Friday, 8 February 2013

KISAH MALAM ITU HARI.

Assalamualaikum semua.


Hari ni kena kerja malam. best juga sebab tak perlu bangun pagi. sejak dari sekolah lagi aku rasakan macam satu disaster untuk bangun pagi. akhirnya aku akan tewas pada waktu tengahari. tapi tu zaman sekolah boleh la tidur. dah kerja nak tidur kena pecat la wa. hahaha..


Anyway last day kerja pagi hari tu, saya tak terus balik ke rumah. singgah kedai gambar dulu konon nak cuci gambar la. aku ni susah sikit nak cuci gambar. simpan banyak-banyak dalam handphone, sekali rosak nganga jelah mulut bila semua gambar lesap sekaligus. heh.


Balik kerja dalam pukul 6 petang, sampai kedai gambar terpacak dulu sejam dua baru pekerja tu nak layan aku. apa dia ingat aku nak buat modelling ke depan kedai gambar tu ? tahu la tokey kedai pergi dinner, tak usah la ko bersenang lenang. ok, tak mau story lebih-lebih tentang dia. kang feymes pulak dia kat sini. kekeke.


Lepas berlalunya waktu menunggu aku depan kedai gambar tu, terpaksa aku blah macam tu je sebab mesin jadahaponyo tu jadi hang. totally waste my time betul. kemudian mr.sedud (mybf) pun balik ke rumah dia, then takkan aku terpacak sejam dua pulak depan rumah dia ? terus balik rumah mak ayah den pulak. =)


Dalam perjalanan balik tu, waktu dah mula senja la. yelah, dah bazirkan sejam dua depan kedai gambar tadi.  boleh dikatakan dah masuk maghrib la. ibu selalu pesan dekat aku,
 "jangan kau balik dah gelap. sorang-sorang pulak tu. bahaya. "
well kepala aku keras. mana aku nak ikut cakap ibu. so hari tu ternyata memang aku balik bila hari sudah pun malam. lihatlah dunia, anak tak mendengar kata ibu bapak


Sekaligus Tuhan nak tunjuk kat aku, tayar kereta aku kempis. yeay.. padan muko den. tepi jalan bukan kampung aku, pada siapa aku nak mintak tolong ? baru terhengeh-hengeh call mak bapak. heh ~
luckly my abah memang ada kat rumah. mr.sedud pun ada sekali. sebab. err err err sebab dia risau kot ? hehehe




ketika kejadian.



Well aku selalunya jadi tukang tengok je. kalau aku sentuh pape makin lama pulak kiteorang tersangkut kat situ. hahaha. lastly aku belajar jugak la. first mulut ibu aku memangggg masin. secondly kawan-kawan, kita patuh la pada cakap ibu kita. walau bagi korang benda tu remeh je, tapi pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya. dia yang kandungkan kita 9 bulan, bawak ke hulu hilir. dia yang lebih tahu siapa kita. sekarang kalau nak balik malam pun aku mintak tolong mr.sedud check up kereta dulu. nak kata insaf sepenuh hati tak la kot. hehehe. aku kan degil, keras kepala. tapi serius memang aku tak berani balik malam selalu. takut! ok, bye!







: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

4 comments:

C.T.K said...

dgil lg...hehehe...nsib baik abah n mr sedud ade...klau berenti kt tpi hutan, lg tkot kan..hehe :D

Lia Irdelia said...

hahahaa..
dgr ckp mak ok..
(kita sama jer.. :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

perempuan memang bahaya jalan malam2 ni. tapi kadang2 tu saya degil juga, nak juga jalan malam2.. tapi selalunya bertemanlah.. hehe. dan pastikan umi abi tahu :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

perempuan memang bahaya jalan malam2 ni. tapi kadang2 tu saya degil juga, nak juga jalan malam2.. tapi selalunya bertemanlah.. hehe. dan pastikan umi abi tahu :)

copyright@budakijau.do not copy.