Saturday, 31 December 2011

WELCOME 2012.

Salam bloggers..


tetiba jari gatal - gatal nak jugak update entry sebelum berakhirnya 2011.
yelah, selepas ni yang tinggal semuanya kenangan.
itu satu KEPASTIAN..


bila dah hujuang tahun ni,
duduk termenung jelah teringat dari awal tahun 2011 sehingga la ke hari ni.
sesungguhnya tak berupaya untuk diriku mengingati semua sejarah yang tercipta tahun ni.
kihkihkih!!


flashback kembali.
bermulalah hidup sebagai pemandu kereta yang kekok dijalan raya.
proses belajar dengan my abah memang menyeksakan!
siang malam kereta mati tengah jalan.
terasa amat la bengapnye!
# tarik telinge sebelah #


bengap ?? sob3...

dan kini,
alhamdulillah..
lesen P pun dah tamat.
dan sudah berkeyakinan tinggi untuk mengendalikan kereta tanpa bantuan my abah lagi.
# nyanyi lagu doraemon sama - sama, hoyehhh! #

gambar lamee...!




menerima mr.sedut (my bf) dalam hidup.
setelah hampir 3 tahun beliau mengusha daku.
# ewah! #


aweks mr.sedut. kihkih!

sejujurnya, saya tak pernah sedar beliau tengah nak main ayat - ayat cinta dengan saya.
haa... over tak gitu ?
beliau duk heboh kat kawan beliau tentang saya.
tapi tak pernah terkeluar isi hatinya dekat saya.
# nak muntah ? silakan.. #

lagi pun beliau bersama orang lain ketika itu.
takkan la saya terhengeh - hengeh kan ?
walaupun permulaan cinta kami dipandang serong,
saya tetap bahagia.

mulanya down jugak.
tapi bila ibunda beliau sendiri sudah mula menunjukkan respon baik punya,
makin la berbahagia.

  • berhenti makan dan terus datang seperti spiderman ketika kereta saya broke down tengah bandar.
  • berlari naik turun tangga seperti superman untuk mencari duit RM5 saya yang hilang.
  • berpusing dan berpatah balik untuk mencari kasut saya yang tertinggal di foodcourt seperti sailormoon,  # ehh ?? #
  • berlagak seperti ramli sarip ketika menyanyikan lagu sempena hari jadi saya yang ke 21 tepat pada pukul 12  tengah malam di depan pintu rumah sewa saya.
  • menjadi doktor terhebat ketika saya jatuh sakit dan sakit perut tahap kemuncak. 
  • peneman shopping terbaik pernah saya ada yang sanggup keluar masuk 10 buah butik, bertukar - tukar shopping kompleks semata - mata untuk membelikan saya jaket.
  • dan.. banyak lagi. ahh biasalah, syndrom malas berfikir datang menyerang!



haihh.. kalau duk cerita tentang buah hati,
dia la hero.
kahkahkah!
anyway, i love u so much mr.sedut!
# public statement gitu. ingat senang aii nak ngaku public ni ? #




tahun ni jugak saya berkerja dan jadi penganggur semula.
pengalaman ?
syiookk punye! hehe..

  • pertama kali tinggal rumah sewa.
  • tinggal bersama rakan karib.
  • kerja bersama rakan karib.
  • merayap sehingga pagi menjelma.
  • pulang ke kampung bersama mr.sedut (my bf) dan mawi (my bff).
  • makan nasi dalam kereta jadi hobi terbaru.
  • tidur dalam kereta itu kebiasaan.

nak buat list, banyak la pulakkk...
tapi best jugak bila diri terasa tekanan bekerja ni.
dari duduk rumah and do nothing.
itu sebenarnya akan lebih mematangkan diri saya.
dan nikmat bekerja dirasai bila boleh hulurkan my ibu duit.
tak banyak tapi itu je yang termampu.  ^_^


on her 55th birhtday. semoga dipanjangkan umur ibu!



tahun ni jugak sudah kembali berblogging.
blogging sejujurnya fun la.
even bila dah ketandusan idea tu,
saya duk cabut bulu kening supaya idea nak update tu datang.
# cabut bulu kening lelaju lagik! #


sambutan ?
saya tak sambut tahun baru la.
tahun baru bukan sesiapa pun nak disambut.
kihkih!
cuma satu lagi lembaran baru dalam hidup.
suka duka siapa yang tahu ?
kesemuanya sedang menanti dalam 2012.
as - salam..


# hebat tak ending aii ? kahkahkah!! #

suka gambar syok sorang - sorang ni. ala - ala merenung masa depan gituuu... haa..!


nota jari     :     ya Allah ya tuhanku, moga dipermudahkan jalan hidupku dan semoga seluruh umat islam dilindungi oleh mu. amin...
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 29 December 2011

SABAH CELUP!!

Salam bloggers..


kembali mengupdate blog.
cececehhh..!


selalu dengar orang cakap blogger ni sering kali angkat bakul sendiri.
nak jadi salah seorang dari " blogger " yang dimaksudkan boleh ?
kihkihkih!


rilek la bro..
kami bercerita berdasarkan pengalaman.
dan bukti.
tapi berdasarkan cerita saya ni tak dapat la kemukan bukti.
percaya kalau mahu.
tak nak percaya takpe,tapi kena teruskan membaca gak!
# ini namanya PAKSAAN. hehek! #


dulu saya pernah bekerja sebagai cashier disebuah restaurant fastfood.
cashier dekat kedai makan ni berbeza dari cashier kedai borong.
cashier kedai makan kena la ramah dan melemparkan senyuman.
customer datang nak makan, bukan datang nak cari gaduh.


lagi pun orang datang kedai makan time lapar.
orang tengah lapar kena dilayan baik - baik.
kalau cakap kasar sikit, customer cepat melenting.
setuju ?


saya pun jalankan je la tugas saya.
setiap kali customer datang, saya greeting dengan senyuman.
ayat kebiasaanya ialah


" hai selamat datang. makan sini atau take away ? "

dan selalunya customer akan balas dengan senyuman

" hai, makan sini ye dik. "




tapi macam mana kalau ada customer yang balas

customer        :        hai, makan sini ye kak. em saya macam pernah tengok muka awak la. kita kenal ke ?
si pendek       :        eheh.. # senyum paksa #  saya bukan orang dekat - dekat sini. macam mustahil je kita boleh kenal.

wa kenal lu ???





ada jugak yang berkata macam ni

customer       :        hai, makan sini ye dik. awak orang mana ek ? kenapa cakap macam tu ?
si pendek      :        saya orang negeri sembilan encik. salah ke cara saya bercakap ?
customer       :        tak la. bunyi macam orang sabah bak.. hehe.
si pendek      :        ahh tolonglah. mak bapak aku asal negeri sembilan. mano sesat sabah ntah.  # ok, ni cakap dalam hati jerk! haha. #

sabah ???



ohh mana kan mungkin.
saya ni cuma berkata - kata mengikut bahasa buku.
jejak kaki ke sabah pun belum pernah.
boleh pulak dikatakan berkata - kata seperti orang sabah ??


sabah ?? kahkahkah!!  # buruk benor rupanya bedah oii!! #





tak dinafikan.
saya asalnya negeri sembilan.
tapi takkan la saya nak cakap nogori dengan semua orang ?
demi menunjukkan saya berasal dari sana.
# over gitu namanya, haaa.. #

bukan semua faham cakap nogori ni ye dak ?
so to me normal la kalau saya berkata - kata mengikut bahasa buku.
supaya semua mudah faham.
macam menaip dalam blog jugak kan ?


orang yang berasal dari kelantan, kedah, perak, terengganu dan dari mana - mana jua dapat faham kan ?
saya ni pun,
nama je lahir dekat Hospital Besar Seremban tu ha..
tapi saya membesar di Terengganu.
nok cakak ganu nge saya ?
meh dekak.
muahahaha!!


tapi mostly orang sabah cantik kan ?
stacy orang sabah kan ?
agagagaga ~
kalau tak faham sila klik link ni  ==>  budak paling PERASAN saat ini!
kihkihkih !!
# larik jauh2 sebelum kena sepak dengan blogger lain #




nota jari      :         rasanya banyak sangat la tanda soal (?) dalam entry ni. kenapakah ??
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Sunday, 25 December 2011

BIRTHDAY PRESENT YANG TERLAMBAT.



Salam blogger..


ada manusia yang dok sound,


" minah, ko hapdet blog ko cepat! "


oh ok, ok..
i know ada yang mengetahui saya sudah jadi penganggur terhandal sekarang ni.
kenapa penganggur terhandal ?
bayangkan la  saya boleh berhenti kerja tanpa pekerjaan lain.
sungguh handal dan berani.
dengan ekonomi yang terumbang - ambing.
ahh abaikan la geng..
saya tetap kurang rajin nak update blog. hehek!


saya sekarang sedang memberi perhatian kepada puteri gayung (my lil sis).
memandangkan my abah masih bekerja di kuantan,
which is memang agak jauh untuk menjadi hero penyelamat puteri gayung (my lil sis),
in case kalau ada emergency dekat asrama nanti.
oh by the way, sekolah puteri gayung dekat seremban, negeri sembilan.


so i guest anda faham kenapa saya digalakkan mencari kerja around here je kan ?



zrooommmmmm........!!   # tetiba ubah topik #


sambungan holiday yang lepas.

we decide tidur semalam dekat putrajaya.
dengan bantuan kakak rakan,
kami bermalam di sebuah rumah yang selesa lagi menyenangkan.
ewaahhh!!



cinema la yang kami kejar dulu.
dari kiri : mr.sedut dan puteri gayung.


disebabkan puteri gayung gila dengan chipmunk ni,
kami semua menonton movie ni jelah.
even saya lebih berminat nak menonton mission imposible 3.
# sampai sekarang tak kesampaian menonton mission imposible. nyampah!! #


sumpah saya kurang minat cerita chipmunk ni.
sampaikan saya boleh tidur dalam wayang.
huiishhh syok maa..
semua tengok wayang, aii tidur.
mesti mr.sedut malu ada aweks macam aii, kurang senonoh.
ahaks !!



wayang start pukul 12.05 pagi.
kami masuk pukul 12.00 pagi.

dan seat masih bersih tanpa bayangan manusia. why ??




keesokannya kami berjalan-jalan sekitar putrajaya.
emm nothing special pun dekat putrajaya.
cuma saya sangat suka landskap yang dipamerkan la.
kawasannya memang luas.
pemandangan pun luas la jadinya.


khusyuk benornye yob ?



disitulah terhentinya holiday kami.
lagi pun tak elok bersuka ria dan tinggalkan ibu sorang - sorang dekat rumah kan ?
anak yang bersopan kena memikirkan perasaan ibunya.
# sila ketepi, nak muntah ni. kehkeh! #




dinner bersama di alamanda sebelum pulang ke negeri senbilan.






# berbalik kepada tajuk update #


sekarang officially sudah jadi penganggur.
amat bosan stay dekat rumah.
kerjanya membesarkan montot je.


mr.sedut ada ajak saya balik ke kampung perak beliau.
mak cik norliza ( ibu mr.sedut ) pun berkali - kali tanya.
pulang ke kampung sempena perkahwinan mak sedara beliau.
tapi...
aii malu la..
muahahahaha!!


sudah alang - alang mention nama ibu mr.sedut (mak cik norliza),
saya nak ucapkan terima kasih sesangat kepada beliau.
kerana telah menghadiahkan saya cenderamata dari indonesia.
memberi tanpa dipinta.
itu semua sempena lawatan kerja beliau pada sukan sea olimpik yang lepas.
terima kasih mak cik norliza  ^_^
purse tu amat berseni. hehek!


dan maaflah tak dapat memenuhi perlawaan mak cik untuk pulang ke perak.
harap mak cik tak berkecil hati.
# ehh tetibe lagik! #


baru - baru ini juga handphone abah asyik buat hal.
jadi abah berniat untuk menukar handphonenya.
tetapi taste my abah not bad u.
samsung galaxy young.
hamboiii!


dimintanya saya untuk search mengenai gadjet terbabit.
setelah selesai, beliau berfikir sejenak.


my abah        :       touch screen la fara. ko nak abah pakai touch screen ?
si pendek      :       salah ke abah pakai pun ?
my abah        :       tak salah. tapi ko fikir la. jari abah bosar, mato dah rabun. ko pasti nak abah pakai touch screen ?
si pendek      :       apa susah bah.. abah hambik telefon saya. saya beli yang baru. abah sanggup bantu saya ? hehek!



dan tak sangka my abah setuju.
muahahahaha!
suko la hati den..


sejujurnya saya prefer to choose nokia berbanding samsung.
sebelum ni pun mr.sedut dah berjanji nak pakai blackberry sama - sama.
tapi rezeki jangan ditolak yerrkkk ~


keesokannya dapat la saya my new phone.


tadaa.. !


and i got all FREE 4 cases. yippee..!!


perasaan ?
teruja makk nakk oii..
my abah said this is my birthday present.
anda bayangkan la..


sudah bekerja masih dapat hadiah dari abah ?
terasa jelous  la kan, kan, kan ?
macam budak lepasan PMR pulak.
dapat hadiah sempena result yang keluar baru - baru ni.
kahkahkah!!
# ehh.. rasanya dah lama result keluar. ketinggalan betul! #



yelah, nak mintak iPhone4 tak mampu my abah belikan.
kihkih!!



nota jari    :    mencari mood nak update blog macam dulu. ahhh kenapa saya malas sangat ni. grrrr...!!  # hatuk kepala dekat bantal #
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 14 December 2011

SALAH FAHAM.

Salam readers....


lama tak jenguk blog sendiri.
BLOG SENDIRI ye rakan-rakan.
BLOG RAKAN BLOGER lagi haremm saya nak jenguk.
ahhh jangan cubit aii..
cubit bontot aii boleh.
nanti aii kentut nak ?
hehek!


maaf, maaf, maaf..
sejak dua menjak ni selalu loyar buruk.
dah lama tak rasa penyekeh kot.


currently at negeri sembilan.
back for holiday with mr.sedut (mybf) and puteri gayung (my lil sis).
tak lupa juga bersama rakan yang FREE untuk ikut bersama.
lokasi holiday ?
nanti saya update ye..


pernahkah anda tersalah faham ?
dengan erti kata lain salah erti.
saya yang kalut ni HARUSLAH pernah.
muahahaha!!


tarikh dan masa tak la saya ingat sangat.
KALUT la namanya.
cuma yang pasti malam selepas maghrib.
dalam perjalanan pulang ke putrajaya.
bersama mr.sedut (mybf).


masing-masing bekerja kan ?
so tipu la saya tak hulur duit minyak.
TETAPI...
jangan dipinta saya untuk ke kaunter bayaran untuk membuat pembayaran.


sebab ?
entahlah..
saya tak pernah fikir kenapa saya TAK GEMAR nak bayar kat kaunter stesen minyak tu.
ahhh sawan MALAS BERFIKIR saya selalu menyerang sebenarnya.
hehek!


tangki minyak belum cecah EMPTY.
tapi kita harus la sediakan minyak before kering tangki tu kan ?
jadi saya hulur RM20 dekat mr.sedut (mybf).
cukuplah untuk meter minyak tu naik dari setengah tangki.


si pendek       :          kamu pergilah bayar. saya isikan minyak. takpe. saya boleh.
mr.sedut        :          kamu pasti ke ni ? nak isi minyak sendiri ?
si pendek       :         ehh boleh la...  ~~    ** berlagak tahap cipan ni. **


ehh sebenarnya bende alah picu minyak tu pun saya tak tahu nak panggil apa.
kahkahkah!!


so when i said " picu minyak " tu saya rasa ramai garu bontot tak faham kot.
tapi anda faham kan ? kan ? kan ?


saya tunggu mr.sedut membuat pembayaran.
bila berbunyi  " beep "  dekat skrin tu,
saya dengan confident masukkan picu dalam tangki minyak kereta.


dengan goyang - goyang kaki,
sambil kunyah chewing gum,
saya tunggu je nombor di skrin bergerak laju.


teeetttttt..............!
picu minyak bergerak sikit.
nombot di skrin terhenti pada nombor 22.11.
bermaksud RM22.11 sen.


dalam hati berkata


" wah.. terlebih isi ke hape ni ? "

saya cepat - cepat tarik picu minyak tu,
dan gerakkan kereta ke tempat lain.
sementara tu, mr.sedut (mybf) ke kedai mencari makanan ringan.
so kiranya beliau tak tahu yang saya dah blah dari mengisi minyak.



pekerja kaunter       :       bang, ni duit lebih abang isi minyak tadi.
mr.sedut                  :       hah ? kenapa ada lebih pulak dik ?
pekerja kaunter       :       err... entah la bang. tapi kereta tu dah blah bang.
mr.sedut                  :       hah ??  ehh blah ke mana plak ?
pekerja kaunter       :       tu saya tak tahu la bang, tapi abang tengok la, kereta tu dah takde kan ?



sedang mereka berborak,
saya yang sedang menunggu dalam kereta berfikir sejenak.


" manakan mungkin balak aii tak tambah duit untuk minyak. dia tak pernah pula macam tu. tadi minyak terhenti dekat RM22.11. pernah ke orang isi minyak ada SEN dekat belakang ? selalunya genap - genap je "

 
dengan muka tak tahu malunya,
saya undur kereta balik,
dan sambung isi minyak.
kahkahkah!!

mr.sedut (mybf) keluar dari kedai sambil garu kepala.
saya ?
buat muka tebal jelah.
muahahaha!!



mr.sedut        :       kamu tahu tak nak isi minyak ni ? saya tanya elok - elok ni. hehehehe..
si pendek      :       lalalala  ~~ ala.. yang penting saya tak susahkan kamu kan ?
mr.sedut       :       ehh tak... tak la.. cuma pekerja kaunter tu je yang susah. buat kerja dua kali. hehe
si pendek      :       janganlah perli aii... tarik pipi kang! grrr.....



ngupanye mr.sedut (mybf) isi minyak RM40.
patut la ada berlebih.
muahahahaha!!



on the way balik negeri sembilan. new hair. ahh bubye my long hair ~ 






nota jari      :         nak pam tayar pun kekok lagi. tapi takpe. mr.sedut dah ajarkan. muahaha!!

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 2 December 2011

WELCOME DISEMBER.

skies are crying,
i am watching, catching teardrops in my hands.
only silence, as its ending,
like we never had a chance.

do you have to,
make me feel like,
there's nothing left of me ?

you can take everything i have.
you can break everything i am,
like i'm made of glass.
like i'm made of paper.

go on and try to tear me down,
i will be rising from the ground,
like a skyscraper,
like a skyscraper.

as the smoke clears,
i awaken, and untangle you from me.
would it make you,
feel better, to watch me while i bleed ?

all my windows,
still are broken,
but i'm standing on my feet.

you can take everything i have.
you can break everything i am,
like i'm made of glass.
like i'm made of paper.

go on and try to tear me down,
i will be rising from the ground,
like a skyscraper,
like a skyscraper.

go, run run run i'm gonna stay right here,
watch you dissapear.
go run run run its a long way down,
but i am closer to the clouds up here.


you can take everything i have.
you can break everything i am,
like i'm made of glass.
like i'm made of paper.

go on and try to tear me down,
i will be rising from the ground,
like a skyscraper,
like a skyscraper.


sumpah ENJOY habis pergi sunway.
ehh tetiba ??


jangan tegur mr.sedut MAKIN berisi, terasa dia nanti. hehek!  ^^




nota jari    :     ringkas je update blog kali ni. jangan duk garu kepala tak faham sudah le. hehek!
Alhamdulillah, 8 bulan bersama mr.sedut. sudah-sudah la ambil tahu tentang kami lagi ye cik kak ?
psstt.. tidak ditujukan sama sekali kepada rakan bloggers dan readers. cuma untuk silent readers je. yarkkss  ~~

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.