus gerak. Takde masa nak g tukar tayar bagai.
Kendurinya hari sabtu. Jumaat tu dah kena gerak dah.
Masam je muka aku sepanjang jalan.
Sebab kalau guna sebijik kereta je, sah-sah abah aku big boss punya.
Kena la ikut je plan dia pergi sana sini. Sobsobsobsssss...



sampai je bigboss ajak lepak kopitiam ekkk. Boringgg. (Walaupun orang belanja la. Hehe)

Sampai je apa lagi, melepak la dengan kawan-kawan dia
Abah aku ni polis, so faham-faham jelah puak dieorang macam mana.
Aku? Muka blurrr jelah layan kepala dan movie apa ntah. -..-


Yang tak boleh blah, sesat mana ntah aku pun kena punggah bawak tengok wayang.
Ceritanya anak kawan abah aku la, nak sangat tengok polis evo sebab dieorang dari kelantan. Disana panggung takde. Tu yang wife kawan abah beritahu la. Sorry kalau info aku salah.
Midnight movie pulak tu.
Jujur, aku tak minat tengok movie made in malaysia dekat panggung.
Tapi movie ni aku kasi 4bintang la sebab aksi diupgrade sikit.
Polis evo memang layak la dapat kutipan jutaan ringgit.


Balik malam tu, aku tidur tak ingat dunia lg sebab sampai rumah hampir pukul 4pagi. Haha.

Lenkali aku sambung lg boleh? Aku rajin sekejap je. Hahahaha.

Abah.. dalam blog saya tak boleh smoking. Hehe





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

2 comments:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Aini Shah said...
This comment has been removed by the author.
copyright@budakijau.do not copy.