Friday, 10 August 2012

KAYA TAPI KEDEKUT.

Salam readers..


kaya miskin ni terlalu spesifik untuk diperbincangkan. disebabkan saya tak pernah jadi orang kaya, of course la i don't know how it's feel right ?
anyway bohong la plak kalau saya katakan saya ni hidup susah. kalau hidup susah takkan la umur 22 baru nak bekerja bersungguh-sungguh sedangkan selama ni duduk terbongkang kat rumah menghabiskan duit mak bapak. (bad attitude)


but sederhana tu ada la. alhamdulillah masih ada rumah berteduh, tak pernah putus bekalan beras, pakaian pun masih takde yang terpaksa bertampal. 


adakah orang kaya sombong ??


Opps! ni bukan untuk sesiapa, just berkongsi pendapat. bulan puasa ni saling mengingatkan satu amalam mulia juga. well, ada je orang kaya ni yang rumah nampak besauu gedabak, perabot brand london italy je nak pakai dalam rumah, but bila bab hal remeh kedekut sanggggat..


alhamdulillah jika anda tergolong dalam orang yang dimurahkan rezeki dan sanggup berkongsi nikmat tu dengan golongan orang yang memerlukan,  tetapi ada sesetangah golongan ni yang terlalu taksub dengan duit sampai nak derma untuk kebajikan pun berkira. ada juga yang jenis bersekat makan tapi harta benda melambung tinggi. kereta mahu empat lima bijik susun depan rumah. ajak rakan datang makan rumah tapi hidang air sirap sejuk je ? uhuk, uhuk.. ingatkan dapat la orange juice satu jug! muehehe


ada yang duk tayang " aku kayo, aku kayo " but cakap diri masih miskin. my mum said jangan menipu orang lain, nanti Tuhan tarik nikmat. jika ditanya, jawablah dengan jujur bahawa rezeki kalian dimurahkan Tuhan. jangan takut mengaku diri mempunyai harta, tapi jangan bonggak pula ye! noticed that. ada perbandingan disitu.


yelah, saya tak pernah jadi orang kaya boleh la beleter membebel dekat blog kan ?
mana la tahu saya jadi kaya lupa duniawi ? mintak jauh la tu semua. moga saya tak sebegitu suatu hari nanti.
sebab saya ada tiga pesanan dari orang tersayang yang duit berkepuk dalam akaun. but still mengamalkan sifat merendah diri, pemurah dan bukan kedekut. salute sangat with this type of people.


" biar duit jadi hamba kita, bukan kita jadi hamba duit "


- maksudnya disitu, janganlah duk ikat duit tu simpul letak bawah bantal. kalau kita berduit ? kita manfaatkan. gunakan untuk kegunaan diri. beli kereta, rumah lagi perlu, selebihnya boleh la nak simpan kalau mahu. cuma janganlah sampai hidup sendiri terseksa asalkan duit tebal dalam poket. huh ?




"kalau dia tak kedekut, takkanlah dia jadi kaya "


- maksudnya, jauhilah sifat kedekut haji bakhil tu saudara semua. masa'llah, jika diminta derma disebabkan kematian keluarga tu, hulur ajelah. ikhlaskan hati dengan niat hendak membantu. bukan niat nak jaga air muka. insa' Tuhan bagi balasan dan pahala yang berganda buat kita semua  =)




" duit bukan boleh dibawa mati "


- yang ni berkali-kali dipesan dan semua pun tahu. anak bini kita tabur kelopak bunga mawar je kat kubur kita nanti, bukan tabur duit sehelai demi sehelai. kain kafan semuanya sama harganya nanti, tak mahal. jadi tak perlu takut, duit bukan boleh dibawa mati ye semua..




mari kita manfaatkan pesanan ini bersama. moga hati kita dijauhi sifat kedekut dan iri hati. amin..

















: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

6 comments:

Onitsuka_hana said...

pendapat hana la kan, kalau orang aya yang sombong ni dia xpernah lalui kehidupan susah. Kalau kaya xsombong kebanyakannya dia bermula dari bawah.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sebenarnya lagi kita bersedakah akan lagi luas rezeki kita :)

hassy chan said...

tu la dugaan org kaya... jd kaya bkn sng.. bnyk dugaan..
kalo x leh lwn dugaan, tuh y jd kedekut.. sombong..

Lea Isnawi said...

rezeki lebih, lebih baik share kan :D

Tukang Karut said...

aku kaya budi bahasa...

sayA tonaH said...

ntahla

kenal la dulu ati budi diorg baru tau depa ni camne

kenkadang ad gak orang kaya yg lebey byk melalui pelbagai cabaran lam idop mereka sebelom depa jadik kaya

tentu ad sebab knp diorang jadik tetiba kedekut tu sume

copyright@budakijau.do not copy.