Sunday, 24 February 2013

PUTERI GAYUNG 18TH BIRTHDAY'S

Assalamualaikum semua..



Lama jugak aku biar blog sunyi. niat memang nak update tapi alasan lapuk ialah MASA.
Sometime aku bazirkan masa aku untuk lihat kehidupan orang lain sampai hidup sendiri tak pernah aku nak uruskan. intro aku macam bagus sikit la sebab aku kan muka sombong. kata kawan aku la, ikutkan kata aku mesti aku kata muka aku kiut sikit dari Taylor swift tu. miahaha!



Tahun 2013 dah masuk bulan kedua. bulan Febuari ialah bulan kelahiran adik aku. aku punya seorang adik je dalam dunia ni, adik angkat aku tak layan. sejak dari sekolah lagi aku kurang bekenan bab angkat mengangkat ni. so aku tak pernah ada kakak angkat even i don't have my own sister. tapi aku takkan rotan korang pun kalau korang ada kakak, abang or adik angkat sebab bukan hal aku pun. kekeke..



Jadi entry ni seakan akan dokumentari tentang adik aku je. boleh ? hahahaha


Short name dia kiela, tapi aku selalu panggil dia baby -.-
Sebab aku ni jenis kalau sesuatu tu rapat dengan aku dan aku dah mula sayang sesuatu tu, aku gunakan panggilan baby. contohnya kucing betina aku, dia baby girl aku. hiks!
dalam blog ni aku panggil adik aku puteri gayung sebab dia suka mandi lama sangaaaaaaaat !!!
umur dia 18 tahun dan sekarang tengah tunggu result SPM dia. abah aku baik hati tanggung lesen motor dan kereta dia jadi puteri gayung sekarang baru lulus ujian JPJ untuk motosikal dan dalam proses untuk ujian kereta pulak. dipendekkan cerita adik aku stay dengan aku dekat senawang untuk memudahkan dia dalam proses amik lesen ni.




Penghujung bulan Januari aku bawak dia pergi genting theme park. mulanya dia tak mahu, katanya dia takut dengan ride tu semua. tapi aku yakinkan dia yang dia akan have fun disana nanti. niat aku hanya nak bawak dia jalan jalan je dan aku rasa genting tu macam sesuai je untuk berseronok. so here's some picture. dah lama pulak aku rasa aku pergi, sekarang baru nak upload. hehehe





















Sebenarnya tarikh lahir puteri gayung jatuh pada 17 Febuari. tapi aku terpaksa raikan lebih awal sebab aku kerja. sedih kan ? tapi aku lega puteri gayung enjoice waktu ni. malam tu aku bawak pulak dia pergi HR Steak House dekat kampung baru. western food memang favaurite adik aku ni. jadi aku puaskan nafsu makan dia. haha!



Another week pulak aku dengan parents aku pergi ke Gadek Hot Spring dekat Gadek, Melaka. luangkan masa bersama. keluarga aku boleh dikatakan mempunyai masa terhad je nak luang masa bersama.walaupun  tiada seorang pun lagi sibling aku dah mendirikan rumah tangga tapi kami duduk berasingan. abang sulung aku stay kL. dia kerja dekat bukit aman. abah aku duduk kuantan pulak. kerja jugak. aku tercampak sikit je dekat senawang. my ibu duduk rumah family kami dekat jelebu. bila nak togehter bersama memang susah sikit. so we really appriciate the precious time when we are together. =)




On 17th Febuari 2013 kami raikan hari jadi puteri gayung dikediaman kami sendiri, jelebu negeri sembilan. aku kerja pagi that time, so malam tu rushing beli kek, beli makanan sikit and driving back home.
in a mean while my mom already cook us mee kari requested by my older brother. padahal birthday adik aku, abang aku memang sengal sikit. hahaha.





oreo cheese cake pilihan puteri gayung







Ehem, gambar diatas ialah puteri gayung yang sedang memegang hadiah dari aku. agak membangga diri aku pada malam tersebut sebab puteri gayung tak percaya aku yang balut sendiri hadiah tu. perhaps i did a good job maybe ? muahaha!
bear tu aku beli sebab memang adik aku ada request sebelum ni. tapi aku tak layan sebab aku memang tak pandai nak pilih hadiah, bila adik aku mintak itu ini, aku decide itulah hadiah buat birthday dia. hahaha. senang hidup aku. parents aku decide belikan dia telefon bimbit baru. memang suprise sebab puteri gayung memang tak pernah request nak telefon bimbit pun. sekali abah gua belikan dia Samsung Galaxy S3 mini.
aku nganga je tengok handphone tu, dah la aku pulak yang di arahkan untuk membalut hadiah tersebut. sayu sayu je hati sikit. hehehe





tu dia s3 yang berbalut biru. ngeh ngeh !



Erm tu jelah celebration untuk adik aku. dia yang bongsu, princes family la sekarang. tapi aku rasa dokumentari ni macam agak tak teratur la. sebab kucing aku si buyot tengah sedap berdengkur atas dada aku. heh ! ok, bye !




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

3 comments:

C.T.K said...

giler r dpt smsung s3..untung2...happy belated besday puteri gayung :D


bestnyer dpt jalan2 ...hehehe

Anonymous said...

Thankѕ tо іntroԁucing youг trаin
of thought to my day.

Feеl free to surf to my website garciniacambogia.org

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bestnya dapat hadiah.. dah lama saya tak dapat hadiah bufday. dah besar lah katakan.. sambut pun makan cupcake je.. huhu

copyright@budakijau.do not copy.