Monday, 4 March 2013

MISS KELAKAR.

Assalamualaikum semua..



Ada satu malam tu, sebelum makan malam. ibu aku ada tunjuk sesuatu pada aku. dia beli rumpai laut dari kawan dia.
katanya dia jumpa kawan dia dekat kenduri dan kawan dia nampak kurus sikit. dieorang pun share la cerita terbaru. ibu aku ni duk cerita tentang darah tinggi dia naik mendadak lepas birthday adik aku dulu. tu sebab ibu makan kerang banyak. hahaha.


Then kawan ibu ni cakap darah dia dah ok dari sebelum ni sebab amalkan rumpai laut. dia pun bla bla bla bla.. la dekat ibu ceritakan tentang khasiat rumpai laut. katanya baik untuk darah tinggi, awet muda, senang cerita segala yang baik adalah rumpai laut. nak promote la katakan. kekeke.


So ibu beli la dari kawan dia. ntah berapa la harganya, aku pun dah lupa. harga memang boleh tahan, tapi aku pernah terbaca tentang rumpai laut ni. aku kena tag dekat facebook dengan sorang dealer rumpai laut ni. memang rumpai laut dia sama macam yang ibu aku beli. tapi maklumat ringkas sangat. selebihnya dia just letak no phone and ask people tu PM dia or wassap je.


So aku wassap jelah. malas aku nak komen-komen kat facebook tu. komen berjela pun dia suruh wassap jugak. aku tanya details dan boleh ke dia deliver sampai rumah ibu abah aku. mula-mula dia jawab untuk 10 kg. warna ungu lebih kepada kesihatan dan warna kuning lebih kepada kecantikan. dealer tu dari sabah. memang cantik pun orangnya. then aku pun jawab aku nak beli sikit je untuk ibu aku. sampai 10kg dan beratusan ringgit nak buat apa kan. ibu aku sorang je yang pakai.



aku rasa memang dari dulu lufya ni cenggini mukanya.




In the end dia boleh pulak "hehehehe" dengan aku dan selamber je jawab yang dekat facebook dia just nak promote je. harga borong dan tak boleh beli dengan harga tu untuk kuantiti sedikit. dia tambah pulak lagi itu hanya untuk get attention from people. 



MISS, ko ingat tu kelakor sangat ke ? ni memang first time aku wassap untuk tahu detail barang yang dijual secara online tapi aku rasa ni semua totally waste my time. like a trick untuk memperdaya pelanggan je. eh ke aku over ? 
yelah, nasib baik aku wassap. kalau aku meet her ke somewhere ke, memang bazir masa dan tenaga aku la weii. hahaha!
bagi aku la, boleh berniaga online ni. bagus memang bagus terutama untuk orang perempuan macam kita. tak perlu kerja berat berat. duduk rumah je, jaga kulit. jaga suami, jaga anak, jaga boyfie. eh ? hahaha. cuma kena bijak la. bukan bijak perdaya orang. bijak tarik pelanggan. sekarang as a outsider yang belum jadi pelanggan dia, aku rasa dia cakap berbelit. luckly aku banyak tanya, supaya aku lebih faham tentang barang tu. bak kata abah aku, duit kita. suka hati kita la nak tanya berapa kali pun. lastly memang aku tak beli pun dari dealer tu sebab tak ada pun beza harga dia dengan harga kawan ibu aku. senang cerita aku rasa seperti hampir ditipu olehmu tahu tak ? ok.bye !




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

5 comments:

AyueJean AJ said...

Cer bagitau dealer mana...
SUpaya orang lain tak terkena dengan dia..

Tukang Karut said...

kalau aku, aku siap bagi cerramah kesedaran pengguna lagi dekat dia...

Cik Mun said...

nasib baik tnye dulu..

Lia Irdelia said...

strategi tu.. hehe

Sayidah Nafisah Ruslan said...

jarang beli barang online ni sebab takut tertipu.. kawan saya dah kena banyak kali tapi tetap jugak tak serik =='

copyright@budakijau.do not copy.