Saturday, 18 August 2012

SALAM LEBARAN.

Salam readers..



Hye! tak pernah jemu nak update blog sebab masih ada yang sudi baca. cukuplah dulu ai dah shut down blog buat seketika. 


anyway raya, raya, raya wallaweh.. (goyang inul) kemain, goyang semah. hihik!
yep, kita semua sudah hampir saaaangggat dengan bulan syawal. and yes fenomena syawal pasti akan dirasai. even i'm still working but hati dan minda masih terasa kemeriahan syawal. jujurnya memanglah sayu sikit raya tahun ni terpaksa bekerja walaupun diberi insentif raya, tapi i'm just foineee.. T_T.


sebab raya setahun sekali la saya tetap mahu menyibukkan diri dengan persiapan raya. contohnya masak rendang, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, lomang panasss. zasss ~ haha!
penat memang penat, but setahun sekali je kott.


selain dari menyibukkan diri dengan persiapan raya, suasana sekeliling pun haruslah! terasa riang raya tu kan. hehehe.. bagi saya, bermacam-macam keadaan sekeliling yang boleh buat kita sedar dari realiti yang bahawa raya tinggal beberapa hari je lagi. 


comercial break / program raya.


yeah.. ini semestinya membuatkan kita sedar bahawa kita akan menyambut bulan syawal. zaman sekarang kucing ai pun tengok tv oke. tiap-tiap tahun ada program raya, nyanyi lagu raya, rumah terbuka artis dll lagilah. comercial break yang selalu menyentuh hati ialah iklan dari petronas, TM etc. iklan anak susah nak pulang raya, orang tua sendirian di pagi syawal dan juga anak yatim merayakan raya dengan bersederhana. semuanya menyentuh hati jika disertakan dengan iringan lagu raya, definetly program raya dan iklan raya memang menaikkan semangat mahu beraya saya =)


cahaya di malam hari.



yang mana tinggal dipendalaman kampung boleh la menikmati cahaya pelita. memang mengusik hati betul tengok rumah kayu dekat kampung dipasang pelita. nak-nak lagi yang dibuat sendiri menggunakan buluh. then ada adik-adik kecik main bunga api. ceh.. macam suasana hari raya yang aku lukis dalam subjek pendidikan seni je. muahaha! di masjid dan rumah-rumah pula kelihatan lampu lip lap berwarna-warni. eh betul ke aku panggil lampu lip lap ? eh gasak! hahaha.



lagu raya


awsome sangat bila siaran radio dah mula memainkan lagu-lagu raya. time driving nak pergi kerja or balik kerja, layan pula lagu raya. mahu sendu sendat jadinya seketika. haha! bermacam-macam lagu raya but still tak boleh menang lagu raya yang lama-lama. masih tersemat di hati lagu dendangan saloma, P.Ramle, sudirman dan juga anuar zain versi kecik-kecik dulu. 





iftar with my mum.





iftar with new friends =)





iftar with my mum and puteri gayung (myliltersister)



aidilfitri it's coming soon guy's. selamat menyambut lebaran dalam apa jua suasana. diri ini memohon ampun dan maaf atas silap dan kekasaran bahasa saya. sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan buruknya datang dari saya sendiri. moga aidilfitri ni membawa seribu satu erti kepada semua umatnya. entry raya tak pasti dapat update atau tak, yang penting take care people. selamat hari raya semua!! =))




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

4 comments:

si robot comel said...

Selamat hari raya kak. Maaf dipinta jika ada silap dan salah :) kosong kosong ye

♛ Azie Azra ♛ said...

selamat hari raya babe! :D

Sayidah Nafisah Ruslan said...

selamat hari raya awak.. takpe kerja dapat pahala :)

sayA tonaH said...

selamat ari raya jugak

raya kan sebulan

muahahaha~

copyright@budakijau.do not copy.