Monday, 13 May 2013

OPERATION PART 2.

Assalamualaikum semua.



Alhamdulillah. still bernafas di atas muka bumi ni. last entry aku update tentang operation.
And here i am, still typing some entry for u guy's. =)
Apa yang boleh aku katakan, aku bersyukur. sebab surgery berjalan lancar, sebab aku diduga sebegini, sebab aku dapat rasa pengalaman kena masuk bilik bedah, kena tahan wad, kena masuk air, kena amik darah. oh my.. pengalaman yang tak pernah aku rasa sejak hampir 23 tahun aku hidup. semua aku dapat rasa. alhamdulillah again. jakun tak aku ? teheee  =D



Sekarang aku dah rasa tu semua. aku ambil semua nasihat orang sekeliling aku. istigfar, selawat, mengucap, ingat banyak banyak padaNYA. jadi aku kuatkan diri ! hehehe. alhamdulillah. maybe sebab aku dirawat in private hospital, aku dilayan sepenuhnya. maaf, aku tahu hospital goverment ni memang penuh dan padat. so aku faham kalau staff disana tak dapat melayan semua kerenah patientnya. so i decide pergi private jek. bagi aku yang manja ni memang sesuai sangat. (manja ke ? ) euuwww sangat ok! hahaha.



Jadi aku berniat nak share pengalaman aku waktu operation tu. boleh tak ? 





DAY 1. 19.03.2013, TUESDAY. 


First step untuk surgery aku kena puasa sekejap. start pukul 4 pagi aku dah tak boleh makan dan minum. sahur tu sengsorang je sebab tak nak susahkan parents aku. aku tahu nanti waktu aku operate diaorang jugak yang menunggu aku.



kite sahur ni je. =)




Kena datang hosp pukul 9 pagi. aku datang awal dengan family. kata ibu senang, tak payah tersangkut dengan kesesakan lalu lintas. daftar nama dan terus pergi tengok bilik. ok, not bad. luas dan selesa, bathroom dalam bilik. tak perlu duduk atas kerusi roda semata nak pergi shishi (buang air kecil). aku mintak one lazy chair untuk ibu senang berehat. ibu peneman aku sepanjang aku ditahan wad. syukur dapat ibu macam ni, sanggup susah senang untuk aku :')

Ikutkan kata doktor, aku masuk bilik bedah pukul 11 pagi. tapi tak! awal pulak satu jam. terus menggelabah aku. hahaha. staff nurse bagi aku baju dan mintak aku tukar. check tekanan darah, meningkat sedikit. kata nurse aku nervous sangat ni. maunya tidak, jarum besar giler dan segelen darah aku dia amik. hahaha. *kidding* selepas amik darah semua, aku text mr.sedud. dia kerja pagi a day before aku kena bedah, jadi dia tak teman aku waktu aku daftar masuk wad. lepas dapat text aku, sekilas je tengok tengok dia dah depan mata. memang hebat boyfie aku. hahaha. tak tipu. cepat giler dia sampai. ibu abah aku pun terkejut. 


Aku ditolak masuk bilik bedah tepat pukul 10 pagi. fuh.. nervous. waktu tu aku sorang sorang dah, sebelum tu sempat lagi ibu cium aku. mr.sedud dan abah sempat jeling jeling manja je. control macho lettew. 



Aku diminta untuk beralih katil kemudiannya.Tapi aku nak tergelak bila doc bius aku tu boleh pesan sama aku jangan pejam mata. dia yang dah bius aku boleh pulak suruh aku bukak mata luas luas.. --'
Selepas operation kepala aku memang berpusing sangat. aku cepat sedar, tapi kepala aku sakit. memang semua tak kena that time. pusing kanan sakit, pusing kiri pun sakit. kata nurse dalam bilik bedah tu, aku masih rasa kesan ubat bius tu. so itu perkara biasa. aku ditolak keluar dari bilik bedah dalam pukul 11.50 tengahari.



Kesemua keluarga aku setia menanti luar bilik bedah. also my kazen yang datang with her two kids. thanks k.ngah mas. =)
anak sedara aku yang mata sepet putih putih melati tu duk jengket jengket kaki nak tengok aku. aku cuma sempat bukak mata dua tiga kali je sebab serius memang pening yang amat kesan daripada ubat bius aku tu.
I was crying at that moment and i heard my mum ask the nurse why i got my tears off, did i in pain ?
She say " no, she just in her own world right now. let her rest and she will be fine later. its take a hours "


Tapi aku dengar tu semua. i notice two things beside me. aku tak tahu nama alat tu, so aku tibai je ek ? hehehe. satu untuk salurkan aku air, kira masukkan air inside my body. satu lagi untuk cek blood pressure aku. selebihnya aku tak kisah, cuma nak rehat dan krohh krohh zzz. =D


first night.




DAY 2. 20.03.2013, WEDNESDAY 



breakfast untuk orang sakit ? heh!

Here come the pain. teheee. bila dah habis totally 100% kesan ubat bius tu, aku mula rasa sakit. aku diarahkan supaya menjaga kesan parut tu dengan berhati hati. (perlu ke diarahkan? haha)
Dan aku dimanjakan macam bayi kecil je, kakakah! geli tekak aku uolls, tapi memang perit sikit la. satu malam tu, belakang aku tiba-tiba jadi gatal sangat la kan. takkan sebab nak suruh garu je dah kejutkan ibu dari tidur ? jadi aku dengan selamba mamainya pergi garu sendiri. mencucuk pedih aku rasa bila jarum tu masih dalam tangan aku. esok tu request nak ubat tahan sakit lagi. hahaha. tak boleh tidur mengereng sebab nanti aku rasa pedih. cramp la aku jadinya. bila aku bangun jalan jalan, nurse nasihatkan tak payah pulak. dah jadi patung bernyawa la aku. aku kena hadap pulak budak budak practical, amik tekanan darah la, nak kemas katil la. aku dah la bosang! hahaha




second day.




DAY 3. 21.03.2013, THURSDAY



hari ketiga wayar aku kena belit sebab air lambat sangat habis. haha


Hari ketiga aku mintak keluar dari wad dah. sungguh aku bosan dan stress stay wad and do nothing ni. aku pun kesiankan ibu aku yang duduk je teman aku. dia just tidur atas lazy chair je ok, then aku tidur atas katil empuk tu ? keji sangat aku, so aku request nak keluar wad. doctor tak membantah cuma berpesan supaya aku jangan sesekali buat kerja berat. ok, then aku balik. cenggitu jelah. hehehe. tak sabar nak rest kat rumah je. boleh jumpa buyot aku, boleh nak menu itu ini, boleh rasa manja dan gedik bila kawan dan mr.sedud datang melawat.


mr.sedud belanja burger bakar. tak macam orang sakit dah rasanya. haha




sekarang sudah sebulan lebih aku jalani pembedahan. sejujurnya aku masih terasa denyutan sakit tu, tapi takpe. family, parents, mr.sedud and friends are alwayas there for me. insa' aku akan sembuh sepenuhnya nanti. sorrylah aku terlalu lewat nak update blog. aku dah bekerja sekarang, masa nak update blog memang sangt terhad. see u soon guy's!





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

3 comments:

Cik Caah said...

get well soon,fara! ^^

Tukang Karut said...

dah ok belum ni?

Lia Irdelia said...

alhamdulillah.. semuanya selamat//

copyright@budakijau.do not copy.