Friday, 14 September 2012

KISAH MENGHILANG.

Salam readers.

eh lama tak aku menyepi ? kemain.. hengkau ingat hengkau fatin liyana ade orang sedar ko hilang ? huahua!
haa. dah takde "saya" dah, nak kurang hajau je guna "aku" bagai, sejak umur dah nak mencecah 22 years old ni. nyampah! muehehe.


by the way, i'm back!! walaupun rasa memang dari dulu kot saya menyepi but nevermind. rindu pd blog membuak-buak pulek. kihkih! 


kadang-kadang duk termenung tepi warung pak samad ke, tepi mekdi ke, tepi tandas pun jadi je aku termenung (haha!), fikiran melayang dekat blog. macam-macam nak ditaip, tapi bila tangan dekat keyborad ternganga je mulut nak taip. ape ke jengkelnye perangai aku ni ?



well baru-baru ni saya abaikan semua masalah, dugaan dan rintangan dari kepala otak ni. dek kerana tak nak hilang fokus punya fasal, aku tak kisah la hape nak jadi. aku tetap fokus pada yang satu ni. aku halau semua semak sawang yang duk bergayut kat kepala ni sebab bagi aku benda ni amat  jarang-jarang sekali terjadi. (broken malay)


pentingkah ???



penting lagi la masalah yang menimpa aku, tapi duk fikir masalah dapat apa ? buntu adalah. yang penting tabah dan redha dengan ujian tuhan bagi. so i decide nak perbaiki apa yang kurang. begitulah hidup, kadang-kadang berada diatas, kadang-kadang anda berada dibawah. itulah dia, kata-kata Dr.Fara pakar motivasi anda hari ni. kahkah!



dalam blog boleh la taip "hahahahahahahaha" panjang mana kau nak tapi dalam hati tuhan je yang memahami. tengok-tengok.. aku kalau dah jiwa halus ni, mulalah nak bersyahdu bagai. korang jangan la layan aku lagi. sroott.. srootttt.... --'




baju mesti nak ijo. =P



1st time beranikan diri tayang gambar skema dekat blog, amacam ? mesti korang sukeeee an ? 
yep, i'm going for interview and this is my second time. oh definetly masih nervous tahap cicak menggeletik nak mati gara- gara kena lastik. 2 tahun kot saya tunggu peluang ni. so takkan sebab keadaan tak beberapa nak tenang dan damai, saya nak hilang fokus ? no, no, no. bukan prinsip hidup yang patut dicontohi. yelah anak jemah ni tak belajar sampai ke tahap tertinggi, so nak dapatkan kerja yang menjamin masa depan memang susah. lagi pun saya memang berazam nak jadi seorang pekerja kerajaan yang berbakti sebaik-baiknya pada rakyat. 



tipulah saya tak pernah terasa dengan layanan pekerja kerajaan yang lain bagi pada rakyat malaysia, memang BUKAN SEMUA yang beri layanan kurang memuaskan ni, disebabkan itulah saya nak tukar pandangan rakyat yang bahawa kerajaan mampu memberikan layanan yang sepatutnya rakyat negara ini terima sejak dari dulu lagi.  =)



ni bukan bodek atau mintak sokongan sesiapa, tapi insa' kalau ada rezeki saya diambil bekerja, saya akan menjadi tulang belakang kerajaan pusat. dengan kata lain, saya represent my own country. mahukah anda memburukkan nama baik negara anda sendiri ? sanggupkah anda ? tepuk dada, tanya diri sendiri.
tak semestinya jadi athlete je kita boleh represent country tau! bermacam-macam lagi caranya dan salah satunya dari sudut kualiti kerja. this is my personal opnion la, honestly ini pendapat jujur dari budak berusia 22 tahun ni. hehe



pergi interview kali ni bersama ibu terchenta je. my abah tak dapat temankan sebab sibuk bekerja dekat endau. pengalaman interview kali pertama, agak kurang memuaskan hati. kaki jangan cakap la ketaq macam mana, tangan macam mayat hidup pulak tu, muka make up tebal mana pun tetap nampak pucat. nak-nak lagi dapat angka giliran yang pertama, haa.. ko bayangkan la samad. itu dekat kuantan, semangat memang tinggi gunung, tapi gemuruh hati ni setinggi langit.



second time ni lebih banyak buat homework. ulang kaji dan survey kesemuanya. nak tips tak dapek la bedah, aku pun tak tahu keputusannya lagi. tapi seboleh-bolehnya persiapkan la diri. 

"dulu test jpj lesen kereta pun aku tak nervous macam ni, sekarang rasa pengsan lagi baik dari duk menunggu giliran dipanggil"

sampai begitu la aku bercakap sorang-sorang dalam tandas. mak cik cleaner dengar pun tak nak ambil aku bekerja sebab dia ingat aku mental problem. muahaha!



alhamdulillah. yakin dapat kerja ni tak la but hati lega sebab mampu jawab soalan yang diutarakan. selepas duopuluhempat kali aku tarik dan hembus nafas, rasa cemas tu hilang. dengan senyuman ibu bagi, aku tenang masuk dan keluar bilik interview tu. syukurrr ~



psstt.. boleh pulak surat beranak tertinggal dekat jelebu, tersedar waktu nak daftar. titew interview kat seremban. jelebu - seremban 40km kot ? demi komitmen kerja, aku redah je. haha! patah balik jelebu ambil surat beranak, photostat sekali dan rushing back to seremban. ha.. sempat pun. ngehngeh!



special thanks to mr.sedud dan seangkatan dengannya yang berkait secara rasmi atau tak cause giving their effort and support. for my mum, tentulah i heart u ketat-ketat ibu! doakan saya dapat kerja ni ye. mekasih. take care people! =)




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

5 comments:

Tukang Karut said...

eh... hidup lagi?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

new life is about to start! :)

hassy chan said...

smoga ko dpt keje!!!
(bole blnje i mkn) ngeh3

Sayidah Nafisah Ruslan said...

wah..gudlak fara! :)

Lia Irdelia said...

oo,. gudluck tau.. :)

copyright@budakijau.do not copy.