Tuesday, 20 November 2012

NAK UPDATE.

Assalamualaikum..


Oii sangat kurang manis tajuk entry aku ni. kehkeh! Baru nak update ? huduh perangai ngko tau tak!
anyway tuan blog masih hidup lagi ni. sihat bertambah tembam dah pun. how's everybody ? 
omputih sikit. trademark i dah tu. harharhar..


Sabtu lepas berlangsungnya AIM yang ke 19. saya ? tengok pun tak, ni kan nak bercerita tentang AIM tersebut. tapi tarikh tu yang spesel sebenarnya.. kihkih! 17 november is my birthday and now i'm 22! spesel tak ? hahaha.


Tapi sayangnya pada tarikh tersebut saya bekerja, maka lupalah untuk menyambutnya. tengok tengok, alasan bangang pempuan ni bagi. hehe.. fikir punya fikir i decide nak sambut dengan family dan mr.sedud (my bf). insa' kalau masing-masing kelapangan la. so tarikh tunda even birthday i jatuh pada 17 november. sebab my abah pun jauh di kuantan, kami di sini (n.sembilan). 
setakat ni memang tak confirm tarikh dan kedatangan masing-masing lagi, lagi pun sambut birthday je pun. bukan sambut duit sejuta. =D




punya suka dapat beg dari adik kite. hehe! pelok tak lepas tau.. jangan jeles ;)




yang terharunya my ibu wish birthday awal-awal pagi lagi dah. siap berdoa lagi buat anak dara dia yang degil dan gedik terlebih ni. muehehe! also my abah dan puteri gayung (liltle sister) mr.sedud awal-awal dah bagi hadiah. kata dia tak pandai nak sorok hadiah. dia bagi kristal yang tulis kata kata romantis la. heh.. dan dia bagi something else. kecik but saya suka hadiah tu.






ni la natang kecik tu. korang teka la benda alah apa ni. hehe





can we stop update about my birthday a moment boleh ? kang ada makin menyampah dengan aku. bhaha!
ini mengenai my baby boy. momot kucing jantan kesayangan sy. suddently he's been missing a month ago. urm tak. lebih dari sebulan dah pun but it just me who not admit about it. sebab masih belum terima kehilangan momot sepenuhnya. well momot saya jumpa dan saya yang bela semampu saya. cuma mampu beri susu tepung beli dari kedai haiwan ah pek dan makanan kering serta basah jenama smart heart yang dibeli dari market terdekat je. nak lebih lebih saya tak mampu. tapi kenapa pencuri tu curi kucing saya ?
why ? tahu la momot tu bermata biru, berbulu putih dan lebat, but it doens't mean momot tak bertuan. kucing aku comel sebab tu ko curi kan ? kan ? kan ? haaa.. emosi i tau. sampai sekarang saya tetap tunggu momot balik ke rumah semula. hopely momot selamat, dan lincah macam selalu. sobbss sobss  T_T




u'll always in my mind momot.




sesiapa nampak momot inform saya tau. oh tentang hadiah mr.sedud tu, benda kecik tu pendrive je. hehe. tapi saya memerlukan pendrive yang baru. so dia belikan. rasa seronok pulak bila dapat hadiah yang memerlukan. kata mr.sedud dia belikan yang itu sebab saya guna vaio pink tapi takde warna pink cuma yang ada purple je. so purple pun boleh je. have a good day people!





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 28 September 2012

BUAH HATI NO.2

Assalamualaikum.


Masih ingat kehadiran momot dan buyot ? mereka semakin sihat dan ceria. wawah, kemain lagi kan. haha!
masa saya memula jumpa dieorang memang dah tak menyusu tapi masih belum mampu nak mencari makanan sendiri. so saya ambil dan bela. sekarang kemain lagi my ibu cakap, nak bermanja je kerjanya. saya memang suka kucing yang manja. memang ada kucing yang mencakar, tapi maybe kucing liar.


kucing jadi liar pun sebab tu kucing terbiar, takde orang nak manjakan. sama je dengan manusia. kita didik dari kecik, dah besar dieorang akan mendengar kata. sekarang saya dah boleh lepaskan momot dan buyot time pagi dan berikan makanan waktu makan dieorang tanpa risau yang dieorang akan main jauh-jauh dan tak kembali lagi. sometime saya panggil je nama momot dan buyot, berlari dieorang balik ke rumah. waktu malam saya masukkan la dalam sangkar. yang lagi best bila dieorang memang dah tahu waktu masuk dalam sangkar. macam masuk tidur la. kekeke..




comey kan my buyot tidur ? hehe



yang penting jangan jadikan rumah orang lain macam rumah jamban sudah ler. saya jugak pastikan yang kucing saya tak buat taik dekat rumah orang lain. alhamdulillah setakat ni buyot dan momot tak berani berak dekat rumah orang lain. there's a time saya tertidur, jadi saya terlambat la bersihkan tempat berak dieorang which is pasir yang berbau wangi untuk cover bau harum buangan momot dan buyot ni. then kucing saya ni terus mundar mandir duk meaww, meaww beribu kali depan rumah. ibu pun kejutkan saya dan terus saya bagi makan kiranya saya fikir dieorang ni lapar la. tapi respon masih sama jugak, bila saya bersihkan bakul berak dieorang dan isi dengan pasir baru, baru la dieorang diam dan berlari-lari nak " uh uh ". haha.



saya dah ajar nak "uh uh" cuma dalam bakul pasir tu sahaja. jadi mereka dah pandai dan tak buang merata-rata bahan buangan tu.  =)
kadang-kala saya bawak dieorang jalan-jalan dalam kereta. tengok pemandangan luar yang lain. masa'llah, memang buas tapi still baik cuma nakal sikit je. kihkih!
let's see how noughty dieorang ni dalam kereta hari tu, cuma gambar buyot je dapat snap. gambar momot tak dapat sebab tersangat buas dalam kereta.














1. one..

mula nak kaco mr.sedud i  =)






















2. two..

buat muka baik dulu memulanya. sopan je duduk atas riba.







































3. three..

errr --'













4. four..



there u go. she's holding stereng kereta sendiri kot ? kucing kau hado ?





and yeah! buyot saya nak belajar driving pulak sekarang. sekian  -.-






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 14 September 2012

KISAH MENGHILANG.

Salam readers.

eh lama tak aku menyepi ? kemain.. hengkau ingat hengkau fatin liyana ade orang sedar ko hilang ? huahua!
haa. dah takde "saya" dah, nak kurang hajau je guna "aku" bagai, sejak umur dah nak mencecah 22 years old ni. nyampah! muehehe.


by the way, i'm back!! walaupun rasa memang dari dulu kot saya menyepi but nevermind. rindu pd blog membuak-buak pulek. kihkih! 


kadang-kadang duk termenung tepi warung pak samad ke, tepi mekdi ke, tepi tandas pun jadi je aku termenung (haha!), fikiran melayang dekat blog. macam-macam nak ditaip, tapi bila tangan dekat keyborad ternganga je mulut nak taip. ape ke jengkelnye perangai aku ni ?



well baru-baru ni saya abaikan semua masalah, dugaan dan rintangan dari kepala otak ni. dek kerana tak nak hilang fokus punya fasal, aku tak kisah la hape nak jadi. aku tetap fokus pada yang satu ni. aku halau semua semak sawang yang duk bergayut kat kepala ni sebab bagi aku benda ni amat  jarang-jarang sekali terjadi. (broken malay)


pentingkah ???



penting lagi la masalah yang menimpa aku, tapi duk fikir masalah dapat apa ? buntu adalah. yang penting tabah dan redha dengan ujian tuhan bagi. so i decide nak perbaiki apa yang kurang. begitulah hidup, kadang-kadang berada diatas, kadang-kadang anda berada dibawah. itulah dia, kata-kata Dr.Fara pakar motivasi anda hari ni. kahkah!



dalam blog boleh la taip "hahahahahahahaha" panjang mana kau nak tapi dalam hati tuhan je yang memahami. tengok-tengok.. aku kalau dah jiwa halus ni, mulalah nak bersyahdu bagai. korang jangan la layan aku lagi. sroott.. srootttt.... --'




baju mesti nak ijo. =P



1st time beranikan diri tayang gambar skema dekat blog, amacam ? mesti korang sukeeee an ? 
yep, i'm going for interview and this is my second time. oh definetly masih nervous tahap cicak menggeletik nak mati gara- gara kena lastik. 2 tahun kot saya tunggu peluang ni. so takkan sebab keadaan tak beberapa nak tenang dan damai, saya nak hilang fokus ? no, no, no. bukan prinsip hidup yang patut dicontohi. yelah anak jemah ni tak belajar sampai ke tahap tertinggi, so nak dapatkan kerja yang menjamin masa depan memang susah. lagi pun saya memang berazam nak jadi seorang pekerja kerajaan yang berbakti sebaik-baiknya pada rakyat. 



tipulah saya tak pernah terasa dengan layanan pekerja kerajaan yang lain bagi pada rakyat malaysia, memang BUKAN SEMUA yang beri layanan kurang memuaskan ni, disebabkan itulah saya nak tukar pandangan rakyat yang bahawa kerajaan mampu memberikan layanan yang sepatutnya rakyat negara ini terima sejak dari dulu lagi.  =)



ni bukan bodek atau mintak sokongan sesiapa, tapi insa' kalau ada rezeki saya diambil bekerja, saya akan menjadi tulang belakang kerajaan pusat. dengan kata lain, saya represent my own country. mahukah anda memburukkan nama baik negara anda sendiri ? sanggupkah anda ? tepuk dada, tanya diri sendiri.
tak semestinya jadi athlete je kita boleh represent country tau! bermacam-macam lagi caranya dan salah satunya dari sudut kualiti kerja. this is my personal opnion la, honestly ini pendapat jujur dari budak berusia 22 tahun ni. hehe



pergi interview kali ni bersama ibu terchenta je. my abah tak dapat temankan sebab sibuk bekerja dekat endau. pengalaman interview kali pertama, agak kurang memuaskan hati. kaki jangan cakap la ketaq macam mana, tangan macam mayat hidup pulak tu, muka make up tebal mana pun tetap nampak pucat. nak-nak lagi dapat angka giliran yang pertama, haa.. ko bayangkan la samad. itu dekat kuantan, semangat memang tinggi gunung, tapi gemuruh hati ni setinggi langit.



second time ni lebih banyak buat homework. ulang kaji dan survey kesemuanya. nak tips tak dapek la bedah, aku pun tak tahu keputusannya lagi. tapi seboleh-bolehnya persiapkan la diri. 

"dulu test jpj lesen kereta pun aku tak nervous macam ni, sekarang rasa pengsan lagi baik dari duk menunggu giliran dipanggil"

sampai begitu la aku bercakap sorang-sorang dalam tandas. mak cik cleaner dengar pun tak nak ambil aku bekerja sebab dia ingat aku mental problem. muahaha!



alhamdulillah. yakin dapat kerja ni tak la but hati lega sebab mampu jawab soalan yang diutarakan. selepas duopuluhempat kali aku tarik dan hembus nafas, rasa cemas tu hilang. dengan senyuman ibu bagi, aku tenang masuk dan keluar bilik interview tu. syukurrr ~



psstt.. boleh pulak surat beranak tertinggal dekat jelebu, tersedar waktu nak daftar. titew interview kat seremban. jelebu - seremban 40km kot ? demi komitmen kerja, aku redah je. haha! patah balik jelebu ambil surat beranak, photostat sekali dan rushing back to seremban. ha.. sempat pun. ngehngeh!



special thanks to mr.sedud dan seangkatan dengannya yang berkait secara rasmi atau tak cause giving their effort and support. for my mum, tentulah i heart u ketat-ketat ibu! doakan saya dapat kerja ni ye. mekasih. take care people! =)




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 4 September 2012

BUKAN LAGI ENTRY RAYA (X_X)

Salam readers.


tak sangka ai semakin malas tahap panda comel sejak bekerja ni. blog bersawang, update malas! haha.
sekarang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tetap yang utuh demi masa depan. ha gettew. kemain speachess macam pengetua sekolah rendah dulu yang kepala berkilat tengah =D



well disebabkan raya ni memang saya tak beraya even satu rumah pun, ehem ulangan --'
 "even satu rumah" Oh Mak Gayah, giler loooser pompuan ni. but saya still rasa syawal tu sebab masih makan rendang dan lemang.
lagipun masalah yang tak dapat dielakkan membuatkan hatiku tawar untuk beraya.


open house pun simple-simple je sebab.. ntah. raya tahun ni tak best -.-
cuma ajak mr.sedud dan rakan-rakan je datang menjamu selera. the rest ramai tak dapat datang perihal kerja. tetiba rasa nak lari obersea mengadu kat atok betapa sadisnya raya tahun ni. T_T


bab makanan je rasa macam heaven sangat sebab ibu masak macam-macam untuk raya kali ni! teheee..
sup gearbox. hamboii.. poning kepalo semah dik oii.. hehe. then ibu masak kari itik, kuah lodeh, rendang ayam kampung, ayam tandoooori, lemang buatan ibu sendiri. slurrpp.. sampai sekarang terasa baru je sendawa bau rendang. bhaha!


my atok yang stay perth sudah pulang ke malaysia. alhamdulillah beliau selamat sampai. sekarang berkira-kira mahu curi masa bertemu beliau after my abah pergi kidnap atok dekat kajang, rumah aunty. hehe!
2 tahun kot tak jumpa atok. boleh collect duit raya agi. agagaga ~


kisah raya kali ni nothing pun special melainkan terserempak b*bi oink oink melintas tengah jalan. pagi-pagi time nak pergi kerja dipagi raya, melintas pulak makhluk Tuhan yang sekor tu. mengucap panjang aku nak brek kereta. ish ish.. SROOOOOTT (lap hingus) sadis betul kejadian raya aku kali ni. nasib baik tak payah samak kereta. kahkah!



jumpa sanak saudara pun time diaorang datang beraya rumah parents saya sebab nak harapkan saya pergi raya rumah diaorang tak la kan. anyway saya demam dan batuk dan selsema seangkatan dengannya gara-gara tak cukup tidur serta terlebih makan juadah raya. people, time for open house pulak sekarang kan ? hehe. selamat tiba dan selamat pulang ke rumah tau. jangan dah melantak rumah orang tu tak sedar diri nak bangun pulak. saya akan menyepikan diri seketika sebab ada perkara penting yang memerlukan perhatian saya. saya seorang yang pelupa dan sering hilang fokus, so need to be alone! take care people =)






raya diperantauan. ni je yang mampu :')








: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Saturday, 18 August 2012

SALAM LEBARAN.

Salam readers..



Hye! tak pernah jemu nak update blog sebab masih ada yang sudi baca. cukuplah dulu ai dah shut down blog buat seketika. 


anyway raya, raya, raya wallaweh.. (goyang inul) kemain, goyang semah. hihik!
yep, kita semua sudah hampir saaaangggat dengan bulan syawal. and yes fenomena syawal pasti akan dirasai. even i'm still working but hati dan minda masih terasa kemeriahan syawal. jujurnya memanglah sayu sikit raya tahun ni terpaksa bekerja walaupun diberi insentif raya, tapi i'm just foineee.. T_T.


sebab raya setahun sekali la saya tetap mahu menyibukkan diri dengan persiapan raya. contohnya masak rendang, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, lomang panasss. zasss ~ haha!
penat memang penat, but setahun sekali je kott.


selain dari menyibukkan diri dengan persiapan raya, suasana sekeliling pun haruslah! terasa riang raya tu kan. hehehe.. bagi saya, bermacam-macam keadaan sekeliling yang boleh buat kita sedar dari realiti yang bahawa raya tinggal beberapa hari je lagi. 


comercial break / program raya.


yeah.. ini semestinya membuatkan kita sedar bahawa kita akan menyambut bulan syawal. zaman sekarang kucing ai pun tengok tv oke. tiap-tiap tahun ada program raya, nyanyi lagu raya, rumah terbuka artis dll lagilah. comercial break yang selalu menyentuh hati ialah iklan dari petronas, TM etc. iklan anak susah nak pulang raya, orang tua sendirian di pagi syawal dan juga anak yatim merayakan raya dengan bersederhana. semuanya menyentuh hati jika disertakan dengan iringan lagu raya, definetly program raya dan iklan raya memang menaikkan semangat mahu beraya saya =)


cahaya di malam hari.



yang mana tinggal dipendalaman kampung boleh la menikmati cahaya pelita. memang mengusik hati betul tengok rumah kayu dekat kampung dipasang pelita. nak-nak lagi yang dibuat sendiri menggunakan buluh. then ada adik-adik kecik main bunga api. ceh.. macam suasana hari raya yang aku lukis dalam subjek pendidikan seni je. muahaha! di masjid dan rumah-rumah pula kelihatan lampu lip lap berwarna-warni. eh betul ke aku panggil lampu lip lap ? eh gasak! hahaha.



lagu raya


awsome sangat bila siaran radio dah mula memainkan lagu-lagu raya. time driving nak pergi kerja or balik kerja, layan pula lagu raya. mahu sendu sendat jadinya seketika. haha! bermacam-macam lagu raya but still tak boleh menang lagu raya yang lama-lama. masih tersemat di hati lagu dendangan saloma, P.Ramle, sudirman dan juga anuar zain versi kecik-kecik dulu. 





iftar with my mum.





iftar with new friends =)





iftar with my mum and puteri gayung (myliltersister)



aidilfitri it's coming soon guy's. selamat menyambut lebaran dalam apa jua suasana. diri ini memohon ampun dan maaf atas silap dan kekasaran bahasa saya. sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan buruknya datang dari saya sendiri. moga aidilfitri ni membawa seribu satu erti kepada semua umatnya. entry raya tak pasti dapat update atau tak, yang penting take care people. selamat hari raya semua!! =))




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 13 August 2012

PERSIAPAN RAYA.

Salam reraders.


alhamdulillah.. walaupun saya bekerja untuk pertama kalinya dibulan ramadahan, saya masih mampu berpuasa selagi tiada excuse. semoga amalan ini dapat dipraktikkan selalu. 
walaupun sibuk bekerja, saya masih mencuri masa yang ada untuk membawa my ibu and puteri gayung (myliltersister) bersama mr.sedud (mybf) mencari barangan persiapan menjelang aidilfitri kelak.
ehem.. jangan salah anggap. mr.sedud bukan melebih-lebih but dia just nak pastikan saya tak sesat jalan sebab saya pelupa tahap dewa 19. so mintak pengertian disitu. ahaks!


yarabbi allamin.. diri pun tak sangka bahawa diri sendiri ni mampu melakukan ini semua.
semah, ko bayangkan aku buat 6 jenis kuih raya dalam masa 2 hari bercuti. ingat aku bisnes kuih rayo ke ?
kekeke.. bukanlah, itu je masa yang ada, jadi terpaksalah manfaatkan walaupun sekejap. tak sampai hati saya nak tengok my ibu sendirian mengadap kuih raya sampai nak termooontah. (x_x)


tahun lepas saya ingat lagi, sehari satu je kuih raya. then cepat-cepat nak buat entry kat blog. punya eksaited namanya. haha! tahun ni satu entry kuih raya pun takda, satu gambar kuih raya pun tak disnap. sekarang baru tahu nikmat bekerja. takde masa nak buat hal remeh. 



tart nenas, biskut dahlia, cornflakes, coklat, biskut kacang dan biskut jagung. 6 jenis kesemuanya. tapi itu dengan bantuan bersama.. bukan diri sendiri yang lakukan.


kita beralih pula pada baju raya. haa.. ni kegemaran aku la kan. since dulu bab menghabiskan duit, memang sesuai dengan perwatakan ai noon. muahaha! alhamdulillah, rezeki lebih. dapat la dua pasang seorang baju raya tahun ni. sebab gatal sesangat, kami pilih warna yang matching. maksud saya ai dengan mr.sedud la. kihkih! dan this is first time pakai baju macthing. kekok pun ada kot nanti ? -.-



so how's people ? persiapan raya ? cer cerita la sikit. maaf, wa sibuk. tak blogwalking dan reply komen. selamat berbuka dan pilihlah juadah yang berkhasiat, baru badan sihat! nak rayoo nanti. kekeke.. love u oll. muachx!




satu dugaan time puasa kena bekerja kan ?




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 10 August 2012

KAYA TAPI KEDEKUT.

Salam readers..


kaya miskin ni terlalu spesifik untuk diperbincangkan. disebabkan saya tak pernah jadi orang kaya, of course la i don't know how it's feel right ?
anyway bohong la plak kalau saya katakan saya ni hidup susah. kalau hidup susah takkan la umur 22 baru nak bekerja bersungguh-sungguh sedangkan selama ni duduk terbongkang kat rumah menghabiskan duit mak bapak. (bad attitude)


but sederhana tu ada la. alhamdulillah masih ada rumah berteduh, tak pernah putus bekalan beras, pakaian pun masih takde yang terpaksa bertampal. 


adakah orang kaya sombong ??


Opps! ni bukan untuk sesiapa, just berkongsi pendapat. bulan puasa ni saling mengingatkan satu amalam mulia juga. well, ada je orang kaya ni yang rumah nampak besauu gedabak, perabot brand london italy je nak pakai dalam rumah, but bila bab hal remeh kedekut sanggggat..


alhamdulillah jika anda tergolong dalam orang yang dimurahkan rezeki dan sanggup berkongsi nikmat tu dengan golongan orang yang memerlukan,  tetapi ada sesetangah golongan ni yang terlalu taksub dengan duit sampai nak derma untuk kebajikan pun berkira. ada juga yang jenis bersekat makan tapi harta benda melambung tinggi. kereta mahu empat lima bijik susun depan rumah. ajak rakan datang makan rumah tapi hidang air sirap sejuk je ? uhuk, uhuk.. ingatkan dapat la orange juice satu jug! muehehe


ada yang duk tayang " aku kayo, aku kayo " but cakap diri masih miskin. my mum said jangan menipu orang lain, nanti Tuhan tarik nikmat. jika ditanya, jawablah dengan jujur bahawa rezeki kalian dimurahkan Tuhan. jangan takut mengaku diri mempunyai harta, tapi jangan bonggak pula ye! noticed that. ada perbandingan disitu.


yelah, saya tak pernah jadi orang kaya boleh la beleter membebel dekat blog kan ?
mana la tahu saya jadi kaya lupa duniawi ? mintak jauh la tu semua. moga saya tak sebegitu suatu hari nanti.
sebab saya ada tiga pesanan dari orang tersayang yang duit berkepuk dalam akaun. but still mengamalkan sifat merendah diri, pemurah dan bukan kedekut. salute sangat with this type of people.


" biar duit jadi hamba kita, bukan kita jadi hamba duit "


- maksudnya disitu, janganlah duk ikat duit tu simpul letak bawah bantal. kalau kita berduit ? kita manfaatkan. gunakan untuk kegunaan diri. beli kereta, rumah lagi perlu, selebihnya boleh la nak simpan kalau mahu. cuma janganlah sampai hidup sendiri terseksa asalkan duit tebal dalam poket. huh ?




"kalau dia tak kedekut, takkanlah dia jadi kaya "


- maksudnya, jauhilah sifat kedekut haji bakhil tu saudara semua. masa'llah, jika diminta derma disebabkan kematian keluarga tu, hulur ajelah. ikhlaskan hati dengan niat hendak membantu. bukan niat nak jaga air muka. insa' Tuhan bagi balasan dan pahala yang berganda buat kita semua  =)




" duit bukan boleh dibawa mati "


- yang ni berkali-kali dipesan dan semua pun tahu. anak bini kita tabur kelopak bunga mawar je kat kubur kita nanti, bukan tabur duit sehelai demi sehelai. kain kafan semuanya sama harganya nanti, tak mahal. jadi tak perlu takut, duit bukan boleh dibawa mati ye semua..




mari kita manfaatkan pesanan ini bersama. moga hati kita dijauhi sifat kedekut dan iri hati. amin..

















: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 6 August 2012

MENYUNTING BUNGA.

Salam readers.


My oldest brother still not married and currently stay in kuala lumpur. he's now working at Bukit Aman.
ehem.. maaf ini bukan entry nak promote abang. muehehe. ini entry hari kami menghabiskan duit bandi (myoldestbro). diakui beliau memang sangat sangat jarang nak balik rumah. beliau lebih suka menghabiskan masa bermain game, futsal, dan berjimba dengan rakan beliau.


kami lebih rela pergi menghadirkan diri dirumah sewa beliau jika mempunyai urusan penting untuk diselesaikan. urusan penting sahaja, get noticed. last month we going to meet him for some reason. he's still working dan kami pergi sergah dia selepas dia pulang dari bekerja.


langkah kanan la katakan bila dia memang baru dapat gaji that time. kami iaitu saya dan mr.sedud (mybf) membawa sekali ibu kami, (oii, ibu saya jelah) bersama kami untuk melihat perkembangan diri bandi.
misai dan janggut masih lagi tak bertambah, cuma rambut beliau yang makin bertambah panjang.


beliau bawa kami ke suria klcc untuk berjimba. bisik hati kecilku, " abang aku tak normal seperti selalu. "
jangkaan saya tak meleset bila dimana beliau rupanya menyimpan hasrat untuk menyunting bunga yang mekar di suatu tempat.



inilah yang mahu disunting beliau =)


mulanya kami agak melilau jugak cari mana sony centre dalam suria klcc tu. sebab kami tak pasti betul atau tidak ada sony centre disitu. sampaikan kami refers to map baru kami jumpa. bila dah jumpa, terkinja la bandi time nampak sony vaio idaman beliau. walaupun hakikatnya beliau mahu menyunting alim ware, kami menghalang sebab tak rela melihat beliau mengadap lappy duopulohempat jam. (x_x)



ini pilihan beliau. 


leka bertanya boleh download bebanyak tak game dalam lappy tu. -.-


bandi memang kaki game. kaki melayan game online. game apa saja game. game lumba haram je dia tak layan walaupun hakikatnya beliau menunggang motor macam pelesit. " jalan kl tak pandai cilok lambat la ko. " itu alasan yang diberi. haihh..
sesudah membeli sebuah lappy, beliau dengan baik hati mempelawa kami menjamu selera dekat pizza hut. katanya nak mencuba pizza stick keluaran terbaru pizza hut. well orang belanja aku gasak jelah. wakaka!



masih nak control macho sebab sedar diri masih membujang. hew hew ~


memang padat la kot pizza hut that day. nasib baik kami sempat mendapatkan tempat duduk. walhal diluar barisan manusia beratur panjang menunggu giliran.



mengapa jari kau mesti macam tu hah samdol ? takde trademark lain ke ?




lempeng tu kami tak dapat habiskan. jadi kami bungkus untuk dibawa pulang. selepas kekenyangan, kami pergi bayar tiket parking kereta. mahal memang mahal, siapa yang pernah pergi maybe rela parking diluar lagi. tambahan memang panas sangat dekat parking kereta tu. rasa macam kena steamboat je. feuuuw ~



ibu masih staedy main bowling walaupun dah berusai 56 tahun this year.



kami singgah pula dekat ampang bowling untuk bermain bowling. no worries people sebab bandi belanja semuanya. haha! siap ambil 4 game lagi. kata beliau nak lepas gian main bowling. so layankan ajeeee..




dapat kasut sebelah lain pun gawjessss jgk. shit! -.-



alang-alang dah berjela entry, saya nak panjangkan lagi. muehehe. yelah, bukan selalu dapat update. 







best jugak la sebab that time dapat banyak strike. berlawan dengan bandi dan mr.sedud. kihkih. ingat tangan aku bengkok aku tak dapat strike ? korang silap. haha







kami pulang memang dah lewat malam. nasib baik ada ibu sekali. kalau tak nampak sangat tak eloknya sebab saya bersama mr.sedud. anyway memang fun habis that day sebab tu nak abadikan dalam blog sendiri. persiapan raya macam mana semua ? take care people! =)





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 26 June 2012

WELCOME MOMOT AND BUYOT!

Salam readers..



Mulai hari ni tetiba nak buat-buat rajin update blog lepas tengok total post bulan lepas jumlahnya sikit sangat. 
reply komen jauh sekali, blogwalking tak mampu sebab kaki sakit bekerja. eheh.. motip ? 


everybody knows, (ayat nak omputih je ko bedah) chute (myhamster) sudah pergi selamanya. takmo sebut lelama nama chute, kang sendu sendat nanti. sobs!!


tak sampai dua hari pemergian chute, saya bersama mr.sedut (mybf) dan puteri gayung (myliltlesister) pergi menenangkan diri. ade dekat satu tempat lapang je. tak ramai orang pun. yelah, tempat pembuangan sampah port lepak kami. mana orang nak berkunjung selalu kan, kecuali kami bertiga yang pelik ni jelah. hoho!


sedang bergoyang kaki bagai, mr.sedut ternampak seorang pak cik bawak kotak agak besar la. memula kira-kira tak nak ambil kisah pun, tapi... 
bawak kotak besauu ko. ha.. apo isi dalamnyo ?


setelah mood csi merasuk dalam diri kami, kami pun perhatikan gerak geri pak cik tu.
ghupanya nak buang anak kucing la noon oii.. ingatkan nak buang anak apa tadi. caitt!!
lepas pak cik tu blah, keluar la anak-anak kucing tadi ni. banyak tau, dalam 7 ekor seingat saya.
duk meaww, meaww keliling kiteorang. adorablenya memang kalah la adorable haku ni. (ko adorable ke minah ? haha)


well silap pak cik tu sebab buang dekat tempat pembuangan sampah. siapa ada kat tempat buang sampah ce habaq mai ? kiteorang yang pelik ni ada la. 
sebulat sekata kami berpakat nak ambil seekor daripada anak kucing tersebut. maaflah yang lain,  saya tak mampu nak bela. T_T


tu cerita dulu-dulu... sekarang kucing saya dah berpasangan. seekor saya jumpa plak dekat tempat lain. anak kucing yang sama tau! dalam keadaan kesejukan, kelaparan, haku pun mai la pelok kucing tu. syok jap kucing tu layan dada haku, then bagi makan minum semua, baru la kucing tu boleh nak meaww kembali.






saya momot. saya jantan yang handsome!



ni first time bela kucing sebenarnya. cabaran tu macam  menjaga anak orang pun ado. yelah kan, minum susu, makan bersuapkan. harap tak pakai lampin pakai buang je. kalo tak, jual spender tepi jalan la nak beli lampin kucing tiap-tiap bulan.





ha hambik ko. aksi kangkang seksi yang menggoda.



sejujurnya saya tak kisah sangat nak bela sepasang kucing ni. ala ada jantan betina, mesti panggil sepasang. baru la sedap kedengaran.
as long kucing saya sihat tiap-tiap hari makan wiskies sudah ~ kita yang bela, bela la elok-elok kan ?





yang girlsnya diberi nama buyot. agak pemalu dan pendiam. meaww ~



saya rasa nama ni sangat sesuai untuk dieorang ni. kalo korang perhatikan si momot tu, die berbulu putih dan lebat kan ? tapi tengok pula dihujung tangan momot. ada warna macam coklat sikit. itu bukan kotoran, tapi memang warna asli. so bulunya agak comot. nak kasik feymes sikit saya tukar jadi momot. hikhik!



si buyot plak sesuka hati saya je nak letak nama tu tapi  bila dah makin membesar ni, my ibu cakap macam sesuai je nama tu untuk buyot. puncanya sebab buyot makin lama makin membuyot perutnya. makin gemoks la senang cerita. haha! maka, nama buyot tu memang tercipta untuk kucing betina saya ni. hewhew ~





baik sungguh dua ekor ni time saya driving balik kampung hari tu. hehe




baru lagi bela si meaww dua ekor ni. cukuplah setakat nak menemani dikala sunyi, saya takut sunyi la noon. haku fobia. bhaha! Tuhan tu maha adil, time saya sunyi sedih mengelap air mata dan hingusan, dipertemukan saya dengan anak kucing dua ekor ni yang maha agresif. dunia ni tercipta bukan untuk manusia je, so people please.. kalo tak nak bagi mkan pun kucing terbiar tu, jangan la disepak atau dikuis ketepi. nanti akhirat Tuhan balas tau!





port lepak momot. oii oii perempuan ni drive pakai seat belt. bangga, bangga! haha




kucing saya tak berak dalam keretalah! takmo fikir bukan-bukan. geget kang. grrr...





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 7 May 2012

RUMAH JAMBAN KE ?

Salam readers..



entry dah lama pendam dalam kepala hotak tapi tak terniatkan nak publish.
but since saya jarang balik rumah parents ni,
my ibu ada jugak merungut tentang jiran kami.



maaflah, bukan nak aibkan sesiapa. mention nama pun tak kan.
just nak share la ape dalam fikiran saya ni.
kami ni dah berjiran bertahun-tahun.
rumah ni my abah beli untuk tinggal tetap dan begitu juga jiran kami :)

p/s.. dengan nada berbisik ai bergosip ni tau. (laju bedah datang bab gosip. eheh)


mereka pun family, kami pun family. so kiranya masing-masing dah matang kot nak tahu adab berjiran.
saya ni walaupun nampak kasar tidor malam ternganga tertonggeng bagai,
perasaan kasih kepada binatang ada terselit jugak. (oii oii, puji diri sendiri)
so mana rasa nak buat menantu silakan. hakhhtui. haha



al-kisahnya jiran ni bela kucing.
and i was loike oh myyyy kuiteee..
adorable gile, manja lentok sana sini, comel yang amatlah si kucing jiran ni.
tidur baik punya depan rumah ai kan. rasa nak snap pic togethergether pun hado.
ha.. gitu sekalinya.




empuk betol katil meaw tidur ye ? ehem, ni kucing rakan. bukan kucing jiran gue -.-




jantina kucing jiran ni tak dikenal pasti la pulak.
but since bertahun-tahun lepasnya,
kucing ni membiak sehingga jumlahnya tidak dapat direkodkan.
my ibu mula merungut bila kucing ni sudah terlalu banyak kelihatan.
bukan kedekut rumah sampai nak mintak sewa kalau kucing-kucing ni tidur depan garaj rumah,
cuma banyak pula harta yang ditinggalkan.



setakat hidu taik kucing memang tabiat kiteorang la.
dah raso macam ganja kot. tak hidu sehari tak compelete hari.
sekarang sampai kucing-kucing ni siap muntah atas motor la, depan kereta.
bila kami tegur elok-elok jiran sebelah dah tak nak tegur my ibu macam dulu.



ey bayangkan terpijak taik kucing masa nak keluar wangi-wangi then masuk pulak kereta,
terus on air-cond high level.
memang terbaik la kot..
yang beradabnya tuan kucing halau kucing p rumah kitaorang.
 rumah dieorang siap berpagar elektrik gitu..
kucing dah buat taik baru dieorang panggil kucing duduk dalam garaj dieorang.
saya nak pukul tak sampai hati, haiwan kesayangan nabi tu.
so yang kurang pintar disini ialah tuan kucing.
dengar ye adik-adik, tuan kucing-kucing tersebut.



kalau tak nak kucing kena pukul, kena siram air dan ada paling kejam kena racun,
jaga la kucing tu elok-elok.
ni kalau nak pelok shiom panggil kucing, bila kucing nak buat taik halau p rumah sebelah.
ey ingat kiteorang rumah jamban ke hape ?
tak salah pun nak bela, tapi bela la cara elok.
duduk dalam perumahan kena la hormat jiran. takkan selamanya nak bermasam muka.





teringin tu memang teringin nak bela. tapi chute (myhamster) nak campak mano ?




sampai bila kami nak begini terpulang la kat jiran sebelah.
memang kami tak berniat nak racun sebab kejam sangat kot ye pun.
tapi depan rumah memang dah siap penyapu lidi. bila dengar je "meaoww" abang baru nak bukak pintu dah berdesup lari kucing-kucing tersebut.
cuma time midnight jelah kucing datang mai buat taik.
yang mengandung anak luar nikah asyik termuntah je. loya letew. kihkih





p/s  :  jiran siap ungkit dekat mesyuarat ahli-ahli perumahan cakap my mum cepuk kucing dia. cepuk betoi-betoi kang baru tahu.







: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 30 April 2012

HAPPY 56TH BITHDAY IBU!

Salam readers.



alhamdulillah gaji pertama dah dapat.
walaupun setengah bulan bekerja tapi nikmatnya tak dapat digambarkan  :)



i'm back for new entry  perihal birthday my ibu. 
secara kasarnya tarikh hari lahir family kami berkait jugak la.
contoh my ibu dengan oldest brother (bandi),
18 april tarikh lahir ibu, 19 april tarikh lahir bandi pula.
then i have twin brothers which is kedua-dua lahir pada tarikh sama 27 may.
me and my puteri gayung (mylilsis) both lahir pada 17 haribulan.
walaupun saya lahir pada bulan november, puteri gayung pada febuary,
tapi tarikh sama iaitu 17 haribulan.
cuma my abah je tercampak pada 2 may. 
ish ish -.-



dah macam tradisi kami bila nak sambut birthday je puteri gayung ada netball tournement.
eh hoi, ingat centre court paroi tu tempat sambut birthday ?
hakhak..
tapi jangan risau, tiada picture orang main netball.
wa malas nak snap pic sama.
asalkan dapat juara sudah.. (tengok la tuhan, orang riak ni)





ehem, ehem bonda dan adik yang tersayang. abaikan kualiti gambar yang tidak seberapa. camera tak charge la..




without my abah, kami celebrate simple je.
bawa my ibu p jusco seremban 2, pilih handbag kegemaran dia.
tu pon pening kepala duk pikir apa hadiah nak bagi dekat my ibu.
walaupun pada mulanya mr.sedut (mybf) nak bagi kejutan untuk hadiah ibu,
tapi saya menolak sebab taste my ibu dengan ai mana sama noon oii...



bagi hadiah yang ibu tak gemar pe jadahnya ?
ai tahu nanti ibu takkan guna, simpan dalam almari buat koleksi.
nyampah taww..
tu yang titew suruh ibu pilih sendiri tu.




lokasi : the windmill station. berhampiran city park seremban 2.




asyik-asyik p makan mcd, kepsi, tak pun domino.
eh muak juga tekak ni..
then kami tuju la restaurant western ni.
restaurant ni memang menepati citarasa kami,
dari dekorasinya, dan keenakan makanan yang disediakan.
sepanjang dinner kami ni, satu je perkataan asyik diulang-ulang,

"sedap, sedap, sedap"


my ibu terkenal dengan cerewetnya, so kami agak nervous nak pilih tempat makan untuk dinner.
dan tekaan kami tak meleset sebab ibu memang puas hati dengan restaurant ni.




dulunya ni memang tempat kami berdating.
(ey keji pempuan ni bawak ibu die port dating, bahaha!)
lepas balik dari jusco tadi, kami p la makan.
sudah bernyanyi riang perut baru ingat nak makan.
maka akibatnya semua nak order nasi dengan lamb chop.
ada yang order nasi berserta fish and chicken chop.
paling ketara kebuluran ialah puteri gayung yang order double lamb chop.





tetiba malam tu terasa nak bertutup litup. tak salah kan ? eheh




kerana kami bekerja dan puteri gayung pun busy dengan aktiviti sekolahnya,
ni je yang termampu kami lakukan demi bonda.
for my beautiful ibu, terima kasih for everything what u've done.
terima kasih sebab memahami anakmu yang gedik, suka menjerit ni, suka gigit kuku, manja terlebih.
ok, bab promote diri sendiri ai selalu melebih-lebih tau. (montahh..)


semoga ibu panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
dan hidup ibu dirahmati serta ibu sentiasa bahagia.
(taching, sobs..  T_T)





tak dapat nak ketepikan big apple. the best.






p/s  :  ibu tanya soalan cepumas time ni. tersedak time minum air.





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 12 April 2012

SEIMBANGKAN AKEDEMIK DAN SUKAN


Salam readers.


kalau ada yang sedar,
saya jarang singgah mana-mana blog jadi pengomen tegar dah.
kebanyakan entry hanyalah simpanan dalam draf saya je.
fokus bekerja. satu entry pun ai perlu sejam tau nak siapkan.
so kekangan masa.
harap maklong  -.-



sejak diri dah tamat sekolah, 
rasa macam layak je nak bagi nasihat bagai dekat adik-adik.
bhahaha! gelak peluk tubuh penuh bangga.
takdelah.. saya berseloroh je.
ai ni lembap sebenarnya.
saya akui la tentang tu. sebab tu i hate caunting and numbers.
tu semua memeningkan kepala dan membingungkan haku.
but puteri gayung (mylilsis) was like opposite of me.
add math dia kata dia minat ?
giler babeng adik gue  -.-



kepada adik-adik yang belum tamat sekolah tu,
dengarlah akak nak bercerita ni.
seimbangkan akademik dan sukan ye.
ye akak tahu, sukan penat, kulit itam, lemak terbakar.
faham, faham. akak pernah lalui..



siapa suka time merentas desa ?
ohoiii.. hampir separuh dari sekolah tu membantah.
ai la salah seorangnya.
kahkah!
penat woo.. rasa macam pelarian pun hadoo..


dulu-dulu time sekolah, mesti dapat rumah merah dan hijau je.
dan time haku masuk je rumah sukan tu mesti that year rumah sukan tu paling tercorot.
oh my dear, ai pembawa malang ke ... T__T
tapi takpa.. asal acara ai join dapat pingat dan sijil sekeping sudah la.
hehehe



acara yang layak masuk pun cuma lontar peluru.
amik mung berat nanang kate ganu kite.
haku lontar cubaan yang ketiga je dapat mata.
percubaan yang pertama dan kedua haku lontar dekat PBSM.
menyemak je tepi padang. haha!
ok, bab tu tipu  -.-





ekceli nak citer adik ai join mighty minds baru-baru ni dekat terminal one, seremban :P




tapi sukan selalunya awal tahun je kan.
dulu dah sebulan school break, berat badan pun naik.
so join jelah sukan tu untuk mendapatkan kembali tenaga ke sekolah.
jangan skip sekolah sebab sukan tau.
nanti jadi macam wa susah diterima di universiti tempatan.
kahkah!



jangan la keji haku.
dosee. wuu  T_T
disebabkan ai tak dapat membanggakan ibu bapa terchentaa..
saya akan pastikan puteri gayung dapat peluang tersebut.
yelah otak dia dengan ai banyak beza.
sebab tu ketinggian ai rendah lagi dari beliau.
walaupun beliau sibuk dengan sukan bola jaring,
tapi saya akan memberi sokongan moral untuk beliau  seimbangkan akademik dan kokurikulum.



penting memang penting.
jangan cakap TAK BOLEH atau TAK MAMPU selagi belum mencuba.
setiap kali puteri gayung kata susah,
saya cuba la pancing dia dengan ganjaran.
demi kebaikan apa salahnya.
walaupun tak dapat jadi terbaik dari yang terbaik,
dapat pengalaman sudah memadai.
bukan semua murid layak represent their school kan ?



jadi top5 pun tak mengapa.
dapat jugak seratus hinggit sorang.
hasil usaha sendiri. siapa tak bangga. ehem, ehem !
paling tidak kita menyerlah kehadapan sedikit dan seimbangkan sukan dan akademik demi masa depan.
buat apa sekolah kalau takde minat dan usaha ?
think about that.
jangan membazir duit mak bapak ye adik-adik.





sokongan moral penting supaya anak-anak berasa yakin dengan diri sendiri  :)



kepada ibu bapa jangan terlalu memaksa anak-anak.
beri sokongan dan jika anak-anak dah sampai tahap limitnya,
bersyukur je dengan apa yang ada.
terukanlah menyokong dan never give up on them  n__n



ai berkata-kata macam ai beranak duapulohempat orang dah pun.
then anak ai semua dapat p universiti.
ada yang duk study paris, london, aussie..
ai p konvo diaorang sambil shopping sikit barangan paris.
ai plak bekerja sebagai pengetua sekolah dan punyai sekolah private sendiri.
stop berangan fara. dush, dush!!




p/s  :  nasib baik adik wa takde boypren lagi. market tinggi katakan. kahkah!








: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.