Saturday, 28 December 2013

BBQ AT PD

Assalamualaikum semua.




Yup, dah hujung tahun aku pun nyibuk nak update blog. teheee!
Right now, aku sedang bercuti. OH MY, words "cuti" ni soooo amazing rupanya. hahaha!
Aku update ni pun sebab dah hujung tahun, nak jugak aku bagi penutup untuk tahun 2013, dan sebab utama babypink (lappy) aku ada kt jolobu sekarang sebab puteri gayung (lilsis) balik bercuti sekejap.



Aku sekarang sedang bercuti panjang tau, hahaha! sukanya dalam hati =D
Cuti aku ni sampai ke tahun hadapan, aku dengan bangganya wish dekat kawan-kawan aku.




"jumpa lagi tahun depan semua"


kejam kan aku? WAHAHA!





For me, i should treat myself once for a while jugak la. whole year aku kerja takde cuti panjang, sekarang rasa tenang kepala aku. 
Semalam aku baru nak mula bercuti, puteri gayung nak balik johor dah hari ni, so aku decide nak pergi picnic dekat PD. spent time with family and him. ngeh ngeh ~
Kemain aku beriya-ria beli bahan-bahan. aku beli kambing yang dah slice punya, ni fav kami semua. then whole chicken dan kacang hijau. Kacang hijau dibuat bubur dan itu fav mr.sedud (myboyfie) pulak. =)




Balik ke rumah parents aku, ibu dah siap beli udang, sotong dan kerang pulak.
Yeay! we are going for BBQ at the beach. excited sungguh aku. Kami berempat je, aku, my ibu, puteri gayung dan mr.sedud. Abang aku pun tak dapat join. Tak dapat cuti katanye, hehehe. cian die..



Pagi-pagi lagi dah bangun, tak kira penat badan dah pun. Dari jelebu aku drive, sampai seremban mr.sedud drive. Sampai bawak payung pasar tai uolls. Tak buat dek orang lain, muahaha!





tepacak payung p.tani dekat situ =)




Alhamdulillah, masa sampai PD cuaca elok je. tak terlalu panas dan yang penting tak hujan. hehehe
Kami terus membakar, dimulakan dengan kerang, seterusnya udang dan sotong. Bila dah masak seafood semua, kitaorang membedal dulu. Tak tahan sangat laparnya sebab dah pukul 12 tengahari. huhu.




Dah alas perut, kami teruskan pula dengan ayam dan kambing. this is my fav part. Habis bakar je, terus ngap. hahaha! ibu buat sos lada hitam. Ala- ala lamb chop gitu, aku dan mr.sedud siap share satu pinggan je. Tak sempat nak capai pinggan lain. hahaha. Mr.sedud memang sporting, dia yang membakar. Dia yang pasang payung. My abah tak dapat ikut this time sebab kuantan kan tengah banjir. So abah tak dapat cuti, sedih tauu :'(





wooi, makin tembam jemah ha.. 





he's being so annoying. haha!




my ibu soo ayu. =)






i miss her soooo much!






=D












Semua gambar memang aku edit, but still regonise me kan? hahaha. Memang aku tak suka orang over edit, don't get me wrong. Semalam aku memang happy sangat, sampai aku tertidur dekat PD tu. hahaha. tengok, aku memang tak sopan tau. Banyak kali dah pergi PD ni, but this time so happy sebab dah lama sangat tak spent time macam ni. With good food and nothing to worry about, being with people i love most, definetly rasa otak tenang. Thats all for now. happy vacation people!






Take care and be happy people =D





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 27 November 2013

23TH NOW.


Assalamualaikum. 


Happy wednesday people. Hari ni aku cuti. Stay rumah je sebab teman ibu duk rumah. Ibu sekarang sibuk buat bisnes kuih dia. Petang-petang ibu jual. Kemain ibu sekarang. Nak lawan aku menyimpan duit katanya, hahaha.


Life aku agak busy since aku kerja. Ramai yang cakap aku diam je. Tapi aku cuma fokus kerja. Kumpul duit untuk masa depan. Baru-baru ni 17 november tarikh lahir aku, dan aku dah pun berumur 23 tahun. 1st thing yang aku cakap pada kawan aku, aku tak nak tua. =D



Serius wei, aku nak zaman bangang-bangan aku dulu. Tak fikir pasal kerja, fikir pasal enjoy, menghabiskan duit je. Hahaha. Dan 1st thing ibu katakan pada aku, 

"Fara, dah 23 dah. Tolonglah jadi seperti 23 tahun."


Hambik ko! Hahahaha.


Why.. Selama ni aku camno ek?
Maksud ibu tu mungkinkah dari kemahiran aku memasak?
Atau kematangan aku dalam kerjaya aku?
Ontah. Aku pening-pening sikitlah. Bhaha!



Ada kawan-kawan aku cakap, 


"Fara, kenapa fara cakap manja sangat, marah tu marah la betul-betul"


Oh ini shit sangat! Kahkah!
Takdelah, aku jenis penyabar kot? (Muntah banyak2)
Aku boleh diamkan perkara tu, selagi aku boleh la. But semua manusia ada limit kan?
Aku pun sama. Bila aku dah marah mulut aku memang macam cilaka. So sebab tu aku suka diam dulu. Sebelum aku hangin, better orang yang buat aku marah tu blah cepat. Bab ni aku cuba perbaiki. Kena kawal emosi, kawal percakapan and be more mature.



Birthday aku my abah bagi duit je. 500. He said tak tahu nak bagi hadiah ape. Aku rasa aku ni ikut belah abah banyak la. Simple dan tak nak semak kepala. Aku pun tak pandai nak fikir hadiah apa nak bagi dekat kawan-kawan. Haha.
My ibu masak fav dish aku, chicken rice. I want her version. Tak nak beli kedai. Dan setiap kali ibu masak nasi ayam. Insa' mr.sedud dapat merasanya sekali. Dia pun minat nasi ayam ibu aku. Hehehe




Mr.sedud kerja jauh dari aku sekarang. Tak selalu kiteorang jumpa. By that time. Dia dapat balik seremban. Thanks la for him. Try to be there on my birthday, we went to steamboat dan makan banyak-banyak. Haha. Dia lagi la dah lama bagi aku hadiah. Ipad mini hadiah dia bagi pada aku. Dia sengaja beli awal, sementara ada duit. Tapi sayangnya dia tak boleh keep secret from me. Usually i can find out that he keep something from me easily. =D



Friend never forget to wish me a happy birthday walaupun aku yang lupa nak wish dekat dieorang sebenanrnya. Satu penyakit aku yang ibu abah, adik dan abang aku, mr.sedud dan kawan-kawan aku paling nyampah adalah tahap pelupa aku yang teruk.  Tapi i'm glad dieorang always understand me very well.




Hello 23th! I'm newbie. Please be nice to me for this whole year ok, promise?







: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 31 October 2013

AKU UPDATE BLOG, YEAY!!

Assalamualaikum semua.



Rindunya pada blog!!! 
Huargh.. sekarang ada kesempatan update, wa update secepat mungkin. hehehe!


1st, sorry ok, entry ni bakal jadi karangan gua. kihkih!
Orang duk tanya, awat hang diam ja? lepas operation u tak survive ke ? Oh noo, i'm fine already. Alhamdulillah. kesihatan bertambah baik. Cuma luka operation masih berdenyut-denyut sikit. Kata kawan aku, tu normal. Daging tu nak bercantum balik. So khabar angin mengatakan aku sakit, dibuat orang ke, buat anak ke tidak betul sama sekali. hehehe.


Punca utama aku tiba-tiba bersara dari menaip blog ni, babaypink (lappy) aku tu, diserahkan menjadi anak angkat kepada adik aku. Aku ni suka sangat berkias bagai dalam entry kan? tahu ler budak sastera. hiks!
Ok, ok. ceritanya puteri gayung (mylilsis) continue her study in diploma kejuruteraan awam in Johor Bahru.
Memandangkan aku pun sudah mula bekerja betul-betul, no more main-main, baby pink aku tu terbiar je dekat rumah. My abah suggestkan dia pinjam dulu baby pink aku tu. Aku ikutkan je sebab plan asal memang sekadar pinjam sementara je. In the end, puteri gayung pinjam sampai she finish her study. Sebab aku pun dah takde masa nak update blog plus menjimatkan duit pembiayaan adik aku.


Since that blog aku ni, aku je lah yang jadi silent readernya. hahaha. Aku just online guna Ipad yang diberikan mr.sedud (teheee..) tapi tak mampu nak update. Susah wooo nak update gune ipad. huhu. Tu jelah cerita aku kot ? bhahaha!


Life aku sekarang ?


Serba sikit la for your info. Aku dah bekerja, kilang ja. ha, hamble tak aku ? ngaku awal-awal. Hehehe, kilang semiconductor. Buat transistor and diod. Aku malas nak explain panjang sangat, belum tentu korang faham ye dak ? Gaji boleh la cukup makan, pakai aku. Lebih, buat simpan ASB aku. target aku nak ada harta sendiri. Selain ada motor dan lappy je, aku nak lebih! Keluar kereta sebijik jadi la. Tak salah kan, asal kita usaha.


Kahwin ? Ada perancangan dan insa' kalau ada jodoh. Cuma belum dalam masa terdekat. Kewangan belum kukuh lagi. Lagi pun aku secara jujur in deep in my heart, aku belum cukup bersedia. Tanggungjawab, diri sendiri belum layak nak jadi bini orang. Aku jenis rumit sikit. Banyak imagine bukan-bukan. hahaha.



Aku pun baru 23th, so no need to rush. Mr.sedud aku sekarang ? Dia baik-baik sahaja. Makin romantik cikit, hehehe. Alhamdulillah, hubungan kitaorang masih kekal walaupun ada waktunya berkocak jugak la. huhu. So far aku masih baik-baik sahaja, sibuk dengan kerja, sibuk dengan facebook dan instagram aku je. hehehe. Aku pulak makin manja dengan ibu aku. Amik kesempatan sikit sejak adik aku jauh dari ibu ni. muahaha!
Mengakhiri entry aku, ni jelah pic yang mampu aku tepek seketui na. Sayang korang semua.





from left : puteri gayung, me and my mum. Hari raya aidiladha. hehe

budakijaupendek and her lil sister! 

Haa, buyot sudah ada anak tau! this cute lil kitten name was daktam and dakteh.

this is me and friends celebrate our familay day. excited jenab sekejap tau sebab 1stime meraikan sebagai pekerja. muahaha!


Aku takkan delete blog, sayang blog ketat-ketat tau! hehehe, ada masa aku update lagi. U can follow my insta kalau sudi, hiks! @farasaleha. Facebook private sikit, aku rajin update insta je.


Mmuaxch!! Much love and take care people!






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 13 May 2013

OPERATION PART 2.

Assalamualaikum semua.



Alhamdulillah. still bernafas di atas muka bumi ni. last entry aku update tentang operation.
And here i am, still typing some entry for u guy's. =)
Apa yang boleh aku katakan, aku bersyukur. sebab surgery berjalan lancar, sebab aku diduga sebegini, sebab aku dapat rasa pengalaman kena masuk bilik bedah, kena tahan wad, kena masuk air, kena amik darah. oh my.. pengalaman yang tak pernah aku rasa sejak hampir 23 tahun aku hidup. semua aku dapat rasa. alhamdulillah again. jakun tak aku ? teheee  =D



Sekarang aku dah rasa tu semua. aku ambil semua nasihat orang sekeliling aku. istigfar, selawat, mengucap, ingat banyak banyak padaNYA. jadi aku kuatkan diri ! hehehe. alhamdulillah. maybe sebab aku dirawat in private hospital, aku dilayan sepenuhnya. maaf, aku tahu hospital goverment ni memang penuh dan padat. so aku faham kalau staff disana tak dapat melayan semua kerenah patientnya. so i decide pergi private jek. bagi aku yang manja ni memang sesuai sangat. (manja ke ? ) euuwww sangat ok! hahaha.



Jadi aku berniat nak share pengalaman aku waktu operation tu. boleh tak ? 





DAY 1. 19.03.2013, TUESDAY. 


First step untuk surgery aku kena puasa sekejap. start pukul 4 pagi aku dah tak boleh makan dan minum. sahur tu sengsorang je sebab tak nak susahkan parents aku. aku tahu nanti waktu aku operate diaorang jugak yang menunggu aku.



kite sahur ni je. =)




Kena datang hosp pukul 9 pagi. aku datang awal dengan family. kata ibu senang, tak payah tersangkut dengan kesesakan lalu lintas. daftar nama dan terus pergi tengok bilik. ok, not bad. luas dan selesa, bathroom dalam bilik. tak perlu duduk atas kerusi roda semata nak pergi shishi (buang air kecil). aku mintak one lazy chair untuk ibu senang berehat. ibu peneman aku sepanjang aku ditahan wad. syukur dapat ibu macam ni, sanggup susah senang untuk aku :')

Ikutkan kata doktor, aku masuk bilik bedah pukul 11 pagi. tapi tak! awal pulak satu jam. terus menggelabah aku. hahaha. staff nurse bagi aku baju dan mintak aku tukar. check tekanan darah, meningkat sedikit. kata nurse aku nervous sangat ni. maunya tidak, jarum besar giler dan segelen darah aku dia amik. hahaha. *kidding* selepas amik darah semua, aku text mr.sedud. dia kerja pagi a day before aku kena bedah, jadi dia tak teman aku waktu aku daftar masuk wad. lepas dapat text aku, sekilas je tengok tengok dia dah depan mata. memang hebat boyfie aku. hahaha. tak tipu. cepat giler dia sampai. ibu abah aku pun terkejut. 


Aku ditolak masuk bilik bedah tepat pukul 10 pagi. fuh.. nervous. waktu tu aku sorang sorang dah, sebelum tu sempat lagi ibu cium aku. mr.sedud dan abah sempat jeling jeling manja je. control macho lettew. 



Aku diminta untuk beralih katil kemudiannya.Tapi aku nak tergelak bila doc bius aku tu boleh pesan sama aku jangan pejam mata. dia yang dah bius aku boleh pulak suruh aku bukak mata luas luas.. --'
Selepas operation kepala aku memang berpusing sangat. aku cepat sedar, tapi kepala aku sakit. memang semua tak kena that time. pusing kanan sakit, pusing kiri pun sakit. kata nurse dalam bilik bedah tu, aku masih rasa kesan ubat bius tu. so itu perkara biasa. aku ditolak keluar dari bilik bedah dalam pukul 11.50 tengahari.



Kesemua keluarga aku setia menanti luar bilik bedah. also my kazen yang datang with her two kids. thanks k.ngah mas. =)
anak sedara aku yang mata sepet putih putih melati tu duk jengket jengket kaki nak tengok aku. aku cuma sempat bukak mata dua tiga kali je sebab serius memang pening yang amat kesan daripada ubat bius aku tu.
I was crying at that moment and i heard my mum ask the nurse why i got my tears off, did i in pain ?
She say " no, she just in her own world right now. let her rest and she will be fine later. its take a hours "


Tapi aku dengar tu semua. i notice two things beside me. aku tak tahu nama alat tu, so aku tibai je ek ? hehehe. satu untuk salurkan aku air, kira masukkan air inside my body. satu lagi untuk cek blood pressure aku. selebihnya aku tak kisah, cuma nak rehat dan krohh krohh zzz. =D


first night.




DAY 2. 20.03.2013, WEDNESDAY 



breakfast untuk orang sakit ? heh!

Here come the pain. teheee. bila dah habis totally 100% kesan ubat bius tu, aku mula rasa sakit. aku diarahkan supaya menjaga kesan parut tu dengan berhati hati. (perlu ke diarahkan? haha)
Dan aku dimanjakan macam bayi kecil je, kakakah! geli tekak aku uolls, tapi memang perit sikit la. satu malam tu, belakang aku tiba-tiba jadi gatal sangat la kan. takkan sebab nak suruh garu je dah kejutkan ibu dari tidur ? jadi aku dengan selamba mamainya pergi garu sendiri. mencucuk pedih aku rasa bila jarum tu masih dalam tangan aku. esok tu request nak ubat tahan sakit lagi. hahaha. tak boleh tidur mengereng sebab nanti aku rasa pedih. cramp la aku jadinya. bila aku bangun jalan jalan, nurse nasihatkan tak payah pulak. dah jadi patung bernyawa la aku. aku kena hadap pulak budak budak practical, amik tekanan darah la, nak kemas katil la. aku dah la bosang! hahaha




second day.




DAY 3. 21.03.2013, THURSDAY



hari ketiga wayar aku kena belit sebab air lambat sangat habis. haha


Hari ketiga aku mintak keluar dari wad dah. sungguh aku bosan dan stress stay wad and do nothing ni. aku pun kesiankan ibu aku yang duduk je teman aku. dia just tidur atas lazy chair je ok, then aku tidur atas katil empuk tu ? keji sangat aku, so aku request nak keluar wad. doctor tak membantah cuma berpesan supaya aku jangan sesekali buat kerja berat. ok, then aku balik. cenggitu jelah. hehehe. tak sabar nak rest kat rumah je. boleh jumpa buyot aku, boleh nak menu itu ini, boleh rasa manja dan gedik bila kawan dan mr.sedud datang melawat.


mr.sedud belanja burger bakar. tak macam orang sakit dah rasanya. haha




sekarang sudah sebulan lebih aku jalani pembedahan. sejujurnya aku masih terasa denyutan sakit tu, tapi takpe. family, parents, mr.sedud and friends are alwayas there for me. insa' aku akan sembuh sepenuhnya nanti. sorrylah aku terlalu lewat nak update blog. aku dah bekerja sekarang, masa nak update blog memang sangt terhad. see u soon guy's!





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 19 March 2013

OPERATION.

Assalamualaikum..





Entry ni just schedule je. sebab hari ni aku kena operate. perasaan ni dah lama aku simpan. lama aku pendam. nervous, takut, risau semuanya ada kot ? tehee.. kata orang perkara terbaik korang boleh buat waktu hati gundah gulana macam aku sekarang, ialah berdoa ! =)





" berubah itu mungkin mudah, tapi mengekalkan perubahan itu adalah susah "




Sekarang aku selalu senyum. dengan dugaan dan diselang selikan sekali dengan kegembiraan. so seharusnya aku tak perlu la gundah gulana je. kata orang sekeliling aku, ini dugaan Tuhan sebab Allah sayang akan hambanya. Alhamdulillah, bila aku diduga macam ni, aku rasa ramai yang ambil berat. serius, sayu dan sebak hati ni kadang-kadang. :')




Tapi aku akan cuba untuk kuatkan diri walaupun hakikatnya aku ni manja sangat. bukan yang versi gediks gediks nak penampor tu. hehehe. tapi jenis yang takut sebab aku tak pernah rasa. aku tak pernah kena tahan wad, masuk air guna cucuk cucuk tu pun tak pernah. ni yang berdebar sangat ni. kihkih!










" Ya Allah, permudahkan urusanku, berikan aku kekuatan dan berkatilah hidup mereka yang telah membantuku selama aku susah atau senang. Amin.. "


I maybe in operation room right now. Wish me luck !





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 13 March 2013

SOMETHING PART 2

Assalamualaikum people..



Actually i'm not really know how to start my entry everytime i blogging. hahaha
Sokeyy la kan. takde dosa pun kalau aku merapu di awal entry aku ni. hehehe. sometime aku baca balik entry aku, skema pun ada, macam bagus pun ado, tapi aku selalu mencuba untuk kawal sifat @ kata-kata buruk aku. kalau rasa nak guna 'saya' atau 'aku' atau 'titew', aku main redah je. hahaha. not trying to show off that aku macam sooo perfect! gittew.. tapi maybe bagi aku tu cara aku berubah sedikit demi sedikit. jadi harap sesiapa tak pandang negatif.


Something yang aku katakan dulu sekarang dah jumpa jalan penyelesaiannya. have to fokus here, jumpa jalan penyelesaian je tapi things are not done yet. mkasud aku disini, jumpa jalan je tapi masih belum diselesaikan. =)



Setelah hampir a month aku menanti, dan aku pun dah separuh meroyan sebab tertanya-tanya dengan condition diri sendiri, aku decide nak pergi private hospital je. sejujurnya aku agak kelam kabut la, pergi sana sini. sebab tak tahu sangat whole proses. orang tak pernah kena tahan wad la katakan. nasib baik my ibu setia ke hulu hilir dengan aku. sayang ibu ketat ketat sangat. 



Dan seperti aku jangka, aku memang tak sihat ! :')
Doktor sahkan aku mempunyai ketumbuhan. selebihnya aku tak suka nak share. sebab aku tak nak raih simpati sesiapa. tapi sejak aku sendiri yang bukak cerita tentang something ni, jadi aku akan habiskan jugak cerita ni. jadi kata doktor yang aku jumpa tu, dia nasihatkan aku untuk buang ketumbuhan tu. jikalau aku biarkan ketumbuhan tu dalam badan aku, kemungkinan akan menjadi barah. sighhh.. i never imagine aku akan bercakap tentang kesihatan diri aku sendiri pada public. sebab for me aku sihat! yeah.. rasa sihat dan takde pape yang buat aku rasa lemah sampai nak kena tahan wad bagai. Tapi Tuhan maha besar. aku redha dan terima ni sebagai ujian dariNYA.








Aku ambil ni sebagai tanda kasih sayangnya kerana aku adalah hamba dia yang lemah. menurut kata doktor, ini tidak melibatkan sebarang risiko kehilangan nyawa tapi aku percaya kuasa DIA lebih besar dari segalanya. kalau itu kehendak dia, memang akan terjadi. aku tak pandai berkata kata apalagi nak bagi orang lain nasihat, cuma aku harap korang dapat maafkan aku atas silap aku secara langsung mahu pun tidak. 



Perasaan aku sekarang memang gugup, risau, semuanya bercampur menjadi abc. hehehe. biol jugak aku, ingat kelakor sangat lettew ? hehehe.
insa' aku akan menjalani pembedahan pada 19 mac ni. itu pun doktor kata lagi cepat lagi bagus. aku siap tepuk dahi tergelak tengok gelagat doktor tu. aku nervous tahap tertinggi ni, boleh lagi dia buat jenaka. anyway staff dekat private hospital tu semuanya peramah and always smiling. aku rasa senang berada disana dan aku harap aku kuat fizikal dan mental untuk hadapi ujian yang diberi ni. lagipun ibu aku seorang wanita yang tabah, aku cuma tumpang semangat dan ketabahan dia je untuk hadapi ni semua. aku pasti ibu akan sentiasa disisi aku selagi aku masih bernafas atas muka bumi ni.



Biarlah entry kali ni pendek je, aku harapkan korang dapat doakan aku supaya cepat sembuh ye! mudah mudahan dengan doa korang aku akan lebih kuat. semoga kita berjumpa lagi, aku mintak maaf atas semua silap sebab aku naif dan tak sempurna. take care people !





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 4 March 2013

MISS KELAKAR.

Assalamualaikum semua..



Ada satu malam tu, sebelum makan malam. ibu aku ada tunjuk sesuatu pada aku. dia beli rumpai laut dari kawan dia.
katanya dia jumpa kawan dia dekat kenduri dan kawan dia nampak kurus sikit. dieorang pun share la cerita terbaru. ibu aku ni duk cerita tentang darah tinggi dia naik mendadak lepas birthday adik aku dulu. tu sebab ibu makan kerang banyak. hahaha.


Then kawan ibu ni cakap darah dia dah ok dari sebelum ni sebab amalkan rumpai laut. dia pun bla bla bla bla.. la dekat ibu ceritakan tentang khasiat rumpai laut. katanya baik untuk darah tinggi, awet muda, senang cerita segala yang baik adalah rumpai laut. nak promote la katakan. kekeke.


So ibu beli la dari kawan dia. ntah berapa la harganya, aku pun dah lupa. harga memang boleh tahan, tapi aku pernah terbaca tentang rumpai laut ni. aku kena tag dekat facebook dengan sorang dealer rumpai laut ni. memang rumpai laut dia sama macam yang ibu aku beli. tapi maklumat ringkas sangat. selebihnya dia just letak no phone and ask people tu PM dia or wassap je.


So aku wassap jelah. malas aku nak komen-komen kat facebook tu. komen berjela pun dia suruh wassap jugak. aku tanya details dan boleh ke dia deliver sampai rumah ibu abah aku. mula-mula dia jawab untuk 10 kg. warna ungu lebih kepada kesihatan dan warna kuning lebih kepada kecantikan. dealer tu dari sabah. memang cantik pun orangnya. then aku pun jawab aku nak beli sikit je untuk ibu aku. sampai 10kg dan beratusan ringgit nak buat apa kan. ibu aku sorang je yang pakai.



aku rasa memang dari dulu lufya ni cenggini mukanya.




In the end dia boleh pulak "hehehehe" dengan aku dan selamber je jawab yang dekat facebook dia just nak promote je. harga borong dan tak boleh beli dengan harga tu untuk kuantiti sedikit. dia tambah pulak lagi itu hanya untuk get attention from people. 



MISS, ko ingat tu kelakor sangat ke ? ni memang first time aku wassap untuk tahu detail barang yang dijual secara online tapi aku rasa ni semua totally waste my time. like a trick untuk memperdaya pelanggan je. eh ke aku over ? 
yelah, nasib baik aku wassap. kalau aku meet her ke somewhere ke, memang bazir masa dan tenaga aku la weii. hahaha!
bagi aku la, boleh berniaga online ni. bagus memang bagus terutama untuk orang perempuan macam kita. tak perlu kerja berat berat. duduk rumah je, jaga kulit. jaga suami, jaga anak, jaga boyfie. eh ? hahaha. cuma kena bijak la. bukan bijak perdaya orang. bijak tarik pelanggan. sekarang as a outsider yang belum jadi pelanggan dia, aku rasa dia cakap berbelit. luckly aku banyak tanya, supaya aku lebih faham tentang barang tu. bak kata abah aku, duit kita. suka hati kita la nak tanya berapa kali pun. lastly memang aku tak beli pun dari dealer tu sebab tak ada pun beza harga dia dengan harga kawan ibu aku. senang cerita aku rasa seperti hampir ditipu olehmu tahu tak ? ok.bye !




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 28 February 2013

SOMETHING

Assalamualaikum semua..



Saya taip entry ni waktu cuti sebab saya tak mempunyai cukup masa nak update blog selalu. tambahan jumlah entry saya makin berkurang sejak tahun lepas. hanya perkara penting je yang buat hati ni tergerak nak update blog.



Last 2 week saya ada pergi ke klinik kesihatan dikawasan kediaman saya untuk medical check up. ok, actually saya sedar tentang "something" ni last 2 years ago. but to me nothing important to worried about. maka saya abaikan tentang "something" tanpa ragu. lagi pun badan rasa tiada perubahan ketara dan sihat je. anyway i have my own excuse la. first i would like to call it as "something" cos it still have no confirmation even by the doctor. the truth is i never be in hopspital before. i guess u know what i mean kan ? sekadar melawat orang sakit pernah la. err boleh dikira dengan jari je kot, seingat saya tak sampai 10 kali saya pergi melawat kenalan dihospital.



Malahan when i be in hospital, muka i memang cuak kot ? err i can smell all medicine and even the glove. i can recognize the smell sebab i totally tak suka pergi hospital. to respect who those yang i lawat dihospital, i will stay about half an hour to company the patient. my second brother memang ada kena tahan wad before. he's having an accident on his way back home from school. it was 9 years ago but to me its like yesterday je terbau semua ubat-ubat, all nurse are arounds me and medicine like dancing infront of me. yeah its sound funny or freak or what ever, but to me its something that i didn't want to do anymore.




keluarkan peluh dengan mr.sedud. annoyed jugak dia :)



Tapi since "something" ni bother me last 2 years ago, so i decide to tell my mum about it. ok, when i think i have to keep it secret, so i decide not to tell others for a long time untill i decide it can't be a secret anymore.
well u know, perangai aku memang pelik banyak la. susah nak going on dengan aku. tapi aku banyak cakap bila dah rapat dengan seseorang tu. hahaha. hurmm.. baru saya nak gelak taip entry ni sebab rasa something lain la bila bercakap tentang kesihatan ni. entahlah, saya memang agak lain la bab ni. we should go back to story tadi, when she's found out, ibu mula risau. i know her, panic is one of her habits. i told her nothing to worried about but  then she claims that i was being to naif about my health. so she ask me to do my medical check up.



I skip medical check up twice until she's getting mad to me. honestly i was worried too, more than her ! but to do something that i didn't like to do for a long time ago, is little bit hard for me. tapi bila difikirkan balik, sampai bila nak mengelak ? saya dah besar, soon will be 23 years old. lastly for my own goodness, i go to the nearest clinic to do my medical check up. i requested doktor perempuan sebab i little bit nervous to see the doctor by myself. sebenarnya ibu dah teman saya dari awal, teman saya for register, teman saya request doktor perempuan. semuanya ibu dah buat tapi hati still berdebar-debar. hahaha.




I have nothing more to share. the doctor said she's can't find out what is wrong with me but shes know it's not okay with my condition. so she will take me to futher action which is i don't know yet. and untill i make this entry, its been a week now. have no phone call or text message. satu lagi perangai buruk aku, tak suka menunggu. faham-faham jelah kenapa saya post entry ni. sebab saya tengah menunggu dengan sabar. after this mr.sedud and ibu ask me to do medical check up in private hospital pulak. memang sebelum ni ada terfikir tapi private hospital takde berdekatan kediaman kami. just only in seremban, saya takkan pergi sendiri.. nak ibu teman bersama. nak pergi dengan mr.sedud ? sorry to say. aku malu. aku malu jangan ditanya kenapa. malahan saya akan bahasakan "something" to represent what is going on with me untuk jangka masa yang lama. something bother me, dan ianya dah lama menganggu aku. scary tak entry aku ? bhahaha! ok, saya risau ni. please, pray the best for me. at least supaya saya gembira dan tak murung sebab "something" ni masih belum diketahui puncanya. take care people!






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Sunday, 24 February 2013

PUTERI GAYUNG 18TH BIRTHDAY'S

Assalamualaikum semua..



Lama jugak aku biar blog sunyi. niat memang nak update tapi alasan lapuk ialah MASA.
Sometime aku bazirkan masa aku untuk lihat kehidupan orang lain sampai hidup sendiri tak pernah aku nak uruskan. intro aku macam bagus sikit la sebab aku kan muka sombong. kata kawan aku la, ikutkan kata aku mesti aku kata muka aku kiut sikit dari Taylor swift tu. miahaha!



Tahun 2013 dah masuk bulan kedua. bulan Febuari ialah bulan kelahiran adik aku. aku punya seorang adik je dalam dunia ni, adik angkat aku tak layan. sejak dari sekolah lagi aku kurang bekenan bab angkat mengangkat ni. so aku tak pernah ada kakak angkat even i don't have my own sister. tapi aku takkan rotan korang pun kalau korang ada kakak, abang or adik angkat sebab bukan hal aku pun. kekeke..



Jadi entry ni seakan akan dokumentari tentang adik aku je. boleh ? hahahaha


Short name dia kiela, tapi aku selalu panggil dia baby -.-
Sebab aku ni jenis kalau sesuatu tu rapat dengan aku dan aku dah mula sayang sesuatu tu, aku gunakan panggilan baby. contohnya kucing betina aku, dia baby girl aku. hiks!
dalam blog ni aku panggil adik aku puteri gayung sebab dia suka mandi lama sangaaaaaaaat !!!
umur dia 18 tahun dan sekarang tengah tunggu result SPM dia. abah aku baik hati tanggung lesen motor dan kereta dia jadi puteri gayung sekarang baru lulus ujian JPJ untuk motosikal dan dalam proses untuk ujian kereta pulak. dipendekkan cerita adik aku stay dengan aku dekat senawang untuk memudahkan dia dalam proses amik lesen ni.




Penghujung bulan Januari aku bawak dia pergi genting theme park. mulanya dia tak mahu, katanya dia takut dengan ride tu semua. tapi aku yakinkan dia yang dia akan have fun disana nanti. niat aku hanya nak bawak dia jalan jalan je dan aku rasa genting tu macam sesuai je untuk berseronok. so here's some picture. dah lama pulak aku rasa aku pergi, sekarang baru nak upload. hehehe





















Sebenarnya tarikh lahir puteri gayung jatuh pada 17 Febuari. tapi aku terpaksa raikan lebih awal sebab aku kerja. sedih kan ? tapi aku lega puteri gayung enjoice waktu ni. malam tu aku bawak pulak dia pergi HR Steak House dekat kampung baru. western food memang favaurite adik aku ni. jadi aku puaskan nafsu makan dia. haha!



Another week pulak aku dengan parents aku pergi ke Gadek Hot Spring dekat Gadek, Melaka. luangkan masa bersama. keluarga aku boleh dikatakan mempunyai masa terhad je nak luang masa bersama.walaupun  tiada seorang pun lagi sibling aku dah mendirikan rumah tangga tapi kami duduk berasingan. abang sulung aku stay kL. dia kerja dekat bukit aman. abah aku duduk kuantan pulak. kerja jugak. aku tercampak sikit je dekat senawang. my ibu duduk rumah family kami dekat jelebu. bila nak togehter bersama memang susah sikit. so we really appriciate the precious time when we are together. =)




On 17th Febuari 2013 kami raikan hari jadi puteri gayung dikediaman kami sendiri, jelebu negeri sembilan. aku kerja pagi that time, so malam tu rushing beli kek, beli makanan sikit and driving back home.
in a mean while my mom already cook us mee kari requested by my older brother. padahal birthday adik aku, abang aku memang sengal sikit. hahaha.





oreo cheese cake pilihan puteri gayung







Ehem, gambar diatas ialah puteri gayung yang sedang memegang hadiah dari aku. agak membangga diri aku pada malam tersebut sebab puteri gayung tak percaya aku yang balut sendiri hadiah tu. perhaps i did a good job maybe ? muahaha!
bear tu aku beli sebab memang adik aku ada request sebelum ni. tapi aku tak layan sebab aku memang tak pandai nak pilih hadiah, bila adik aku mintak itu ini, aku decide itulah hadiah buat birthday dia. hahaha. senang hidup aku. parents aku decide belikan dia telefon bimbit baru. memang suprise sebab puteri gayung memang tak pernah request nak telefon bimbit pun. sekali abah gua belikan dia Samsung Galaxy S3 mini.
aku nganga je tengok handphone tu, dah la aku pulak yang di arahkan untuk membalut hadiah tersebut. sayu sayu je hati sikit. hehehe





tu dia s3 yang berbalut biru. ngeh ngeh !



Erm tu jelah celebration untuk adik aku. dia yang bongsu, princes family la sekarang. tapi aku rasa dokumentari ni macam agak tak teratur la. sebab kucing aku si buyot tengah sedap berdengkur atas dada aku. heh ! ok, bye !




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 8 February 2013

KISAH MALAM ITU HARI.

Assalamualaikum semua.


Hari ni kena kerja malam. best juga sebab tak perlu bangun pagi. sejak dari sekolah lagi aku rasakan macam satu disaster untuk bangun pagi. akhirnya aku akan tewas pada waktu tengahari. tapi tu zaman sekolah boleh la tidur. dah kerja nak tidur kena pecat la wa. hahaha..


Anyway last day kerja pagi hari tu, saya tak terus balik ke rumah. singgah kedai gambar dulu konon nak cuci gambar la. aku ni susah sikit nak cuci gambar. simpan banyak-banyak dalam handphone, sekali rosak nganga jelah mulut bila semua gambar lesap sekaligus. heh.


Balik kerja dalam pukul 6 petang, sampai kedai gambar terpacak dulu sejam dua baru pekerja tu nak layan aku. apa dia ingat aku nak buat modelling ke depan kedai gambar tu ? tahu la tokey kedai pergi dinner, tak usah la ko bersenang lenang. ok, tak mau story lebih-lebih tentang dia. kang feymes pulak dia kat sini. kekeke.


Lepas berlalunya waktu menunggu aku depan kedai gambar tu, terpaksa aku blah macam tu je sebab mesin jadahaponyo tu jadi hang. totally waste my time betul. kemudian mr.sedud (mybf) pun balik ke rumah dia, then takkan aku terpacak sejam dua pulak depan rumah dia ? terus balik rumah mak ayah den pulak. =)


Dalam perjalanan balik tu, waktu dah mula senja la. yelah, dah bazirkan sejam dua depan kedai gambar tadi.  boleh dikatakan dah masuk maghrib la. ibu selalu pesan dekat aku,
 "jangan kau balik dah gelap. sorang-sorang pulak tu. bahaya. "
well kepala aku keras. mana aku nak ikut cakap ibu. so hari tu ternyata memang aku balik bila hari sudah pun malam. lihatlah dunia, anak tak mendengar kata ibu bapak


Sekaligus Tuhan nak tunjuk kat aku, tayar kereta aku kempis. yeay.. padan muko den. tepi jalan bukan kampung aku, pada siapa aku nak mintak tolong ? baru terhengeh-hengeh call mak bapak. heh ~
luckly my abah memang ada kat rumah. mr.sedud pun ada sekali. sebab. err err err sebab dia risau kot ? hehehe




ketika kejadian.



Well aku selalunya jadi tukang tengok je. kalau aku sentuh pape makin lama pulak kiteorang tersangkut kat situ. hahaha. lastly aku belajar jugak la. first mulut ibu aku memangggg masin. secondly kawan-kawan, kita patuh la pada cakap ibu kita. walau bagi korang benda tu remeh je, tapi pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya. dia yang kandungkan kita 9 bulan, bawak ke hulu hilir. dia yang lebih tahu siapa kita. sekarang kalau nak balik malam pun aku mintak tolong mr.sedud check up kereta dulu. nak kata insaf sepenuh hati tak la kot. hehehe. aku kan degil, keras kepala. tapi serius memang aku tak berani balik malam selalu. takut! ok, bye!







: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Saturday, 26 January 2013

QUICK UPDATE.

Assalamualaikum semua..


Happy weekends!







Go out there and enjoice your off day. no matter with family or friends, just get yourself away from PC for a while. mana yang tak cuti jangan sedih. sebab kita mencari rezeki yang halal atas dunia ciptaaNYA. ehh KITA ? hahahaha. esok kerjo weyyh!








And one more thing, face your fear guy's. but as human we are not perfect. but we trying the best!













But again, either u sedar or not, we all liar's. weeek!! *kidding, hehe*






p/s : Gaji ni shopping jom ? teheee.. untung la, KITA kerja. sobs!!




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 15 January 2013

MORNING SUNSHINE.

Assalamualaikum semua..





Cinta paling manis bila saling memahami satu sama lain.
Bila bergaduh ada yang mengalah, bila merajuk ada yang pujuk 

Cinta itu misteri..
tidak terbentuk tapi dicari, 
tidak bernyawa tapi hidup,
 tidak tajam tapi mampu melukai, 
tidak mekar tapi mewangi..




p/s : mana ada cinta sempurna selain cinta DARINYA.




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 1 January 2013

HELLO 2013.

Assalamualaikum semua..


Wah.. alhamdulillah. syukur ke hadrat ilahi kita masih lagi bernyawa termasuk tuan blog ni. kekeke.
masih lagi setia menaip diblog usang yang dibina since 2009 ni. sudah 4 tahun sejak blog ni diwujudkan.
tak sempat nak update entry terakhir before masuknya 2013. sebab kite pergi sambut tahun baru. eh tak, tak la! kite tak sambut tahun baru. cuma kite manfaatkan cuti yang diberi. hehe!


sumpah.. saya tak pergi sambut tahun baru tau. entahlah. bukan sambut duit sejuta pun, bukan jugak sambut kelahiran baby baru ke dunia. it's just a new year, and bubye to 2012. teheee...
so definetly tak sambut la tapi saya pergi beristirehat. satu perkara yang buat saya suka dan bertambah - tambah sayang dekat mr.sedut (mybf) sebabnya dia suka layan kerenah or kehendak saya. well, depends on situation jugak la. bukan semua dia manjakan sampai ikut semua kehendak saya. hengkau ingat ko princess frog ? kehkeh!


sejak bekerja ni memang badan asyik penat. lenguh.. walaupun tak buat kerja berat but mental pun agak penat dengan problem kerja. jadi kami pergi memanjakan diri di hot spring. lokasinya hot spring gadek@ alor gajah melaka. mandi air panas memang bagus kot sebab melancarkan peredaran darah dan melegakan badan dan minda. wah.. nak cerita panjang memang tak dapat la kan sebab wa skema je. mana amik tahu sangat tentang kesihatan ni. hahaha.



kata mr.sedud kite kena mandi waktu malam. sebab mandi air panas waktu siang sama dengan nak masak diri sendiri. panehh.. tahu tak panas ? huhu. so kami pergi malam new year tulah. definetly takdo gambar sebab malam kan. but we only snap one picture which is korang takkan nampak apa - apa pun. 






harap maaf, kualiti gambar ialah pada tahap 3/10. hehe.




kemudahan agak full package kat sini. memang sesuai nak bawak family sekali. harga pun murah. bayaran masuk bagi dewasa RM5 je. boleh pulak bawak makanan luar dan banyak kolam in case crowded sangat. so tak perlu berebut. kedai makan disini pun sodapp rasonyo dan murah lagi sekali. =)
so stop pasal pergi bercuti. sebab kalau nak bercerita pasal cuti je, banyak pulak. pasal pergi i-city. best jugak sebab tempatnya dah banyak sangat berubah. ada waterpark. fun fair (tapi bayaran agak mahal). kite tepek gambar seketui boleh ? hehe!






sori.. curi gambar dari fb sendiri. haha!





then kite pergi jugak key el. puii! haha. ok, ok. geli dengan diri sendiri jap tadi. kite pergi kuala lumpur. makan dengan HR steak house@ kg. baru a.k.a food heaven. kihkih! i guess ramai kot tahu tentang restaurant western ni sebab harga die superb murah! nak lagi murah mintak abang sendiri yang belanja. muahaha! tapi pergi kuala lumpur tak banyak picture sebab jalan - jalan je pun, takkan nak snap pic kat Times Square ? rasa macam budak lepasan spm baru kapel je. oii, oii. mulut laser bedah dah keluar. opps! ampun, ampun. hehe.





today it's 1.01.2013. tomorrow gonna be 2.01.2013. so it's school day! excited tak ? hehe. no worries.
family i takde dah tergolong dalam budak sekolah ni. puteri gayung (myliltersister) pun dah menjangkau 18. so we think it's time for her to have her own licnese. kami decide la nak ambilkan puteri gayung lesen kereta dan motor. lagi pun amik cepat bagus sebab harga lesen makin lama makin mahal ok! huhu.





banyak pot pet pot pet tapi point aku apa duk taip entry panjang - panjang ?
saje jelous.. orang semua ligat update blog. i je macam lembap giler nak update. sorry guy's. kerja lebih penting. untuk masa depan jugak. hehehe. apa - apa pun thanks setiap kali online jenguk blog saya ni. datang sini berilah salam. saya masih sayang nak biarkan blog ni terabai. banyak kenangannnya. take care people!



p/s : 2.01.2013 its my anniversary too. =)






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.