Wednesday, 30 December 2015

BYE 2015

Assalamualaikum.


Makin lama, makin lapuk blog aku.
Makin ditelan zaman. Seperti usia ku? Ehh? *motif? Haha!
Kebiasaanya waktu macam ni la aku muncul. Konon-konon nak tabur janji pelsu lg. Hehe.

Ye. In the end of 2015. Almost one year. But to me masih rasa macam baru nak masuk febuari je. Ahahaha.

Waktu macam ni baru la semua nak flashback kan?
Tapi sayangnya aku ni pelupa teramat.
Not all aku boleh ingat. Aku kadang-kadang ingat peristiwa tapi tarikh aku boleh lupa. 
Sebab tu la sejarah aku dulu C-. Kahkah!


"I think it's important to realize you can miss something, but you never want it back"


Gitteww ayat ko pompuan. Hahaha.
Well ye.. Banyak pekara aku rasa ayat tu seperti back up aku la. Bukan soal perasaan je, tapi kerja aku sendiri la.
Have to admit every person ada cara masing-masing.
Ada habit sendiri. Ada baik buruk.
So do mistake part of it. To learn to be better.
Tipulah dah boleh lupa apa silap aku.
Tipulah dah boleh lupa apa orang buat pada aku.
Tipulah dah boleh lupa apa aku dah buat pada orang sekeliling aku.
Cuma tahun ni, mmg aku dah step up.
Dah banyak perkara aku tinggalkan.
Ramai sokong, ramai jugak yg yakinkan aku masih sama.
See? Kau cuba nak berubah pun, masih ada negative thing they will remind you. Apa point dia? 
Aku malas nak amik kisah. Mana ada manusia pernah puas kann?

Cuba kau fikir, dari satu per satu kau nak.
Dah dapat ni, kau nak tu plk.
Dah dapat satu kau nak dua pulak.
Pernah manusia puas? Tak.


Okay, this year aku broken heart sangat.. hahahaha. *gelak dato vida. Boleh?
Pernah aku tanya kawan aku, (dia pernah jd kawan, lepas kena sound dgn ex, dia tak nak contact aku lg)

"Kau rasa wan, ada ke orang nak dekat aku wan?"

Dia senyum dan cakap pd aku. "Mestilah ada. Tapi bukan aku la. Ko bukan taste aku. Hahahaha. Tapi fara, kalau hati kau tak tenang, cuba lepaskan. Kita tengok apa akan jd. Aku berani cakap kau akan rasa better."


Aku mulanya rasa tu hint je bg aku.
Kemudian orang bg aku taik lg,
Aku pun balas taik cair kaw-kaw punya baq hang. Hahaha.
Aku tinggalkan semua yg selama ni terbeban atas bahu aku.
Kemudian? Aku rasa bebas. Free. Tenang. Takde masalah.
Walhal hakikatnya, masalah tu bertimbun.
Even ramai orang blame on me, ramai anggap aku punca, aku yg salah. Kisah plk aku? 
Ni taik banyak-banyak ni siapa nak kemas?
Cuma aku. Yg teman aku, ibu. Adik aku.
Yg tolong aku, tunang aku. *dulu bf jelah.
Yang mulut puaka banyak cakap tu buat apa?
Tengok. Melihat. 

Sepanjang masa, ibu ingatkan aku.
Sokeyy fara. Kau kuat. Kau boleh let go pekara ni. Kau mampu lawan. *dalam hati aku, aku kuat sb ibu je.

Dan tiba-tiba si tunang aku ajak kahwin.
Aku tak layan. Aku cakap dia bangang. Hahahaha!
Dia tanya lagi next day. Dekat tempat kerja pulak tu.
Aku jawab la "ko gila. Nak penampar?"
Dia buat muka. Aku buat tak endah.
Aku takde feeling sangat masa tu. Aku macam blur pun ada jgk. Gile ke apa nak ajak kahwin. Aku tak pernah decide bila aku nak kahwin. Lagi pun dengan semua masalah, aku mmg takde mood nk fikir hal kahwin pulak.


Dia datang lg, tanya aku.
"Kau kenapa? Kau taknak kahwin ke?"
Aku bengang terus. Ayat macam nak cakap aku dah tua sangat jekkk! Aku bg setepek dkt dia. "Kau sibuk pesal? Kau mak ayah aku? Ada aku mintak duit kau ke selama ni?"
Dia perasan aku marah gila dan salah tafsir ayat dia. Dia pun slow down.
Tiap-tiap hari dia offer aku balik dgn dia. Selalu aku menolak. Aku cepat angin sikit. Heee..
Dia selalu geleng kepala. Tu jd habit die bila aku marah dia.


Satu hari tu, dia hantar aku balik.
Dia slow talk dgn aku.
Dia tanya kenapa dgn aku. Aku diam.
Aku cakap jangan sibuk hal aku. Kemudian dia bukak cerita pasal ex aku. Dia tanya aku tak boleh lupakan lg ke.
Aku terus emo. Aku cakap la macam mana nak lupa. Tak sampai setahun pun lg. Kau cakap kau boleh ke lupa harjadi ex kau? Tak! Kau jangan mintak aku lupakan sb aku takkan buat. Cuma bg aku masa. Kau mana tahu taik apa dia buat pd aku. Kau boleh dengar, lihat. Tapi kau takkan boleh rasa.
Kau mintak aku percaya lelaki lg? Aku tak boleh tarik nafas lega selagi taik dia tak berkemas. Kau faham?


Dia diam.. dia tak pandang aku. Aku blah. Keluar dari kereta dan terus jalan balik rumah.
Dia mesej aku. Mintak maaaf. Sb dia push aku. Aku malas nak amik serius ttg hal tu. Aku kena fokus settlekan masalah aku sendiri.
Aku cuba, aku kuatkan diri, aku redha dgn apa yg jadi, aku cuba cari semangat aku balik.


Kawan baik aku kahwin 30 may 2015.
Aku jadi pengapit. Since sekolah lg benda tu jd bualan dan aku mmg jd pengapit dia.
Aku ni tak pernah setuju jd pengapit orang. Hahaha!
Disebabkam dia kawan baik aku, aku setuju.







All went well. Cuma aku segan je. Kawan aku kurus. Aku gemok. Haha.
Tapi kawan aku bekeras nak aku jd pengapit, aku go on jelah.
Masa majlis kawan aku, bestie aku yg lain pun ada.
Ibu dgn selamba cakap pd diaorang "fara tunang lepas raya. Jemputlah datang nanti."
Aku pandang muka ibu. Pehal ibu ni, tak bincang pape pun?

Ibu buat tak dengar ek waktu tu. Siot jekk. Haha.
Balik rumah, ibu cakap tunang je. Dia nak kahwin dengan ko kau. Apa masalahnya?
Aku jawab rasa awal lg la. Ibu cakap tak elok lama-lama.
Maybe ibu tak nak pisang berbuah dua kali.
Aku ikutkan je. Dan okay. Fara dah tunang.
Ramai mengusik la sb kitaorang ni sama tempat kerja,
Aku tak suka sb aku masih blur lg sebenarnya.
Diaorang tanya apa beza. Aku jawab sama je. Diaorang tak percaya plk. Angin je aku. Haha.


Aku tak selalu pun panggil dia tunang aku. Aku kadang-kadang panggil dia boyprend aku je lagi.
Lantaklah apa orang nak kata.
Bukan boleh pegang-pegang pun. Bukan boleh tinggal sebumbung. So bg aku sama je.


Dalam masa sama, kereta yg aku guna sekarang dah habis dibayar. Wahahahaha!
Itu berita paling menggembirakan aku tahun ni.
Tak perlu pergi bank setiap kali gaji lg dah.
Kemudian 1st time aku tak sambut pun birthday aku.
Paling worst aku rasa. Haha. Tapi abah still bg aku duit as a present. Semua kumpul duit untuk majlis akan datang.
Insa' next year. Kita doa yg baik-baik okay? *wink wink


Aku dah boleh hulur duit belanja pd adik kesyangan aku every month.
Dia kan student. Tak banyak tapi cukuplah buat adik aku tersenyum.
Aku happy dapat buat benda tu. Aku happy dah settle semua masalah.
Cuma bab majlis memanglah ada jugak berdebat. Hahaha.


Aku dengan si tunang baik-baik je.
Banyak dugaan. Gile ko nak jd angel setiap masa.
Cuma buat masa sekarang semua boleh handle dgn baik.
Masa terus berjalan. Ubati luka aku.
Goodbye 2015. Its a wonderful year to me.




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Sunday, 18 October 2015

KUANTAN AGAIN PART 1

Assalamualaikum.


Sekarang dah mula jinak-jinak update blog guna smartphone paksamsung i. Kihkih!

So i guest boleh la rajin sikit update blog lepas ni. *janji pelsuuuu. Hiks!

Ok, hari tu aku go back to kuantan.
Why i mention 'go back'? Sb my abah still bertugas disana.
Means ada rumah abah la disana. Rumah free kerajaan bagi pinjam je pun. Hehe.
Dulu pernah balik kuantan dengan uhuk2!!.. hahaha.
Tapi kali ni si tunang tak dapat follow sebab cuti tak approved.


Aku pujuk la. Cakap pd dia lepas halal kita bercuti sini ye? Mintak abah support ye? Wahahahaha!
Lelaki ni kalau tak pujuk kang diignorenye aku duapuluhempat tahun kang. Hehe.


So aku dan family jelah pergi ke kuantan.
Balik kuantan pun sebab bos besar abah aku ada buat kenduri kahwin anak dia dan wife die berhajat nak jumpa ibu aku.
Aku pun menyelit la sekali alang-alang lepas kenduri tu aku offday.

Aku mencik tau bila masa sebelum hari kejadian, aku punyalah berangan nak ke sana sini.
Paling aku nak jumpa, kawan-kawan sekolah kemaman aku masa form1-form3.
Tu waktu kepala senget sebelah tu.
Waktu tudung singkat. Wahaha! Tapi kasut aku maintain bata okehhh.. kekekeke..


Tapi apakan daya. Last minit abah beritahu yg tayar belakang kereta aku botak. Kedua-dua sekali pulak tu. Hurmmm.
So have to bring only one car.
Nak tukar tayar dah tak sempat sebab aku balik kerja jumaat pagi. Kiranya balik kerja kroihkroih dulu tidor mampos sangat, sampai masa ibu kejut aku suruh pack baju je. Dan terus gerak. Takde masa nak g tukar tayar bagai.
Kendurinya hari sabtu. Jumaat tu dah kena gerak dah.
Masam je muka aku sepanjang jalan.
Sebab kalau guna sebijik kereta je, sah-sah abah aku big boss punya.
Kena la ikut je plan dia pergi sana sini. Sobsobsobsssss...



sampai je bigboss ajak lepak kopitiam ekkk. Boringgg. (Walaupun orang belanja la. Hehe)

Sampai je apa lagi, melepak la dengan kawan-kawan dia
Abah aku ni polis, so faham-faham jelah puak dieorang macam mana.
Aku? Muka blurrr jelah layan kepala dan movie apa ntah. -..-


Yang tak boleh blah, sesat mana ntah aku pun kena punggah bawak tengok wayang.
Ceritanya anak kawan abah aku la, nak sangat tengok polis evo sebab dieorang dari kelantan. Disana panggung takde. Tu yang wife kawan abah beritahu la. Sorry kalau info aku salah.
Midnight movie pulak tu.
Jujur, aku tak minat tengok movie made in malaysia dekat panggung.
Tapi movie ni aku kasi 4bintang la sebab aksi diupgrade sikit.
Polis evo memang layak la dapat kutipan jutaan ringgit.


Balik malam tu, aku tidur tak ingat dunia lg sebab sampai rumah hampir pukul 4pagi. Haha.

Lenkali aku sambung lg boleh? Aku rajin sekejap je. Hahahaha.

Abah.. dalam blog saya tak boleh smoking. Hehe





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 13 October 2015

LIFE CHANGE

Assalamualaikum people.


Its been a while i'm away from my blog.
I rasa macam dah pencen je berblogging ni

Actually banyak reason aku malas nk update blog aku.
Honestly aku menghadapi my upside down dalam hidup aku.
But my perangai macam ntah pape ni, macam wayar putus ni, so ramai tak tahu la. 
Sebab aku malu la nak tunjuk sedih aku, muram aku in public.
*see? Aku pemalu orangnya. Muahaha!
Tapi yang rapat dengan aku, tahu je.

Last thing happen to me,
Aku pindah tempat kerja.

Still sama, in manufacturing lagi. *still kuli. Kahkah!
Working in same hour. *pheuww, 12hrs a day. (Reason no.2 not enough time.)
Same industry just different company.

It just different enviroment,
Different friend,
And different language. * new company need to speak engg.

So korang faham-faham la bila aku rojakkan bahasa dalam blog ni. Hehe.

Tapi my upside down happen when i was working at my prev company. U know, bila enviroment bertukar, people stop ask u question, people stop ask how are you doing now, make me stop thinking about my upside down time.
So benda macam ni buatkan aku nak buka buku baru, buatkan aku nak let it go what its not good for me anymore. 
Senang cerita buatkan fokus aku tak terganggu lagi. 
Aku lebih fokus dengan benda lain dan aku lebih tenang.


Tapi i've learn my lesson.
Aku change to not really be in public.
Just doing my thing.
Live my life.
Stop thinking too much like before.
And try to make  myself happy more than others. =)


Disebabkan tu semua la aku malas nak blablabla dekat blog sendiri.
Takut dalam tak sedar aku terlalu banyak share benda yg tak perlu.
Tapi blog ni still kenangan manis aku,
Bukan sebab ehem-ehem tu, *dah tak kisah dia hidup ke mati. Haha.
Tapi disebabkan aku kelakar baca balik skema time aku.
Disebabkan kelakar bila baca benda bangang aku pernah buat.
Kelakar baca macam mana i make friends thru blogging.
Tersenyum bila baca blog kawan-kawan yg dah lama aku tak update.

Aku kadang-kadang tertanya juga apa function blog aku masih kekal sampai sekarang ni?
Jawapannya still sama. Aku sayang nak delete blog ni.
Baik dan buruk, ni semua hasil kerja aku.
So why nak tipu diri sendiri? Aku buat blog ni.
Lawa ke comot ke busuk ke ini diri aku.
So aku terima apa adanya dan cuba perbaikinya.


And point aku nak membebel ni sebab nak cerita sikit je, tapi membebel je banyak. Hahahaha.

Ok, boyfriend aku no longer my boyfriend.




He's my fiance. No more boyfriend title.
Hiks! Gelak kena sopan sikit la sebab darah manis.
Majlis nak cakap simple, tak la simple. 
Tapi nak cakap gah, tak juga.
Alhamdulillah my close family members hadir, 
Terpacak jugak 2 khemah but no pelamin even d.i.y pelamin pun.
Make up pun aku beli sendiri dan my cousin tolong make up kan.
Hand bouquet tu d.i.y. 
Last minute punya plan dan menjadi.
Aku masuk daiso dan jumoa bunga plastik rm5 ni.
Mulanya nak buat hiasan buah tangan, (tiada hantaran dlm majlis aku, ibu suggest buat buah tangan shj utk tidak menyusahkan kedua-dua pihak.) Tapi in the end bunga ni jad hand bouquet sb aku rasa nak nampak ayu sikit pegang la bunga. Aku kan tak fancy. Tak ayu. Hahaha.
Sepanjang majlis aku rilek je sampai la time nak sarung cincin.
Semua yg berkumpul dalam bilik wish me luck bagai,
Tak pasal-pasal tangan jadi sejuk. Siott je. Hahahaha.

Dan majlisnya sebenarnya bulan july lepas.
Aku je update lambat.
Aku fikir banyak kali nak post dekat blog sb lebih kpd umum,
*dekat fb dah lama dah update. Kihkih!
Tapi bila jenguk blog dan mereput je, blog pun last entry tak beberapa nak happy, so i'm thinking nak post something nice to share. =)

Ok. Tu sahaja.
Cakap-cakap belakang tak laku disini.
Sila ke blog lain ye. Mekasihhhh. 

Alhamdulillah. My upside down start to go away slowly.
Kadang-kadang bagus jugak having a bad time in mylife.
It just getting me stronger and a beter person. Insa'.
People who care about me especially my family always support me.
My ibu banyak berpesan,

"Kalau boleh nak lupakan kisah lama dan bukak buku baru. Biar apa orang nak kata, tiada manusia sempurna tak pernah buat salah. Perbaiki diri dan kuatkan semangat. Balasan biarlah tuhan yg bagi, bukan kita."

Bila ibu pesan macam tu, perlahan-lahan aku palingkan muka dan wipe my tears.
Giler tak sebak ibu support aku dalam apa jua keadaan.
She's the best things that i've in my life.

Sekian. Aku rajin, update lg. 

*entry aku nak share kegembiraan. Please no negative thinking in here. 


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 12 March 2015

JELOUS.

Assalamualaikum semua.


Hari tu aku wassap balak aku, cerita tentang blog aku ni.
Dia diam je.
Aku terus terang yang aku banyak bebel pasal ex lama aku dalam blog ni.
Dia diam jugak.
Aku cakap lagi aku malas nak delete apa-apa berkenaan ex kapel aku ni.

Balak aku cakap,


"suka hati kamulah. kalau kau sayang aku, kau takkan tinggalkan aku.
Tapi bila tengok-tengok, lawa jugak blog ko kan."


And i was like... 


----


-------


----------


-----------


-------------


-------------------


------------------------
































(0_0)



OKAY. DIA TAK JELOUS... 
hahahahaha!
Baguslah tu. Senang hidup aku.


Senang cerita, aku malas nak padam sebab aku memang pemalas.
Boleh? kekeke..





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 3 March 2015

HADIAH.

Assalamualaikum semua.


Korang selalu bagi hadiah tak?
Aku TAK! hahaha.

Paling kerap aku bagi hadiah pun pd adik aku. *birthday present or to congrats her only.
Kemudian pd boyfie. kekeke.
Tak lupe jugak pada ibu abah aku.
Abang aku berada dikedudukan terakhir. kekekeh!

Boyfie aku selalunya aku bagi hadiah pun sebab die selalu bg barang la pada aku.
Ni kisah boyfie lama la *ex kapel, uhuk!
Boyfie baru ada jugak bagi pada aku tapi aku pesan jangan membazir sangat, simpan duit untuk kahwin. Kot dia nak kahwin dengan aku la kan? miahaha..

Ibu abah aku jarang aku bagi hadiah ni,
Sebab ibu abah ni selalunya aku belanja makan je.
Malas la aku nak fikir bagi hadiah apa. 
Korang rasa keji tak? hehehe.
Dah aku rasa memang jenis aku tak tahu nak bagi hadiah apa sepadan umur mereka.

Paling syok pun aku bagi ibu abah perfume.
Tu pun abah komen perfume dia kurang sedap bau, sedap lagi bau perfume ibu. --'
Nampak tak sebab apa aku malas nak beli hadiah?

Mula-mula aku belikan ibu souvenir masa aku pergi UK dulu.
Setahu aku ibu aku suka je pakai heels ni, so aku belikan la die heels tapi tumitnya tebal.
Kaki ibu kecik sikit dari aku, sengaja la aku beli yang agak-agak ketat sikit dengan kaki aku ni.

Balik-balik malaysia, bila aku hulur kasut tu ibu pandang semacam.


"cantik kasut ko. sesuai dengan ko fara"

"eh bu.. ni untuk ibu la. saya nk buat pe. dah banyak kasut saya dah."

"ko gilo?? kasut tinggi macam ni ko suruh aku pakai? patah kaki aku ko tahu tak. ishhh budak ni."


Last-last ibu langsung tak pernah pakai kasut aku belikan. 100 paun aku beli tau. 
Masa tu 1 paun bersamaan dalam 7ringgit lebih la.
Aku rasa membazir sangat, tapi aku tak salahkan ibu aku.
Bila tengok balik, kasut tu tumitnya 4 1/2 inci.
Takkan la ibu den nak pakai. hahahaa!


Sejak dari tu aku insaf sikit la. Aku memang malas nak belikan hadiah.
Senang cerita, aku banyak belanja makan jelah.
Tak pun belanja bowling, karaoke ke. Paling bengap sangat aku bawak pergi holiday. Hehe.


TETAPI...

Time aku ada je orang akan bagi hadiah. hehe.
Beruntung tak? *angkat-angkat kening.


hadiah puteri gayung bg tapi masih belum diusik pun. uhuk..


Alhamdulillah la.
Aku rasa dihargai je bila selalu diberi hadiah ni.
Cuma maybe aku yang tak beberapa nak hargai orang sekeliling aku kot??
ok, bye!




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 19 February 2015

MAIN MASAK-MASAK

Assalamualaikum semua..


Aku suka menonton rancangan memasak,
Tapi aku tak minat memasak. Aci tak? hehe..

Tetapi... Kalau bab cuba mencuba ni aku la orangnya. haha!

Dulu aku masih ingat lagi,
Aku try buat pavlova.



"apa kau buat tu fara?"

"ni namanya pavlova bu. desert orang barat. saya buat special untuk birthday ibu tau." *kelip-kelip mata.


After 2 hrs or more maybe..


"Heh.. Penat la bu."

"Hah.. mana pav.. pav apa bondonyo yg kau buat td?"

"Ada.. kejap. kiela bawakkan."

"Memang benda ni melempeng macam ni ke fara? Tapi rasanya ok la. Cuma manis la, aku kurang sikit benda manis-manis ni."

"Bu.. kalau melempeng tu maknanya tak menjadi la tu. Adoiii bu ni"


Lepas eksiden pavlova aku tak naik tu, aku cuba pulak buat cream puff.
Kemain ko. Confident i tell you.. hahahaha!



"Apa bau sedap ni. Kau bakar apa fara?"

"Aku try buat cream puff. Nanti ko rasalah."


After cream puff done baking.


"Woii apa ni, macam cekodok je"

*abang aku gigit sikit kuih aku.

"Ala boleh la rasanya, tapi kenapa kuih kau tak naik? setahu aku kuih ni gebu."

"Ontahlahhhh.."  -..-


Itulah kisahnya yg aku buat aku malas nak mencuba lagi. hahahaa.
Yang paling menjadi pun aku try buat, oreo cheese cake je.
Tu pun version non-bake punya.

Cream puff aku abang aku panggil cekodok?
Sentap hati kecilku. tskkkkkk....


Yang aku hairan, aku buat cekodok boleh pulak naik gebunya.
Haihhh.. -..-


roti telur cheese version aku. nasib baik abah nak makan. haha!


Aku suka cuba-cuba je.
Kadang-kadang aku siap bercakap sorang-sorang dekat dapur.
Ibu cakap aku mental. Hahahahaa!


ni spagethi melayu aku. pun bolehhhh. haha!



Kesimpulannya, aku kena belajar memasak lagi mulai sekarang atau laki anak-anak aku nanti merana seumur hidupnya. Kekekekeh!



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Sunday, 8 February 2015

SATURDAY NITE WITH FAMILIA

Assalamualaikum semua..


Kebetulan la hari ni cuti dan laptop ada dalam rumah ni.
So kita update blog malam sabtu ni ye? 
Muehehehe..

Bila benda dah kebetulan ni, mintak maaf la update bersepah sikit. hahaha!

Ok semua. EHH!!
Ada jugak manusia komen blog i bagi kata-kata semangat.


TERIMA KASIH =)


Whatever happen, aku kena teruskan bernafas jugak.
Memanglah ada saki baki peritnya tu lagi,
Tapi persoalannya sampai bila??

Jadi aku decide just follow the flows sahaja.



Oh btw bagi sesiapa la kan yang baru terklik link blog usang murah lapuk ditelan zaman ni,
Harap jangan terus jump on conclusion je ok?
My life it's not on under anyone to control,
So pelisssss sangatlah, don't make any judgement based on what you just heared or read.
TQ again. hihik!


Aku poyo sangat ni bukan sb apa,
Sebabnya aku ni baru pindah kerja,
Make new friends,
Meet new people.

Some of them ask about my personal life,
I rather avoid to answer lah. Well.. to me dah malas nak layan.
Bored already. 

If we know each other dekat tempat kerja,
Be profesional. We talk about work only.
Maybe sikit-sikit about background example where you from ke, where you stay ke, still boleh accept la.

Lebih-lebih, jemah mintak mahap la ye.
Jemah tak suka busy body person to be with me.
Hehehehe..


Jadi.... 
Umur makin meningkat kot???!!!
And bila ibu abah mula asking about future,
I was like OMAIGADDDDD!!


"Ibu abah, saya dah tua ke?"

"Ko tak tua, ko dah expired"


Wah itu jawapan menusuk ke dalam jantungku betul la..
Tapi for me parents are everything.
So when they speak up, i believe they have their own reason.
So maybe it's time for me to planning for my future. Oh macam tu ekk? LOL.

Ok la aku serius sikit.
Jadi... abah selalu pulang ke rumah sejak kebelakangan ini.
Dan aku, tak senang duduk bila aku langsung tak serius about my future lagi ni. hahaha!

Hari ni pun abah bawa kami sekeluarga makan-makan.
Korang tahu tak, last abah ibu ajak keluar makan ramai-ramai macam ni tahun 2005 tau.
Pelissss imagine berapa lama family aku tak spent time keluar makan complete one family macam ni.

Beria-ria aku bersiap awal korang tahu takkkk! HAHAHAHAA!
Yelahhhh.. i faham anak-anak ibu abah ni dah expired =D 
So semua sibuk kerja je. * ehh ternasuklah abah ekkk. hihik!

Jadi aku merangkap anak keempat dalam family ni,
Tersangatlah happy sebab terasa zaman kecik-kecik dulu makan ibu abah yang belanja.
Abah pulak bawak dekat nasi arab damsyik.
Hambik ko, order kambing teruslahhh. wahaha!



gegirls only for selfie. can haa? hehe



Alhamdulillah. Aku gembira dalam duka *nak jgakk dukanya
Family aku memang jarang bersama. Maksud aku berkumpul macam ni,
It really make my day today. 



ibu abah harta dunia aku.
dan puteri gayung main curi je makanan aku. chaitt!!


Masa makanan sampai, abang aku tegur aku.
Sudah-sudah la amik gambar. Makan dulu. Rezeki tuu..

Baik bos! hihi.
Ok ye.. Betul. Kena makan dulu. 



muka kepuasan makan lemak kambing. 

Alhamdulillah.
Aku bersyukur dengan nikmatnya.
Aku sayang family aku sangat-sangat.

Mudah-mudahan family aku dapat berkumpul macam ni selalu hendaknya.
Ok tu je. Bye people.






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 22 January 2015

HELLO 2015.

Assalamualaikum semua.


Tahniah fara! Akhirnya engkau berjaya pun update blog lapuk ditelan zaman ni. hihi!

Ermmm.. Urm..

Macam mana nak mula entry ek?
Aku rasa lama sangat tak menaip buat aku rasa skils blogging aku dah hilang la.
Haha! Bapak poyo ayat aku. *skill beb.



Ok. Mari kita mulakan cerita.



Baiklah.
Beri aku kekuatan sikit nak update, nak cerita mana yang patut dalam blog aku sendiri ni.
Bismillah..


Ok. Secara rasminya aku bukak mulut.
Aku dengan mr.sedud currently now just a history.
Kitaorang officially have nothing to do with each other anymore.
He's not with me and i'm ok without him also.



BROKE UP.



Bagi jelas sikit. Uhuk, uhuk!

Reasonnya biarlah hanya kami yang tahu.
But bila difikirkan balik, banyak salah silap datang dari dua-dua pihak,
Dia or aku sendiri tak perfect.
Kita merancang, In the end Tuhan menentukan.
Aku anggap ni semua ketentuan dan aku redha.
Aku dan dia dah bawa haluan masing-masing.
Masing-masing pun dah besar kan ? So pandai-pandai la jaga diri.

Aku okay ke tak?

Soalan ape tu.. haha!
Jawapannya aku ok je. Alhamdulillah, aku dah bersama orang lain dan aku malas nak bukak crita pasal orang baru ni.
Kang putus ditengah jalan, berpusu-pusu soalan masuk tanya aku itu ini.

Waktu aku dengan mr.sedud broke up, aku diamkan.
Ambil masa kata orang. Yelah. Almost 4 years. 
Honestly, i never been in serious relationship for this long before.
Mencuba, perbaiki apa yang kurang.
But i guest, kitaorang tak matang dalam hubungan dan tak boleh kawal emosi masing-masing.
Have to admit it. Aku tak perfect. Aku buat salah, aku mengaku salah dan aku belajar.
Okay people? ^^


And suddently aku update relationship aku with someone else.
Okay. aku tahu semua kawan-kawan aku tak tahu masalah relationship aku sb aku jenis tak banyak bercerita tentang masalah aku. Bukan relationship je, even masalah lain aku banyak pendam sikit.
Tapi bila aku dah update macam tu, aku memang agak suprise la bila banyak pulak feedbacknya,

Mostly tanya why, why and why!

Guy's, it's personal for me.
Fikirlah sikit..
Kitaorang pernah sayang each other. 
Even now already broke up, korang fikir aku bangang ke nak bukak cerita buruk pasal dia?

Then tanya pulak when?

Aku jawab je dah lama dah. Bila waktu tepatnya malas nak bukak mulut dah.
Memula aku okay lagi la jawab soalan remeh semua tu.
Tapi lama-lama aku menyampah weyy. Hahaha!
Yelah nooon.. ko fikirlah. Siapa tak sakit bila putus cinta.
Aku ni manusia, bukan robot kau tahu. Haha!


Kalau selama ni aku diam tak beritahu sesiapa tu maksudnya sakitnya aku tak nak kongsi dengan sesiapa la.
Aku nak abaikan dan move forward.
Ada faham? hehehe..

Kawan rapat bertanya aku boleh accept la, 
Ni kawan yg tegur aku ada la sekali dua,
Tak pernah mesej aku,
Wassap apa la lg,
Tapi sebab relationship aku hancur,
Terus pm aku. Wassap pulak lagi bila aku tak reply mesej dia,
Hadoihaii.. hahahahaha!

Ok. Dah. Selesai kan?

Aku memang dah takde pape dengan mr.sedud dan sesiapa nak amik dia, amiklah.
Ko hamak sangat kan? hahahaha. Ok sorry, Aku gurau kasar je tu. hihi. *apakah? 

Dah la. Aku anggap tu asam garam kehidupan.
Tapi kat sini aku nak beritahu dkt kau mr.sedud.
Thanks hadir dalam hidup aku, bersama aku susah dan senang *before this.
Dan ajar aku baik buruknya kehidupan.
Simpan aku elok-elok dalam kamus hidup kau.
Jaga diri elok-elok dan jaga keluarga kau baik-baik.
Minta maaf mana ada salah silap dan kekurangan,
Aku harap kau bahagia dengan siapa pun kau lepas ni.

*emosi.



Ok. Cut! 

No more mr.sedud lagi dalam blog aku boleh? hehe.

Okay people.. Aku dah pindah kerja jugak.
Awwww.. Aku suka kerja tempat baru sebab gaji up sikit dan satu tempat kerja dengan abang aku.
Abang aku always look after me. hihi.
Terasa macam zaman sekolah dulu. Sebab abang aku ni atas setahun je dari aku.
So zaman sekolah darjah satu dulu, abang aku selalu protect aku.
Belikan aku makanan la.
Ohhh rindunya zaman tecik-tecik dulu woiii. Haha!



selfie kaki cacat time training dekat tempat kerja baru. hiks!



Aku? Aku dah banyak berubah kot.
Jap, banyak ke sikit ek? Aku rasa macam sikit je. hihi

Sekarang aku dah malas nak amik port apa orang cakap belakang aku.
Korang cakap la banyak mana pun, tuhan dah bagi korang suara untuk bercakap.
Baik buruk korang tanggung la sendiri.
Aku pun dah mula minat simpan rambut aku panjang.
Terasa wanita sikit. hahak!

Aku suka termenung sambil berfikir.
*ada pulak ke orang berfikir sambil mop lantai? kekeke.
Bila fikir-fikir balik, aku ni dah dewasa la. T_T

Kena start fikir tangungjawab.
Kena ada pendirian.
Kena fikir masa depan.
Kena fikir baik buruk perbuatan aku.
Kena jaga percakapan. *no more main lepas cakap lagi.


Betapa aku rindukan zaman gilo-gilo aku masa umur 17-23.
Banyak perkara bodoh tolol vangang giler babies aku buat. hihi

Sekarang kata abah, aku sudah besar macam anak hypo. hiks!
So tak boleh manja kanak-kanak ribena lagi. *srooooooot.



anak hypo still dapat kasut baru dari abahnya, haha!


Bila baca balik entry vangang aku yang dulu-dulu,
Memang teringat habis semuanya. hehe.
Sebab tu aku sayang nak delete blog ni.

Tapi sekarang bila aku tengok blog kawan-kawan lain,
Betapa aku rasakan how time flies away.
Aku rasa macam semalam je semuanya baru terjadi.

Tup tup, dieorang dah kahwin.
Tup tup, dieorang dah ada anak.

Bila lalu depan sekolah aku yang dulu pun, aku terasa weyy. haha
I wish i can have a stop watch to stop the time.

Takpelah. Kalau nak stop masa, bumi tak berputar la plk. kekeke.
Lenkali aku update lagi. 
Tittew dah nantok. heeee..
Later ya people.
Take care..





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.