Thursday, 19 February 2015

MAIN MASAK-MASAK

Assalamualaikum semua..


Aku suka menonton rancangan memasak,
Tapi aku tak minat memasak. Aci tak? hehe..

Tetapi... Kalau bab cuba mencuba ni aku la orangnya. haha!

Dulu aku masih ingat lagi,
Aku try buat pavlova.



"apa kau buat tu fara?"

"ni namanya pavlova bu. desert orang barat. saya buat special untuk birthday ibu tau." *kelip-kelip mata.


After 2 hrs or more maybe..


"Heh.. Penat la bu."

"Hah.. mana pav.. pav apa bondonyo yg kau buat td?"

"Ada.. kejap. kiela bawakkan."

"Memang benda ni melempeng macam ni ke fara? Tapi rasanya ok la. Cuma manis la, aku kurang sikit benda manis-manis ni."

"Bu.. kalau melempeng tu maknanya tak menjadi la tu. Adoiii bu ni"


Lepas eksiden pavlova aku tak naik tu, aku cuba pulak buat cream puff.
Kemain ko. Confident i tell you.. hahahaha!



"Apa bau sedap ni. Kau bakar apa fara?"

"Aku try buat cream puff. Nanti ko rasalah."


After cream puff done baking.


"Woii apa ni, macam cekodok je"

*abang aku gigit sikit kuih aku.

"Ala boleh la rasanya, tapi kenapa kuih kau tak naik? setahu aku kuih ni gebu."

"Ontahlahhhh.."  -..-


Itulah kisahnya yg aku buat aku malas nak mencuba lagi. hahahaa.
Yang paling menjadi pun aku try buat, oreo cheese cake je.
Tu pun version non-bake punya.

Cream puff aku abang aku panggil cekodok?
Sentap hati kecilku. tskkkkkk....


Yang aku hairan, aku buat cekodok boleh pulak naik gebunya.
Haihhh.. -..-


roti telur cheese version aku. nasib baik abah nak makan. haha!


Aku suka cuba-cuba je.
Kadang-kadang aku siap bercakap sorang-sorang dekat dapur.
Ibu cakap aku mental. Hahahahaa!


ni spagethi melayu aku. pun bolehhhh. haha!



Kesimpulannya, aku kena belajar memasak lagi mulai sekarang atau laki anak-anak aku nanti merana seumur hidupnya. Kekekekeh!



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

2 comments:

Mialia Amelia said...

cheese sandwich tu nmpk sedap :D

Lea IsNawi said...

spageti tu nampak yummy!

copyright@budakijau.do not copy.