Saturday, 22 October 2011

BERCUTI TANPA GAJI.

Salam readers.


pertama sekali berjuta maaf dari saya sebab diam tanpa berita.
i know no one akan rindu tapi rasanya silent readers rindu la kt aii ni.
ahaks!


ingin saya maklumkan baby pink (my laptop) sudah kritikal.
dengan dukacitanya pula saya terpaksa serahkan baby pink dekat mr.sedut. (my bf)
beliau sentiasa membantu dan memahami. sob3 ~
punca jadi kritikal dibiarkan hang oleh abang kandung sendiri.


serius  memang minta maaf sangat-sangat.
bukan cyber cafe tiada di kawasan saya,
cuma line internetnya macam haremm...
ini pun ambil masa 10minit semata-mata nak bukak google chrome.


dalam berita buruk, ada juga baiknya.
saya sudah mendapat pekerjaan.
yuhuu  ~~
takde la kerjanya bergosip je macam orang tu.
ahaks... terasa ke ??
siapa makan lemak dia la yang gemok...
hehek!


so secara rasminya saya mengumumkan blog ini akan sunyi selama......
err... not sure. a month maybe ?
berjuta maaf kepada mereka yang setia melawat blog ni.
nak mention kesemuanya banyak la pula.


dan tak lupa kepada silent readers..
saya tak hipokrit tau.
tapi saya nak sampaikan pesanan.
sila cakap serupa bikin ye..
face the fact.
kemukakan bukti, bukan hanya berkata-kata.


i'll be back in blogging.
saya takkan delete blog ini.
itu sudah PASTI.
sekali lagi, MAAF SAYA TAK BERKUNJUNG KE BLOG RAKAN-RAKAN BLOGER yang lain.


silent readers,
tolong jaga blog aii boleh ?
ahaks!!



nota jari   :   akan berdikari without my parents. rindunya pada blog, tapi sayang tak dapat melepaskan rindu pada rakan blogger. i'm sorry   =.=






: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 14 October 2011

KENA HERDIK.

Salam readers.


sehingga hari ni,
jika saya teringat kembali peristiwa semalam,
memang akan tergelak sorang-sorang.
muahahahaha ~
sesi tergelak sorang-sorang sudah bermula.


situasinya begini.
semalam saya sedang leka menaip entry di dalam bilik bawah.
handphone saya letakkan di atas meja makan bersebelahan handphone my ibu.
pintu rumah ibu biarkan terbuka tanpa dikunci.


ibu leka di dapur mengemas barang yang baru dibelinya.
tiba-tiba ibu menjerit,
dan serentak kedengaran ringtone handphone saya berbunyi.


my ibu    :        ahhh fara!!! apo ni, kucing masuk rumah. aaaaarrgghhh...!



untuk pengetahuan umum,
my ibu SANGAT geli or maybe TAKUT dengan kucing.
saya dengan spontan pergi capai handphone atas meja sambil menekan keypad "accept".
dan juga terus menerpa ke arah chute (my hamster) takut-takut diterkam kucing tersebut.


tapi sejujurnya saya langsung tak nampak kelibat kucing ketika saya menerima panggilan tersebut.
oleh kerana TAK NAMPAK kelibat kucing,
tiba-tiba hati jadi gelabah.
saya lompat pula ke atas sofa sambil mencari kucing tersebut.


si pendek       :         mana, mana kucing ?   syuhhhh..!! syuhh.... hoi kucing, mana kau. nak makan chute aku ye ? jangan harap la ko..



tiba-tiba baru saya sedar.
pemanggil tersebut masih belum bersuara.
jadi saya pun mulakan la perbualan.



si pendek                     :       err... hello ?
pemanggil bertuah        :        hehehehehe... hello.
si pendek                     :       ye saya ? cari siapa ?
pemanggil bertuah        :       hehehehe.. selamat tengahari cik. boleh saya bercakap dengan En.Yusri bin Jamal ?
si pendek                     :       oh.. err.. salah nombor ni.
pemanggil bertuah        :       hehehe.. ok. tak mengapalah. banyak kucing kat rumah cik ??  hahahahaha.



kuat la pulak perempuan tu gelak...
dari dialek dia bercakap,
mungkin dia berbangsa india.




dan beliau tak berhenti menahan gelaknya sehingga perbualan dihentikan.
then saya baru menyedari yang saya telah mengherdik beliau.
walaupun sebenarnya saya mengherdik kucing tersebut.


sampai terkedu jugak la pemanggil bertuah tersebut.
free-free dapat dengar suara tinggi aii yang merdu bak ramlah ram ni.
malu sungguh rasanya..!




nota jari     :   i still dont get it. why i have to jump in my sofa ? sebenarnya siapa yang takut kucing erkkk ? 


dont worry ibu.
i can be ur superwoman. ahaks!





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 13 October 2011

PERLINDUNGAN INTERNET.

Salam readers.


baru-baru ini saya diberi peringatan oleh my laptop,
bahawa internet security saya hampir tamat tempoh.
another 23 days left.


saya menggunakan kapersky.
ada yang cakap kapersky mudah dan tak berat untuk memory pc.
ada yang berkata kapersky ni tak leceh sebab ada auto update.
but for me,
nothing different.
lain pengguna, lain citarasanya.


al-maklum la,
baru setahun saya pakai laptop sendiri ni.
dan saya pun bukan student IT mana-mana IPTS / IPTA.
bab IT memang saya kurang mahir la.


saya cuma minta pendapat rakan yang tahu serba sedikit tentang IT.
when i bought my laptop last year,
salesman tu TIDAK menerangkan apa-apa pun mengenai CD yang SEHARUSNYA ada dalam simpanan saya.


katanya

" i already upgrade your kapersky for a year. and dont forget to scan your laptop before u using it."

dan saya hanya mengangguk.
tak tahu apa-apa sehinggalah saya balik ke rumah.

my abah          :        fara, mana cd kapersky ko ?
si pendek        :        ehh ada cd ke bah ?   (si polan tak tahu pape)
my abah          :        setahu abah ada la. kan kita bayar tadi. takkan la dia simpan ?
si pendek        :        urm i got he's number. i gonna give him a call later.


my baby pink 1st picture.
time kat kedai lagi.
siot geli dengar nama laptop sendiri. hehek!
keesokannya bila saya call,
diaorang baru la explain to me.
yang cd tu mempunyai 3 users.
so they have to keep that cd.


oh by the way,
saya beli laptop dekat sony centre kuantan,pahang.
that time masih menetap di kemaman, terengganu.
which is AGAK jauh la dari negeri sembilan ni.


dan semalam saja borak dengan mr.sedut (my bf).
katanya bahaya kalau cd tu digunakan oleh pengguna lain.
senang kena hack.
and i was like

 " OMG!!  (ohh mak gayah....!!!!) "

kenapa saya tidak menyedari perkara itu ?
demmmiitt!!   (hentak-hentak kaki atas tilam)
walaupun saya tidak pernah diserang hackers,
tapi still curiga.


sekarang ni berbelah bagi juga la.
patut ke saya pergi ke kuantan dan upgrade sahaja kapersky ni.
atau pun just buy a new kapersky ?


haishh.... kalau beli apple kan mudah.
tak perlu pelindungan bagai.
hehek!
any suggestion tak ?
yang mahir dan siswazah IT tu,
sila la kongsi ilmu anda.
TQ.



nota jari      :       mr.sedut (my bf) macam tak rela saya pergi ke kemaman je. nyampessss ~
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 12 October 2011

TAK USAH PANIK.

Salam readers.


semalam TAK DAPAT update blog.
seharian godek password email.
yup, PASSWORD email yang dicipta saya sendiri.
atas alasan apa la saya nak katakan lupa password ?


==>        hackers mengganas sejak kebelakangan ni. so BANYAK kali tukar password.
==>          facebook, twitter, formspring,blog dan youtube kesemuanya BERLAINAN password.
tu belum bab nak ingat no surat beranak lagi. haishh.....
==>          akaun email lebih dari satu. bermakna password lebih daripada SATU.
==>         mr.sedut (mybf) sudah berada diluar negeri. bukan lagi dinegeri sembilan. tak keruan hati beb! kepala asyik fikirkan................. (faham-faham sendiri) so sering TERangaukan beliau sampai tak ingat password.




so alasan logik tak ?
ehhh tak habis lagi ni.


sedang leka tergelak-gelak baca komen manusia yang hipokrit kat facebook,
laptop hang.
yes HANG..!
gelabah ?
tak usah panic...
selambe je saya cabut wayar plug laptop ni.
oh ok, tahu itu sangat tidak digalakkan.
but it's fun people  ^__^


lepas tu saya cuba on balik.
haa.. hambik ekau!
lagi HANG adalah.
muahahaha!    (gelak orang tekanan ni)
tension sungguh la..
tapi saat-saat ni kita haruslah cool ~~

rasanya dah habis cool dah muka ni.
lalalala ~

mahu share sedikit tips yang diamalkan saya :


  1. saat ni la kita perlu membersihkan habuk di skrin laptop kita. skrin pc saya dah macam baru keluar dari gua daa... haishhh...! tak lupa juga keypad pc anda.
  2. empty kan recycle bin anda. sesungguhnya kita kurang sedar bahawa recycle bin kita sudah melimpah-limpah isinya.
  3. jika boleh, pindahkan kesemua folder anda ke suatu tempat lain selain pc anda. hard drive ada ? pen drive pun jadi la. yelah, kalau dah download semua filem terbaru, semput jugak pc kita kan ?
  4. sila buang kesemua temporary internet files anda. ini hanya menyumbang kepada kekejangan (hang)  pc anda sahaja.
  5. buang files yang tidak berguna. ini sudah semestinya HARUS kerap dilakukan. contohnya gambar yang diedit tapi dah tak mahu guna, delete sahaja. al-maklumlah, tak edit tak nampak HOT la kat facebook nanti. tak ramai nak komen wall aii nyah ~ ehh kesitu pula saya. maaf.  =.=
  6. akhir sekali kita restart la kembali pc kita dengan gembiranya. peringatan, sesetengah kes jika kita mahu restart pc kembali, ia akan mengambil masa yang agak lama dari yang dijangka. jadi bersabarlah sedikit. nak beli laptop baru semput aiihh...



kesemua info tersebut saya google sahaja.
tak susah pun nak dapat ilmu kan ?
dihujung jari sahaja.
yang penting kita tahu manfaatkan.
dan mahu berkongsi.


so lepas ni tiada alasan nak update blog melainkan SIBUK.
ngeh !
alasan lagi!!!




nota jari      :   semalam melepak dengan rakan sampai lebam bontot gara-gara laptop hang! grr....

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 10 October 2011

"LIBAS" NAK ??

Salam readers.


semalam seperti biasa hujung minggu keluar bersuka-ria.
chewah!
hehek, takdelah..
just keluar bawa adik saya outing.


si pendek        :         ibu.... saya nak keluar la hari ni. bawak baby (refers to my lil sis) keluar outing.
my ibu            :         hamboi ko.. setiap minggu ke seremban. jumpa adik ke jumpa siapa ?
si pendek        :        ala ibu.. hujung minggu tak keluar. rasa macam loser je. mengadap je laptop. hehek!
my ibu            :        sudah la ko... pergilah. jangan balik malam...! 
si pendek        :        nanti saya belikan ibu big apple ok. bubye ibu ~


ok, ok.
jangan sekeh saya.
saya tak maksudkan anda yang online waktu weekend ialah LOSER.
tapi saya cuma cakap tentang diri saya.
ampun ye..
hehe.


so keluar la saya ditemani mr.sedut (my bf).
selepas jemput puteri gayung (my lil sis),
kami terus ke pawagam berhampiran.



disebabkan puteri gayung perlu pulang ke asrama sebelum pukul 6 petang,
masa kami agak terhad.
kami berkira-kira mahu menonton al-hijab.
pierre andre jarang mengecewekan penontonnya kan ?
tapi sayangnya masa tidak mengizinkan.
tu dia...
keluar ayat karangan.
hehek!


kami hanya boleh menonton cerita LIBAS.
preview cerita ni saya tak tengok pun.
yang saya tahu LIBAS ni mengenai sepak takraw.
dan rosyam nor sebagai pelakon utama.




15 minit bermulanya tayangan,
saya hanya leka mengunyah pop corn.
air tin milo saya pun sudah setengah dihirup.
tak usah berkias bagailah,
senang cerita permulaan cerita libas ni membosankan.



kalau disoal pada saya,
saya datang ke pawangam untuk sound system yang gempak!
atau untuk kepuasan bergelak tawa,
atau mungkin untuk menghayati jalan cerita yang rumit dan kesudahannya yang memuaskan.


tapi saya tak rasa begitu semasa menonton filem libas ni.
maaflah andai saya tersalah cakap.
atau mungkin salah diri sendiri tak tengok preview filem ini terlebih dahulu.


tapi dari pandangan saya,
saya kurang minat jalan cerita filem libas ni.
cuma part menghiburkan ialah bila johan rajalawak buat LAWAK.
itu sahaja.


while waiting for my mr.sedut (my bf)

bg peminat filem aksi seperti saya,
saya hanya boleh bagi tiga bintang sahaja.
so kepada yang berminat mahu menonton,
boleh la ajak anak-anak kecil sebab filem ni takde adengan sensored.
hihik!



shopping ?
ahh puteri gayung lebih rela habiskan duit untuk sushi dia daripada beli pakaian baru.
ehh tiba-tiba selalu komen tentang filem.
bajek hebat ??
yuhuu...


lantak la bajek hebat  atau tak..
yang penting saya tak sibuk hal seluar dalam orang lain.
LIBAS nak ??


tak baik tau burukkan orang lain.
nanti TERnampak pula keburukan diri sendiri.


nota jari    :      mcflurry milo sedap! cubalah di mac donald berhampiran anda. ** iklan free **
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Saturday, 8 October 2011

NAK PAYUNG FREE BOLEH ?

Salam readers.


dari semalam tak tidur.
pagi-pagi teman ibu ke kebun.
aktiviti hujung minggu walaupun bukan tergolong dalam minat saya.


tak tidur ada puncanya.
semalam rasa banyak dugaan sangat-sangat.
rasa diri tak cukup tabah nak mengharungi.
hamba ini terlalu kerdil untuk diuji sedemikian rupa.
** propa je lebih **




al-kisahnya : -

late night weekend ni bukan ada program best sangat pun kan ?
so terdetik la hati nak tukar channel TV2. 
konon nak tengok ulangan bajet 2012.


tapi sayangnya takde.
yang ada movie hape ntah tajuknya.
layankan je sebab dah tinggal sorang-sorang tapi mata tak mahu lelap lagi.
yang saya pasti pelakonnya LINDSDAY LOHAN.
tak minat pun minah ex-lesbo tu,
tp dari saya duduk ternganga tengok malaysia tewas 5 - 0 dengan australia semalam baik saya teruskan jelah setia bersama TV2.


tengah syok-syok tengok sampai penghujung cerita,
tiba-tiba iklan.
sudah la ada iklan shampu,
iklan tayar basikal,
iklan drama india,
ada pulak lagi iklan ubat nyamuk.
kemain lama tunggu mula la balik cerita tadi..


tiba-tiba cerita tadi ditayangkan semula.
maksud saya adengan before iklan mula ditayang,
sehingga habis iklan ditayangkan adengan sama juga yang muncul.
hape kejadahharammnya itu ??
saya tunggu jugak, iklan lagi.
bila iklan habis, adengan sama juga diulang.
patut tak saya maki stesen tv tu ?
tidur ke woii ?


tahu la stesen anda free of charge, 
tapi beragak la nak ulang tayang adengan sama sebanyak 4 kali.
dan setiap kali adengan sama diulang,
iklan hampir 10 minit.
sumpah saya takkan undi anda dalam anugerah akan datang!

rasa nak kunyah je tv tu!


sudah merajuk dengan stesen tv terbabit,
saya start la texting mr.sedut (my bf).
beliau kurang sihat dan mata beliau pun tak dapat nak lelap.
tengah syok mesej gedik-gedik,
line celcom buat hal.


hape kena dengan hari ni ?   ( err.. maksud saya SEMALAM )
itu tak kena, ini tak kena.
pinjam phone my ibu,
cuba hantar mesej pun tak lepas!
tak puas hati punya pasal,
mr.sedut call je sampai kredit beliau habis.
tapi telinga aii agak panas la sebab earphone aii tinggalkan dalam bilik ibu.
tak mahulah kantoi gayut tengah-tengah malam dengan my ibu.
ahaks!



kesimpulan yang saya nak buat ialah, sediakan payung sebelum hujan!
hahaha!
so apa lagi,
bagi la aii satu payung free..




nota jari    :     hujung minggu memang busy! siapa cakap hari cuti ? ceehh....


ahhh sibuk nak jaga anak lagi.  (bohong!)
sibuk, sibuk, sibuk ~


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 7 October 2011

BERBEZA PENDAPAT.

Salam readers.


rutin setiap hari jumaat,
skodeng mamat segak berbaju melayu.
rasa macam dah jadi hobi pulak.


semalam godek-godek facebook sendiri.
saya ada dua facebook sekarang.
satu tu lebih kepada sahabat handai sahaja.
second account saya buat untuk blogger atau sesiapa yang mahu berkawan.
boleh la add saya di akaun ini.


kemudian terjumpa la gambar zaman TAK BAJEK dulu.
cehh!!
sekarang bajek la ?
kalau tak, takkan la saya ada dua akaun facebook.
rasa macam bajek artis tak pun bajek penulis skrip.
gambar ini diambil dari akaun facebook rakan saya.


ye, itu saya bersama seekor kucing.


maaf, gambar terpaksa edit.
baju saya pakai macam tak cukup kain dalam gambar ni.
ahh abaikan ~


walaupun tak nampak muka saya sepenuhnya,
tapi saya rasa saya dah curahkan sepenuh kasih sayang semasa memeluk erat kucing ni.
rasa dah cukup sweet dah pun ni.
tapi tak semena-mena pendapat lain yang saya dapat.



kenalan             :          woi fara, ko nak bunuh kucing tu ke ?
rakan                :          hahaha, jahat mulut ko wei. dia beri kasih sayang tu!
si pendek          :          cess.. mengutuk belakang. ha, kutuk depan-depan. cepat! haha
kenalan             :          keluar taik kucing tu ko picit macam tu. kahkah!
si pendek          :          weii.. aku pelok je wei.. sob3 ~
rakan                :          kalau aku jadi lelaki pun aku tak sanggup jadi kucing tu. hahaha!
si pendek          :          bahagianya korang kutuk aku kan...


 ( dialog kami diubah sedikit gara-gara bahasa kami yang agak TIDAK SOPAN )




tolong jangan buat aduan kepada mana-mana tempat perlindungan haiwan.
niat saya cuma mahu menyayangi dan  memberikan kasih sayang pada kucing terbiar ni.
harap diri ini diampunkan.


tapi kan,
pendapat anda saya menyeksa kucing tu ke ?
jujurlah..
tak tahu nak rasa bersalah atau tak dekat kucing tu.
hoho!
aii rasa kucing tu dah syok dah dipelok aii.



untuk menutup keresahan sebab dh dituduh menyeksa haiwan,
budak sastera ni nak berpantun jap.
tak jual pun pantun ni.
tapi sesiapa sanggup balas,
meh le join...


burung kakak tua...,
hinggap dijendela...,
siapa yang jatuh cinta...,
pasti cemburu buta...!


special to  :   mr.sedut  (my bf)



ahaks!
mesti lepas ni kena penerajang dengan mr.sedut. (tipu3!!)
hihik!!
gelak habis sopan dah ni..
** lari jauh-jauh dulu **




nota jari      :     haiwan pun sayangkan anak-anak. mengeluh tentang kes campak bayi dari tingkat dua yang dilaporkan baru-baru ni.
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 5 October 2011

BARU TAHU RINDU.

Salam semua.


siapa tak pernah rasa rindu ?
bukan manusia le tuu..
mungkin zombie, atau biawak jadian.


baru-baru ni i got a call from kenalan lama.
kenalan itu tak dapat la dikategorikan sbg apa.
my kenalan tu call me at the middle of night.


that time phone not in silent mode.
terkejut punya pasal saya terus answer the call.
thought it was from mr.sedut (my bf).
but from "kenalan lama" ni la.


kenalan lama           :         saya rindu kamu, saya rindu kamu, saya rindu kamu sangat-sangat!!
si pendek                :         ehehe... hehek! kenapa kamu ni ?
kenalan lama           :         orang rindulah.. bila nak balik ke sini.
si pendek                :         i never be back dah. sorry la. mesej boleh kan ?
kenalan lama           :         tapi saya rindu perkara yang kita buat sama-sama dulu.
si pendek                :         nak pancing aku ke ni ?   **cakap dalam hati, hehek!**
kenalan lama           :         kamu tak rindu ke ?
si pendek                :         kalau tak rindu, saya tak jawab call kamu.   **jawapan mengelat**



saya sendiri dah agak akan ada RINDU between us.
sebelum i'm moving on lagi dah.
but that time EGO menguasai diri.
konon tak mahu show's our tears,
dan tak mahu mengalirkan hingus dek kerana menangis.


so we didn't see each other for the last time.
saya cuma texting dia (refers to my kenalan)

" saya gerak dulu. take care dan panjang umur kita jumpa lagi. really nice to get know you "


dan kini,
saya berjiwang sorang-sorang.
hahak!
ahh sudah la. benda sudah pun berlalu.
i got my own life right now.
and definitely happy with my life.


what ?
saya dah berubah ?
ye. saya sudah berubah.
manusia,
siapa TAK PERNAH BERUBAH ??


kecik-kecik minat power rangers.
sekarang ?
minat lisa surihani, k-pop.
zaman remaja minat pakwe / makwe,
sudah kahwin minat nak tambah anak..


kalau dilihat secara kasarnya,
manusia akan berubah.
dari segi apa pun.
so tak perlu cakap yang anda TAKKAN berubah.
sebab saya takkan percaya.


dek kerana rindu la kita masih ingat kembali perkara lalu.
paling tidak pun kita pernah tersenyum gembira bersama mereka kan ?
tak kisah la kenangan pahit atau manis,
kenangan hanya untuk DIKENANG.


bukan untuk diungkit.
kesalahan atau kesilapan,
take it as a learning proses.


for my kenalan lama,
terima kasih masih ingat dengan saya.
dan terima kasih kerana doakan kebahagian saya.
hope u will move on with ur life.

rindu my grandad.
ahh duit takde tahun ni.
so batalkan niat pergi australia. sob3...


psstt..
i just sign up twitter la.
yuhuuu... giler jakun!
sila la follow twitter juga.                

tapi maaf,
hamba ni kurang arif tentang twitter.
ada kelas tambahan twitter tak ??



nota jari      :       dan pastinya ada yang cemburu bila bercakap tentang "rindu".
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 4 October 2011

JAGA KATA-KATA.

Salam readers.


tak pernah lagi kot buat entry pendek.
so nak cuba hari ni.


suatu pagi dipasar tani,
saya berjalan seorang diri,
tiba-tiba ibu menghampiri,
katanya penat berjalan kaki.


sadis betul pantun ai.
rindu nak berpantun.

baiklah,
tolong jangan libas saya.
nak straight to the point la ni.
hehek!


teman ibu pergi pasar tani last sunday.
ibu beli la telur itik.
tengah jalan usha bapak ayam,   ** abang jual ayam sebenarnya **
kami didekati seorang mak cik.



mak cik tak dikenali       :       kek mano ko boli tolor tu ?  ( dekat mana ko beli telur tu ? )
si pendek                      :       err ibu saya yang beli tadi. kat mana bu ?
my ibu                          :       kek sano kak. kek budak van tu ha. dekat sana kak. dekat budak van tu ha.)



dan saya rasa mak cik tu pemalu.
sb dia malu nak tanya dekat budak tu telur itik ada tak lagi dijual.
tapi datang tanya kat kami tak malu pulak.
haha!


so ibu yang sememangnya peramah,
KONON nak tolong mak cik tu dengan selamba je bertanya dari jarak yang agak jauh.



my ibu        :        budak, telur ko ada tak lagi ?



nada suara ibu ala-ala ramlah ram sedang nyanyi high note lagu "kau kunci cintaku "
dengan tak semena-mena bapak ayam (refers tu abang jual ayam) tergelak terbahak-bahak.
muka budak jual telur itik tu terus berubah.



penjual telur          :     hah, apa mak cik ? haih jangan... telur saya bukan untuk dijual.
penjual ayam        :     hahahaha! apa ni kak, telur-telur ni jangan dibuat main.



dah la suara ibu agak KUAT,
semua hadirin memandang ke arah kami.
dan pada masa sama terus datang pak cik dari mana ntah pura-pura nak pegang tuuuut budak tu.



pak cik gatal maybe      :      meh nak dirabo. ado tak tolor ko. hahahaha! ( mari nak diraba. ada tak telur ko. )



kami semua tergelak la cover ibu.
tapi memang kelakar kot.
kot la...
hahahahaha!


nasib baik ibu dan budak jual telur itik tu memang ngam.
kiranya selalu bergurau senda la.
sb memang rutin kami pergi pasar tani setiap hari ahad.
by the way,
of course la budak jual telur tu lelaki.



reaksi kami.


ehh kenapa macam panjang jugak entry ni.
tak jadi kot entry pendek.
kahkah!!



nota jari    :    rasanya ini bukan entry lucah kan ?
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 3 October 2011

MUDAH SANGAT.

Salam semua.


sepatutnya entry nak post semalam,
tapi diri sendiri pun sibuk,
internet pulak buat hal   ** penyeri alasan **
tambahan pula idea tersekat dalam otak.


jadi anggap la today still weekend.
oh yeah...!
ramai pekerja buat tarian seksi baca statement saya ni.
jangan mengada... ~
kerja, kerja, kerja !


semalam hari minggu.
hari cuti buat my ibu.   ** pembohong **
so si dara ni bangun pagi dan sediakan breakfast.


menu  :  kuey teow goreng pendek yang lazat dan menyelerakan!!


hah pitam la, pitamlah!
dengar menu ai u olls pasti kelaparan.
oh please... perasannye ~


saya nak kata TAK TAHU memasak, bohong la sangat.
tahu sikit-sikit.
selalunya saya prefer untuk membantu ibu sahaja.
get it guy's ?
MEMBANTU sahaja.



so pabila ada bertanya

" ko pandai masak tak fara ? "

simple answer nak cover diri ialah

" pandai tapi tak mahir "


jangan tiru jawapan aii ye anak gadis diluar sana.
kahkah!





peringatan   :   ini bukan entry nak bagi resepi.




  1. bahan pertama ialah segala jenis kicap manis dan masin yang HALAL. mana nak cepat dapat penyakit jangan la ketepikan sos tiram tu ye..
  2. bahan utama ialah kuey teow. nak bagi montel sikit sediakan juga dada ayam, udang dan fishcake. sawi dah layu dalam peti ais. saya gantikan dengan kobis manis, semanis tukang masak serta taugeh segar yang ditanam sendiri.  * pembongak lagi *
  3. yang pastinya bawang yang siap di blender dan lada kering yang sudah dikisar.


cara - cara si pendek memasak

=============================================================================


langkah pertama panaskan minyak dalam kuali.
bukan panaskan kuali. 
mengerti ??
setelah minyak panas,
saya masukkan bahan basah tadi terdiri dari udang, ayam dan fishcake.
kemudian masukkan sekali bawang dikisar halus dan cili kering dikisar lumat tadi.

=============================================================================

kemudian campurkan semua jenis kicap yang anda mahu.
secukup rasa.
at this point saya dah mula tambah sedikit garam dan serbuk perasa.


=============================================================================

kemudian saya masukkan kuey teow sebanyak dua bungkus.
gaul sehingga rata.
saya masukkan pula kubis manis.

=============================================================================

setelah rata kesemua,
saya masukkan bahan terakhir iaitu taugeh.
saya suka taugeh ni masih crunchy bila dimakan.
so saya dah padamkan api dapur waktu ni supaya taugeh tidak terlalu lembut.


=============================================================================

pastikan anda merasa dahulu sebelum dihidangkan. ^^

=============================================================================


walaupun saya yang masak,
tapi saya makan sikit je.
percayalah!!!   * paksaan *



memanglah resepi celah kuku je bagi yang sudah handal memasak,
tapi paling tidak saya mencuba ^^
1st time beranikan diri post tentang masakan.
apa kata anda ??




nota jari    :    semalam tamat satu sem belajar tentang hati bersama mr.sedut.

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.