Saturday, 18 August 2012

SALAM LEBARAN.

Salam readers..



Hye! tak pernah jemu nak update blog sebab masih ada yang sudi baca. cukuplah dulu ai dah shut down blog buat seketika. 


anyway raya, raya, raya wallaweh.. (goyang inul) kemain, goyang semah. hihik!
yep, kita semua sudah hampir saaaangggat dengan bulan syawal. and yes fenomena syawal pasti akan dirasai. even i'm still working but hati dan minda masih terasa kemeriahan syawal. jujurnya memanglah sayu sikit raya tahun ni terpaksa bekerja walaupun diberi insentif raya, tapi i'm just foineee.. T_T.


sebab raya setahun sekali la saya tetap mahu menyibukkan diri dengan persiapan raya. contohnya masak rendang, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, lomang panasss. zasss ~ haha!
penat memang penat, but setahun sekali je kott.


selain dari menyibukkan diri dengan persiapan raya, suasana sekeliling pun haruslah! terasa riang raya tu kan. hehehe.. bagi saya, bermacam-macam keadaan sekeliling yang boleh buat kita sedar dari realiti yang bahawa raya tinggal beberapa hari je lagi. 


comercial break / program raya.


yeah.. ini semestinya membuatkan kita sedar bahawa kita akan menyambut bulan syawal. zaman sekarang kucing ai pun tengok tv oke. tiap-tiap tahun ada program raya, nyanyi lagu raya, rumah terbuka artis dll lagilah. comercial break yang selalu menyentuh hati ialah iklan dari petronas, TM etc. iklan anak susah nak pulang raya, orang tua sendirian di pagi syawal dan juga anak yatim merayakan raya dengan bersederhana. semuanya menyentuh hati jika disertakan dengan iringan lagu raya, definetly program raya dan iklan raya memang menaikkan semangat mahu beraya saya =)


cahaya di malam hari.



yang mana tinggal dipendalaman kampung boleh la menikmati cahaya pelita. memang mengusik hati betul tengok rumah kayu dekat kampung dipasang pelita. nak-nak lagi yang dibuat sendiri menggunakan buluh. then ada adik-adik kecik main bunga api. ceh.. macam suasana hari raya yang aku lukis dalam subjek pendidikan seni je. muahaha! di masjid dan rumah-rumah pula kelihatan lampu lip lap berwarna-warni. eh betul ke aku panggil lampu lip lap ? eh gasak! hahaha.



lagu raya


awsome sangat bila siaran radio dah mula memainkan lagu-lagu raya. time driving nak pergi kerja or balik kerja, layan pula lagu raya. mahu sendu sendat jadinya seketika. haha! bermacam-macam lagu raya but still tak boleh menang lagu raya yang lama-lama. masih tersemat di hati lagu dendangan saloma, P.Ramle, sudirman dan juga anuar zain versi kecik-kecik dulu. 





iftar with my mum.





iftar with new friends =)





iftar with my mum and puteri gayung (myliltersister)



aidilfitri it's coming soon guy's. selamat menyambut lebaran dalam apa jua suasana. diri ini memohon ampun dan maaf atas silap dan kekasaran bahasa saya. sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan buruknya datang dari saya sendiri. moga aidilfitri ni membawa seribu satu erti kepada semua umatnya. entry raya tak pasti dapat update atau tak, yang penting take care people. selamat hari raya semua!! =))




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 13 August 2012

PERSIAPAN RAYA.

Salam reraders.


alhamdulillah.. walaupun saya bekerja untuk pertama kalinya dibulan ramadahan, saya masih mampu berpuasa selagi tiada excuse. semoga amalan ini dapat dipraktikkan selalu. 
walaupun sibuk bekerja, saya masih mencuri masa yang ada untuk membawa my ibu and puteri gayung (myliltersister) bersama mr.sedud (mybf) mencari barangan persiapan menjelang aidilfitri kelak.
ehem.. jangan salah anggap. mr.sedud bukan melebih-lebih but dia just nak pastikan saya tak sesat jalan sebab saya pelupa tahap dewa 19. so mintak pengertian disitu. ahaks!


yarabbi allamin.. diri pun tak sangka bahawa diri sendiri ni mampu melakukan ini semua.
semah, ko bayangkan aku buat 6 jenis kuih raya dalam masa 2 hari bercuti. ingat aku bisnes kuih rayo ke ?
kekeke.. bukanlah, itu je masa yang ada, jadi terpaksalah manfaatkan walaupun sekejap. tak sampai hati saya nak tengok my ibu sendirian mengadap kuih raya sampai nak termooontah. (x_x)


tahun lepas saya ingat lagi, sehari satu je kuih raya. then cepat-cepat nak buat entry kat blog. punya eksaited namanya. haha! tahun ni satu entry kuih raya pun takda, satu gambar kuih raya pun tak disnap. sekarang baru tahu nikmat bekerja. takde masa nak buat hal remeh. 



tart nenas, biskut dahlia, cornflakes, coklat, biskut kacang dan biskut jagung. 6 jenis kesemuanya. tapi itu dengan bantuan bersama.. bukan diri sendiri yang lakukan.


kita beralih pula pada baju raya. haa.. ni kegemaran aku la kan. since dulu bab menghabiskan duit, memang sesuai dengan perwatakan ai noon. muahaha! alhamdulillah, rezeki lebih. dapat la dua pasang seorang baju raya tahun ni. sebab gatal sesangat, kami pilih warna yang matching. maksud saya ai dengan mr.sedud la. kihkih! dan this is first time pakai baju macthing. kekok pun ada kot nanti ? -.-



so how's people ? persiapan raya ? cer cerita la sikit. maaf, wa sibuk. tak blogwalking dan reply komen. selamat berbuka dan pilihlah juadah yang berkhasiat, baru badan sihat! nak rayoo nanti. kekeke.. love u oll. muachx!




satu dugaan time puasa kena bekerja kan ?




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 10 August 2012

KAYA TAPI KEDEKUT.

Salam readers..


kaya miskin ni terlalu spesifik untuk diperbincangkan. disebabkan saya tak pernah jadi orang kaya, of course la i don't know how it's feel right ?
anyway bohong la plak kalau saya katakan saya ni hidup susah. kalau hidup susah takkan la umur 22 baru nak bekerja bersungguh-sungguh sedangkan selama ni duduk terbongkang kat rumah menghabiskan duit mak bapak. (bad attitude)


but sederhana tu ada la. alhamdulillah masih ada rumah berteduh, tak pernah putus bekalan beras, pakaian pun masih takde yang terpaksa bertampal. 


adakah orang kaya sombong ??


Opps! ni bukan untuk sesiapa, just berkongsi pendapat. bulan puasa ni saling mengingatkan satu amalam mulia juga. well, ada je orang kaya ni yang rumah nampak besauu gedabak, perabot brand london italy je nak pakai dalam rumah, but bila bab hal remeh kedekut sanggggat..


alhamdulillah jika anda tergolong dalam orang yang dimurahkan rezeki dan sanggup berkongsi nikmat tu dengan golongan orang yang memerlukan,  tetapi ada sesetangah golongan ni yang terlalu taksub dengan duit sampai nak derma untuk kebajikan pun berkira. ada juga yang jenis bersekat makan tapi harta benda melambung tinggi. kereta mahu empat lima bijik susun depan rumah. ajak rakan datang makan rumah tapi hidang air sirap sejuk je ? uhuk, uhuk.. ingatkan dapat la orange juice satu jug! muehehe


ada yang duk tayang " aku kayo, aku kayo " but cakap diri masih miskin. my mum said jangan menipu orang lain, nanti Tuhan tarik nikmat. jika ditanya, jawablah dengan jujur bahawa rezeki kalian dimurahkan Tuhan. jangan takut mengaku diri mempunyai harta, tapi jangan bonggak pula ye! noticed that. ada perbandingan disitu.


yelah, saya tak pernah jadi orang kaya boleh la beleter membebel dekat blog kan ?
mana la tahu saya jadi kaya lupa duniawi ? mintak jauh la tu semua. moga saya tak sebegitu suatu hari nanti.
sebab saya ada tiga pesanan dari orang tersayang yang duit berkepuk dalam akaun. but still mengamalkan sifat merendah diri, pemurah dan bukan kedekut. salute sangat with this type of people.


" biar duit jadi hamba kita, bukan kita jadi hamba duit "


- maksudnya disitu, janganlah duk ikat duit tu simpul letak bawah bantal. kalau kita berduit ? kita manfaatkan. gunakan untuk kegunaan diri. beli kereta, rumah lagi perlu, selebihnya boleh la nak simpan kalau mahu. cuma janganlah sampai hidup sendiri terseksa asalkan duit tebal dalam poket. huh ?




"kalau dia tak kedekut, takkanlah dia jadi kaya "


- maksudnya, jauhilah sifat kedekut haji bakhil tu saudara semua. masa'llah, jika diminta derma disebabkan kematian keluarga tu, hulur ajelah. ikhlaskan hati dengan niat hendak membantu. bukan niat nak jaga air muka. insa' Tuhan bagi balasan dan pahala yang berganda buat kita semua  =)




" duit bukan boleh dibawa mati "


- yang ni berkali-kali dipesan dan semua pun tahu. anak bini kita tabur kelopak bunga mawar je kat kubur kita nanti, bukan tabur duit sehelai demi sehelai. kain kafan semuanya sama harganya nanti, tak mahal. jadi tak perlu takut, duit bukan boleh dibawa mati ye semua..




mari kita manfaatkan pesanan ini bersama. moga hati kita dijauhi sifat kedekut dan iri hati. amin..

















: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 6 August 2012

MENYUNTING BUNGA.

Salam readers.


My oldest brother still not married and currently stay in kuala lumpur. he's now working at Bukit Aman.
ehem.. maaf ini bukan entry nak promote abang. muehehe. ini entry hari kami menghabiskan duit bandi (myoldestbro). diakui beliau memang sangat sangat jarang nak balik rumah. beliau lebih suka menghabiskan masa bermain game, futsal, dan berjimba dengan rakan beliau.


kami lebih rela pergi menghadirkan diri dirumah sewa beliau jika mempunyai urusan penting untuk diselesaikan. urusan penting sahaja, get noticed. last month we going to meet him for some reason. he's still working dan kami pergi sergah dia selepas dia pulang dari bekerja.


langkah kanan la katakan bila dia memang baru dapat gaji that time. kami iaitu saya dan mr.sedud (mybf) membawa sekali ibu kami, (oii, ibu saya jelah) bersama kami untuk melihat perkembangan diri bandi.
misai dan janggut masih lagi tak bertambah, cuma rambut beliau yang makin bertambah panjang.


beliau bawa kami ke suria klcc untuk berjimba. bisik hati kecilku, " abang aku tak normal seperti selalu. "
jangkaan saya tak meleset bila dimana beliau rupanya menyimpan hasrat untuk menyunting bunga yang mekar di suatu tempat.



inilah yang mahu disunting beliau =)


mulanya kami agak melilau jugak cari mana sony centre dalam suria klcc tu. sebab kami tak pasti betul atau tidak ada sony centre disitu. sampaikan kami refers to map baru kami jumpa. bila dah jumpa, terkinja la bandi time nampak sony vaio idaman beliau. walaupun hakikatnya beliau mahu menyunting alim ware, kami menghalang sebab tak rela melihat beliau mengadap lappy duopulohempat jam. (x_x)



ini pilihan beliau. 


leka bertanya boleh download bebanyak tak game dalam lappy tu. -.-


bandi memang kaki game. kaki melayan game online. game apa saja game. game lumba haram je dia tak layan walaupun hakikatnya beliau menunggang motor macam pelesit. " jalan kl tak pandai cilok lambat la ko. " itu alasan yang diberi. haihh..
sesudah membeli sebuah lappy, beliau dengan baik hati mempelawa kami menjamu selera dekat pizza hut. katanya nak mencuba pizza stick keluaran terbaru pizza hut. well orang belanja aku gasak jelah. wakaka!



masih nak control macho sebab sedar diri masih membujang. hew hew ~


memang padat la kot pizza hut that day. nasib baik kami sempat mendapatkan tempat duduk. walhal diluar barisan manusia beratur panjang menunggu giliran.



mengapa jari kau mesti macam tu hah samdol ? takde trademark lain ke ?




lempeng tu kami tak dapat habiskan. jadi kami bungkus untuk dibawa pulang. selepas kekenyangan, kami pergi bayar tiket parking kereta. mahal memang mahal, siapa yang pernah pergi maybe rela parking diluar lagi. tambahan memang panas sangat dekat parking kereta tu. rasa macam kena steamboat je. feuuuw ~



ibu masih staedy main bowling walaupun dah berusai 56 tahun this year.



kami singgah pula dekat ampang bowling untuk bermain bowling. no worries people sebab bandi belanja semuanya. haha! siap ambil 4 game lagi. kata beliau nak lepas gian main bowling. so layankan ajeeee..




dapat kasut sebelah lain pun gawjessss jgk. shit! -.-



alang-alang dah berjela entry, saya nak panjangkan lagi. muehehe. yelah, bukan selalu dapat update. 







best jugak la sebab that time dapat banyak strike. berlawan dengan bandi dan mr.sedud. kihkih. ingat tangan aku bengkok aku tak dapat strike ? korang silap. haha







kami pulang memang dah lewat malam. nasib baik ada ibu sekali. kalau tak nampak sangat tak eloknya sebab saya bersama mr.sedud. anyway memang fun habis that day sebab tu nak abadikan dalam blog sendiri. persiapan raya macam mana semua ? take care people! =)





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.