Friday, 28 September 2012

BUAH HATI NO.2

Assalamualaikum.


Masih ingat kehadiran momot dan buyot ? mereka semakin sihat dan ceria. wawah, kemain lagi kan. haha!
masa saya memula jumpa dieorang memang dah tak menyusu tapi masih belum mampu nak mencari makanan sendiri. so saya ambil dan bela. sekarang kemain lagi my ibu cakap, nak bermanja je kerjanya. saya memang suka kucing yang manja. memang ada kucing yang mencakar, tapi maybe kucing liar.


kucing jadi liar pun sebab tu kucing terbiar, takde orang nak manjakan. sama je dengan manusia. kita didik dari kecik, dah besar dieorang akan mendengar kata. sekarang saya dah boleh lepaskan momot dan buyot time pagi dan berikan makanan waktu makan dieorang tanpa risau yang dieorang akan main jauh-jauh dan tak kembali lagi. sometime saya panggil je nama momot dan buyot, berlari dieorang balik ke rumah. waktu malam saya masukkan la dalam sangkar. yang lagi best bila dieorang memang dah tahu waktu masuk dalam sangkar. macam masuk tidur la. kekeke..




comey kan my buyot tidur ? hehe



yang penting jangan jadikan rumah orang lain macam rumah jamban sudah ler. saya jugak pastikan yang kucing saya tak buat taik dekat rumah orang lain. alhamdulillah setakat ni buyot dan momot tak berani berak dekat rumah orang lain. there's a time saya tertidur, jadi saya terlambat la bersihkan tempat berak dieorang which is pasir yang berbau wangi untuk cover bau harum buangan momot dan buyot ni. then kucing saya ni terus mundar mandir duk meaww, meaww beribu kali depan rumah. ibu pun kejutkan saya dan terus saya bagi makan kiranya saya fikir dieorang ni lapar la. tapi respon masih sama jugak, bila saya bersihkan bakul berak dieorang dan isi dengan pasir baru, baru la dieorang diam dan berlari-lari nak " uh uh ". haha.



saya dah ajar nak "uh uh" cuma dalam bakul pasir tu sahaja. jadi mereka dah pandai dan tak buang merata-rata bahan buangan tu.  =)
kadang-kala saya bawak dieorang jalan-jalan dalam kereta. tengok pemandangan luar yang lain. masa'llah, memang buas tapi still baik cuma nakal sikit je. kihkih!
let's see how noughty dieorang ni dalam kereta hari tu, cuma gambar buyot je dapat snap. gambar momot tak dapat sebab tersangat buas dalam kereta.














1. one..

mula nak kaco mr.sedud i  =)






















2. two..

buat muka baik dulu memulanya. sopan je duduk atas riba.







































3. three..

errr --'













4. four..



there u go. she's holding stereng kereta sendiri kot ? kucing kau hado ?





and yeah! buyot saya nak belajar driving pulak sekarang. sekian  -.-






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 14 September 2012

KISAH MENGHILANG.

Salam readers.

eh lama tak aku menyepi ? kemain.. hengkau ingat hengkau fatin liyana ade orang sedar ko hilang ? huahua!
haa. dah takde "saya" dah, nak kurang hajau je guna "aku" bagai, sejak umur dah nak mencecah 22 years old ni. nyampah! muehehe.


by the way, i'm back!! walaupun rasa memang dari dulu kot saya menyepi but nevermind. rindu pd blog membuak-buak pulek. kihkih! 


kadang-kadang duk termenung tepi warung pak samad ke, tepi mekdi ke, tepi tandas pun jadi je aku termenung (haha!), fikiran melayang dekat blog. macam-macam nak ditaip, tapi bila tangan dekat keyborad ternganga je mulut nak taip. ape ke jengkelnye perangai aku ni ?



well baru-baru ni saya abaikan semua masalah, dugaan dan rintangan dari kepala otak ni. dek kerana tak nak hilang fokus punya fasal, aku tak kisah la hape nak jadi. aku tetap fokus pada yang satu ni. aku halau semua semak sawang yang duk bergayut kat kepala ni sebab bagi aku benda ni amat  jarang-jarang sekali terjadi. (broken malay)


pentingkah ???



penting lagi la masalah yang menimpa aku, tapi duk fikir masalah dapat apa ? buntu adalah. yang penting tabah dan redha dengan ujian tuhan bagi. so i decide nak perbaiki apa yang kurang. begitulah hidup, kadang-kadang berada diatas, kadang-kadang anda berada dibawah. itulah dia, kata-kata Dr.Fara pakar motivasi anda hari ni. kahkah!



dalam blog boleh la taip "hahahahahahahaha" panjang mana kau nak tapi dalam hati tuhan je yang memahami. tengok-tengok.. aku kalau dah jiwa halus ni, mulalah nak bersyahdu bagai. korang jangan la layan aku lagi. sroott.. srootttt.... --'




baju mesti nak ijo. =P



1st time beranikan diri tayang gambar skema dekat blog, amacam ? mesti korang sukeeee an ? 
yep, i'm going for interview and this is my second time. oh definetly masih nervous tahap cicak menggeletik nak mati gara- gara kena lastik. 2 tahun kot saya tunggu peluang ni. so takkan sebab keadaan tak beberapa nak tenang dan damai, saya nak hilang fokus ? no, no, no. bukan prinsip hidup yang patut dicontohi. yelah anak jemah ni tak belajar sampai ke tahap tertinggi, so nak dapatkan kerja yang menjamin masa depan memang susah. lagi pun saya memang berazam nak jadi seorang pekerja kerajaan yang berbakti sebaik-baiknya pada rakyat. 



tipulah saya tak pernah terasa dengan layanan pekerja kerajaan yang lain bagi pada rakyat malaysia, memang BUKAN SEMUA yang beri layanan kurang memuaskan ni, disebabkan itulah saya nak tukar pandangan rakyat yang bahawa kerajaan mampu memberikan layanan yang sepatutnya rakyat negara ini terima sejak dari dulu lagi.  =)



ni bukan bodek atau mintak sokongan sesiapa, tapi insa' kalau ada rezeki saya diambil bekerja, saya akan menjadi tulang belakang kerajaan pusat. dengan kata lain, saya represent my own country. mahukah anda memburukkan nama baik negara anda sendiri ? sanggupkah anda ? tepuk dada, tanya diri sendiri.
tak semestinya jadi athlete je kita boleh represent country tau! bermacam-macam lagi caranya dan salah satunya dari sudut kualiti kerja. this is my personal opnion la, honestly ini pendapat jujur dari budak berusia 22 tahun ni. hehe



pergi interview kali ni bersama ibu terchenta je. my abah tak dapat temankan sebab sibuk bekerja dekat endau. pengalaman interview kali pertama, agak kurang memuaskan hati. kaki jangan cakap la ketaq macam mana, tangan macam mayat hidup pulak tu, muka make up tebal mana pun tetap nampak pucat. nak-nak lagi dapat angka giliran yang pertama, haa.. ko bayangkan la samad. itu dekat kuantan, semangat memang tinggi gunung, tapi gemuruh hati ni setinggi langit.



second time ni lebih banyak buat homework. ulang kaji dan survey kesemuanya. nak tips tak dapek la bedah, aku pun tak tahu keputusannya lagi. tapi seboleh-bolehnya persiapkan la diri. 

"dulu test jpj lesen kereta pun aku tak nervous macam ni, sekarang rasa pengsan lagi baik dari duk menunggu giliran dipanggil"

sampai begitu la aku bercakap sorang-sorang dalam tandas. mak cik cleaner dengar pun tak nak ambil aku bekerja sebab dia ingat aku mental problem. muahaha!



alhamdulillah. yakin dapat kerja ni tak la but hati lega sebab mampu jawab soalan yang diutarakan. selepas duopuluhempat kali aku tarik dan hembus nafas, rasa cemas tu hilang. dengan senyuman ibu bagi, aku tenang masuk dan keluar bilik interview tu. syukurrr ~



psstt.. boleh pulak surat beranak tertinggal dekat jelebu, tersedar waktu nak daftar. titew interview kat seremban. jelebu - seremban 40km kot ? demi komitmen kerja, aku redah je. haha! patah balik jelebu ambil surat beranak, photostat sekali dan rushing back to seremban. ha.. sempat pun. ngehngeh!



special thanks to mr.sedud dan seangkatan dengannya yang berkait secara rasmi atau tak cause giving their effort and support. for my mum, tentulah i heart u ketat-ketat ibu! doakan saya dapat kerja ni ye. mekasih. take care people! =)




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 4 September 2012

BUKAN LAGI ENTRY RAYA (X_X)

Salam readers.


tak sangka ai semakin malas tahap panda comel sejak bekerja ni. blog bersawang, update malas! haha.
sekarang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tetap yang utuh demi masa depan. ha gettew. kemain speachess macam pengetua sekolah rendah dulu yang kepala berkilat tengah =D



well disebabkan raya ni memang saya tak beraya even satu rumah pun, ehem ulangan --'
 "even satu rumah" Oh Mak Gayah, giler loooser pompuan ni. but saya still rasa syawal tu sebab masih makan rendang dan lemang.
lagipun masalah yang tak dapat dielakkan membuatkan hatiku tawar untuk beraya.


open house pun simple-simple je sebab.. ntah. raya tahun ni tak best -.-
cuma ajak mr.sedud dan rakan-rakan je datang menjamu selera. the rest ramai tak dapat datang perihal kerja. tetiba rasa nak lari obersea mengadu kat atok betapa sadisnya raya tahun ni. T_T


bab makanan je rasa macam heaven sangat sebab ibu masak macam-macam untuk raya kali ni! teheee..
sup gearbox. hamboii.. poning kepalo semah dik oii.. hehe. then ibu masak kari itik, kuah lodeh, rendang ayam kampung, ayam tandoooori, lemang buatan ibu sendiri. slurrpp.. sampai sekarang terasa baru je sendawa bau rendang. bhaha!


my atok yang stay perth sudah pulang ke malaysia. alhamdulillah beliau selamat sampai. sekarang berkira-kira mahu curi masa bertemu beliau after my abah pergi kidnap atok dekat kajang, rumah aunty. hehe!
2 tahun kot tak jumpa atok. boleh collect duit raya agi. agagaga ~


kisah raya kali ni nothing pun special melainkan terserempak b*bi oink oink melintas tengah jalan. pagi-pagi time nak pergi kerja dipagi raya, melintas pulak makhluk Tuhan yang sekor tu. mengucap panjang aku nak brek kereta. ish ish.. SROOOOOTT (lap hingus) sadis betul kejadian raya aku kali ni. nasib baik tak payah samak kereta. kahkah!



jumpa sanak saudara pun time diaorang datang beraya rumah parents saya sebab nak harapkan saya pergi raya rumah diaorang tak la kan. anyway saya demam dan batuk dan selsema seangkatan dengannya gara-gara tak cukup tidur serta terlebih makan juadah raya. people, time for open house pulak sekarang kan ? hehe. selamat tiba dan selamat pulang ke rumah tau. jangan dah melantak rumah orang tu tak sedar diri nak bangun pulak. saya akan menyepikan diri seketika sebab ada perkara penting yang memerlukan perhatian saya. saya seorang yang pelupa dan sering hilang fokus, so need to be alone! take care people =)






raya diperantauan. ni je yang mampu :')








: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.