Tuesday, 19 March 2013

OPERATION.

Assalamualaikum..





Entry ni just schedule je. sebab hari ni aku kena operate. perasaan ni dah lama aku simpan. lama aku pendam. nervous, takut, risau semuanya ada kot ? tehee.. kata orang perkara terbaik korang boleh buat waktu hati gundah gulana macam aku sekarang, ialah berdoa ! =)





" berubah itu mungkin mudah, tapi mengekalkan perubahan itu adalah susah "




Sekarang aku selalu senyum. dengan dugaan dan diselang selikan sekali dengan kegembiraan. so seharusnya aku tak perlu la gundah gulana je. kata orang sekeliling aku, ini dugaan Tuhan sebab Allah sayang akan hambanya. Alhamdulillah, bila aku diduga macam ni, aku rasa ramai yang ambil berat. serius, sayu dan sebak hati ni kadang-kadang. :')




Tapi aku akan cuba untuk kuatkan diri walaupun hakikatnya aku ni manja sangat. bukan yang versi gediks gediks nak penampor tu. hehehe. tapi jenis yang takut sebab aku tak pernah rasa. aku tak pernah kena tahan wad, masuk air guna cucuk cucuk tu pun tak pernah. ni yang berdebar sangat ni. kihkih!










" Ya Allah, permudahkan urusanku, berikan aku kekuatan dan berkatilah hidup mereka yang telah membantuku selama aku susah atau senang. Amin.. "


I maybe in operation room right now. Wish me luck !





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 13 March 2013

SOMETHING PART 2

Assalamualaikum people..



Actually i'm not really know how to start my entry everytime i blogging. hahaha
Sokeyy la kan. takde dosa pun kalau aku merapu di awal entry aku ni. hehehe. sometime aku baca balik entry aku, skema pun ada, macam bagus pun ado, tapi aku selalu mencuba untuk kawal sifat @ kata-kata buruk aku. kalau rasa nak guna 'saya' atau 'aku' atau 'titew', aku main redah je. hahaha. not trying to show off that aku macam sooo perfect! gittew.. tapi maybe bagi aku tu cara aku berubah sedikit demi sedikit. jadi harap sesiapa tak pandang negatif.


Something yang aku katakan dulu sekarang dah jumpa jalan penyelesaiannya. have to fokus here, jumpa jalan penyelesaian je tapi things are not done yet. mkasud aku disini, jumpa jalan je tapi masih belum diselesaikan. =)



Setelah hampir a month aku menanti, dan aku pun dah separuh meroyan sebab tertanya-tanya dengan condition diri sendiri, aku decide nak pergi private hospital je. sejujurnya aku agak kelam kabut la, pergi sana sini. sebab tak tahu sangat whole proses. orang tak pernah kena tahan wad la katakan. nasib baik my ibu setia ke hulu hilir dengan aku. sayang ibu ketat ketat sangat. 



Dan seperti aku jangka, aku memang tak sihat ! :')
Doktor sahkan aku mempunyai ketumbuhan. selebihnya aku tak suka nak share. sebab aku tak nak raih simpati sesiapa. tapi sejak aku sendiri yang bukak cerita tentang something ni, jadi aku akan habiskan jugak cerita ni. jadi kata doktor yang aku jumpa tu, dia nasihatkan aku untuk buang ketumbuhan tu. jikalau aku biarkan ketumbuhan tu dalam badan aku, kemungkinan akan menjadi barah. sighhh.. i never imagine aku akan bercakap tentang kesihatan diri aku sendiri pada public. sebab for me aku sihat! yeah.. rasa sihat dan takde pape yang buat aku rasa lemah sampai nak kena tahan wad bagai. Tapi Tuhan maha besar. aku redha dan terima ni sebagai ujian dariNYA.








Aku ambil ni sebagai tanda kasih sayangnya kerana aku adalah hamba dia yang lemah. menurut kata doktor, ini tidak melibatkan sebarang risiko kehilangan nyawa tapi aku percaya kuasa DIA lebih besar dari segalanya. kalau itu kehendak dia, memang akan terjadi. aku tak pandai berkata kata apalagi nak bagi orang lain nasihat, cuma aku harap korang dapat maafkan aku atas silap aku secara langsung mahu pun tidak. 



Perasaan aku sekarang memang gugup, risau, semuanya bercampur menjadi abc. hehehe. biol jugak aku, ingat kelakor sangat lettew ? hehehe.
insa' aku akan menjalani pembedahan pada 19 mac ni. itu pun doktor kata lagi cepat lagi bagus. aku siap tepuk dahi tergelak tengok gelagat doktor tu. aku nervous tahap tertinggi ni, boleh lagi dia buat jenaka. anyway staff dekat private hospital tu semuanya peramah and always smiling. aku rasa senang berada disana dan aku harap aku kuat fizikal dan mental untuk hadapi ujian yang diberi ni. lagipun ibu aku seorang wanita yang tabah, aku cuma tumpang semangat dan ketabahan dia je untuk hadapi ni semua. aku pasti ibu akan sentiasa disisi aku selagi aku masih bernafas atas muka bumi ni.



Biarlah entry kali ni pendek je, aku harapkan korang dapat doakan aku supaya cepat sembuh ye! mudah mudahan dengan doa korang aku akan lebih kuat. semoga kita berjumpa lagi, aku mintak maaf atas semua silap sebab aku naif dan tak sempurna. take care people !





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 4 March 2013

MISS KELAKAR.

Assalamualaikum semua..



Ada satu malam tu, sebelum makan malam. ibu aku ada tunjuk sesuatu pada aku. dia beli rumpai laut dari kawan dia.
katanya dia jumpa kawan dia dekat kenduri dan kawan dia nampak kurus sikit. dieorang pun share la cerita terbaru. ibu aku ni duk cerita tentang darah tinggi dia naik mendadak lepas birthday adik aku dulu. tu sebab ibu makan kerang banyak. hahaha.


Then kawan ibu ni cakap darah dia dah ok dari sebelum ni sebab amalkan rumpai laut. dia pun bla bla bla bla.. la dekat ibu ceritakan tentang khasiat rumpai laut. katanya baik untuk darah tinggi, awet muda, senang cerita segala yang baik adalah rumpai laut. nak promote la katakan. kekeke.


So ibu beli la dari kawan dia. ntah berapa la harganya, aku pun dah lupa. harga memang boleh tahan, tapi aku pernah terbaca tentang rumpai laut ni. aku kena tag dekat facebook dengan sorang dealer rumpai laut ni. memang rumpai laut dia sama macam yang ibu aku beli. tapi maklumat ringkas sangat. selebihnya dia just letak no phone and ask people tu PM dia or wassap je.


So aku wassap jelah. malas aku nak komen-komen kat facebook tu. komen berjela pun dia suruh wassap jugak. aku tanya details dan boleh ke dia deliver sampai rumah ibu abah aku. mula-mula dia jawab untuk 10 kg. warna ungu lebih kepada kesihatan dan warna kuning lebih kepada kecantikan. dealer tu dari sabah. memang cantik pun orangnya. then aku pun jawab aku nak beli sikit je untuk ibu aku. sampai 10kg dan beratusan ringgit nak buat apa kan. ibu aku sorang je yang pakai.



aku rasa memang dari dulu lufya ni cenggini mukanya.




In the end dia boleh pulak "hehehehe" dengan aku dan selamber je jawab yang dekat facebook dia just nak promote je. harga borong dan tak boleh beli dengan harga tu untuk kuantiti sedikit. dia tambah pulak lagi itu hanya untuk get attention from people. 



MISS, ko ingat tu kelakor sangat ke ? ni memang first time aku wassap untuk tahu detail barang yang dijual secara online tapi aku rasa ni semua totally waste my time. like a trick untuk memperdaya pelanggan je. eh ke aku over ? 
yelah, nasib baik aku wassap. kalau aku meet her ke somewhere ke, memang bazir masa dan tenaga aku la weii. hahaha!
bagi aku la, boleh berniaga online ni. bagus memang bagus terutama untuk orang perempuan macam kita. tak perlu kerja berat berat. duduk rumah je, jaga kulit. jaga suami, jaga anak, jaga boyfie. eh ? hahaha. cuma kena bijak la. bukan bijak perdaya orang. bijak tarik pelanggan. sekarang as a outsider yang belum jadi pelanggan dia, aku rasa dia cakap berbelit. luckly aku banyak tanya, supaya aku lebih faham tentang barang tu. bak kata abah aku, duit kita. suka hati kita la nak tanya berapa kali pun. lastly memang aku tak beli pun dari dealer tu sebab tak ada pun beza harga dia dengan harga kawan ibu aku. senang cerita aku rasa seperti hampir ditipu olehmu tahu tak ? ok.bye !




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.