Wednesday, 13 March 2013

SOMETHING PART 2

Assalamualaikum people..



Actually i'm not really know how to start my entry everytime i blogging. hahaha
Sokeyy la kan. takde dosa pun kalau aku merapu di awal entry aku ni. hehehe. sometime aku baca balik entry aku, skema pun ada, macam bagus pun ado, tapi aku selalu mencuba untuk kawal sifat @ kata-kata buruk aku. kalau rasa nak guna 'saya' atau 'aku' atau 'titew', aku main redah je. hahaha. not trying to show off that aku macam sooo perfect! gittew.. tapi maybe bagi aku tu cara aku berubah sedikit demi sedikit. jadi harap sesiapa tak pandang negatif.


Something yang aku katakan dulu sekarang dah jumpa jalan penyelesaiannya. have to fokus here, jumpa jalan penyelesaian je tapi things are not done yet. mkasud aku disini, jumpa jalan je tapi masih belum diselesaikan. =)



Setelah hampir a month aku menanti, dan aku pun dah separuh meroyan sebab tertanya-tanya dengan condition diri sendiri, aku decide nak pergi private hospital je. sejujurnya aku agak kelam kabut la, pergi sana sini. sebab tak tahu sangat whole proses. orang tak pernah kena tahan wad la katakan. nasib baik my ibu setia ke hulu hilir dengan aku. sayang ibu ketat ketat sangat. 



Dan seperti aku jangka, aku memang tak sihat ! :')
Doktor sahkan aku mempunyai ketumbuhan. selebihnya aku tak suka nak share. sebab aku tak nak raih simpati sesiapa. tapi sejak aku sendiri yang bukak cerita tentang something ni, jadi aku akan habiskan jugak cerita ni. jadi kata doktor yang aku jumpa tu, dia nasihatkan aku untuk buang ketumbuhan tu. jikalau aku biarkan ketumbuhan tu dalam badan aku, kemungkinan akan menjadi barah. sighhh.. i never imagine aku akan bercakap tentang kesihatan diri aku sendiri pada public. sebab for me aku sihat! yeah.. rasa sihat dan takde pape yang buat aku rasa lemah sampai nak kena tahan wad bagai. Tapi Tuhan maha besar. aku redha dan terima ni sebagai ujian dariNYA.








Aku ambil ni sebagai tanda kasih sayangnya kerana aku adalah hamba dia yang lemah. menurut kata doktor, ini tidak melibatkan sebarang risiko kehilangan nyawa tapi aku percaya kuasa DIA lebih besar dari segalanya. kalau itu kehendak dia, memang akan terjadi. aku tak pandai berkata kata apalagi nak bagi orang lain nasihat, cuma aku harap korang dapat maafkan aku atas silap aku secara langsung mahu pun tidak. 



Perasaan aku sekarang memang gugup, risau, semuanya bercampur menjadi abc. hehehe. biol jugak aku, ingat kelakor sangat lettew ? hehehe.
insa' aku akan menjalani pembedahan pada 19 mac ni. itu pun doktor kata lagi cepat lagi bagus. aku siap tepuk dahi tergelak tengok gelagat doktor tu. aku nervous tahap tertinggi ni, boleh lagi dia buat jenaka. anyway staff dekat private hospital tu semuanya peramah and always smiling. aku rasa senang berada disana dan aku harap aku kuat fizikal dan mental untuk hadapi ujian yang diberi ni. lagipun ibu aku seorang wanita yang tabah, aku cuma tumpang semangat dan ketabahan dia je untuk hadapi ni semua. aku pasti ibu akan sentiasa disisi aku selagi aku masih bernafas atas muka bumi ni.



Biarlah entry kali ni pendek je, aku harapkan korang dapat doakan aku supaya cepat sembuh ye! mudah mudahan dengan doa korang aku akan lebih kuat. semoga kita berjumpa lagi, aku mintak maaf atas semua silap sebab aku naif dan tak sempurna. take care people !





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

2 comments:

Lia Irdelia said...

dear..
be strong..
take care...

Sayidah Nafisah Ruslan said...

fara jangan takut ea..berdoa dekat allah banyak2. insha allah semuanya akan baik baik belaka :)

copyright@budakijau.do not copy.