Wednesday, 31 August 2011

KISAH RAYA

Nak duit raya boleh ??
siapa cakap saya tak layak dapat duit raya ?
ahh memang tak layak pun.
ahahahaha...


ok, but i still got my duit raya la.
dapat dari my abah semestinya, bandi (abang sulung), pak ngah (ayah sedara), dan  mak lang (mak sedara), wan (nenek), uncle (jiran)
see, boleh buat list lagi sb yg memberi sikit sangat!
kahkahkah!!


ok, raya kali ni setakat ni meriah.
pagi raya pergi melawat kubur.
yelah, orang kata setahun sekali je.
keji kan ??
huhuhuhu..
walau lintah memanjat sekali pun,
ku harungi dengan penuh ketabahan.
serius!
kena diam bila nampak lintah menggeletik atas daun kering tu.
eeiiiiiiiiiiii..........!!
rasa nak parangkan je lintah tu.
berani si dia menjajahi betisku yg berbulu roma ini.
demm.........!

awww.. hidung besauuu ~
(gambar hiasan)


ok, anda ada kisah dipagi raya tak untuk dikongsi ?
saya ada la tahun ni.
meh la dekat sikit,
kita beramah mesra dihari raya ini. hahahaha
ok, stop.stop.stop.!


tersebutlah kisah di awal pagi raya.
seawal pukul 6 pagi.
semangat raya la katakan.
kihkihkih!!
saya membantu ibu di dapur.
selesai memasak kuah lontong kegemaran,
ibu hulurkan sebungkus makanan terdiri daripada rendang, nasi impit, lemang dang sebotol plastik kuih raya.


ibu    :     seperti biasa, tugas ko bg auntie dan uncle. cepat pergi.


jujurnya, saya tak mandi lagi that time.
waa.. tak malu mengaku nih!
just gosok gigi, basuh muka.
omputih style la sikit. hahahaha..


memang kebiasaan kami memberi uncle dan auntie rendang dipagi raya.
mereka ialah jiran cina kami berselang sebuah lagi rumah dan hanya tinggal berdua. (faham??)
dengan muka bajet segar, saya pergi la berjalan kaki ke rumah jiran kami tu.
semangat satu malaysia.
ho ho ho hotak ko!!
hahahahaha..


padahal dalam hati niat nk angpau.
muahahahaha..
setibanya di destinasi,
saya mengetuk pagar jiran kami.



fara       :      auntie... auntie...


yg keluar hanya uncle.
aiyama... habis gue.
uncle ni kurang cergas sikit. hahaha
tak tipu.. beliau agak ketuaan sedikit.


menunggu hampir setengah jam,
uncle tadi masih tak berjaya membuka kunci rumah beliau.
muka saya that time.. err...   =.=
serius tak tahu nk buat muka macam mana.
kaki dh agak lenguh ni.
tp muka uncle tadi memang dh gelabah.


fara     :     uncle, auntie mana ??
uncle   :    kolumpo, kolumpo. jumpa anak.
fara     :    ohh.. patut pun lu tak lepas nk bukak kunci pagar! grrr...  (ok, ni cakap dalam hati jekkk! haha)


setelah uncle mencuba lagi 10 minit kemudian,
beliau membaling kunci tersebut kepadaku.
ehhh awat saya berkarangan nih! hahaha
ok, lepas uncle baling kunci, sekali tak sampai pulak.
haduihhh.....


fara     :    uncle, macam ni la. saya pusing ke belakang. uncle bukak pintu belakang ok ?
uncle   :    aa... ok, ok.


berlari la saya ke belakang.
nasib la rumah kami dekat.
kalau rumah uncle hujung sekali ?
takde maknenya saya nk berlari ke sana.
hahahahaha..

setibanya dipintu belakang,
kelihatan uncle masih mencuba membuka kunci pintu belakang.
haa.. pintu belakang boleh la saya capai.
pintu depan ada pagar.
tak boleh masuk.
so dengan penuh sopan saya pulak cuba membuka kunci pintu tersebut.
dan memang TAK BOLEH!



fara    :    uncle, kunci lain takde ke ? tak boleh bukak la uncle..
uncle  :    takde, takde. auntie bawak oo.. pergi kolumpo.


ok, taik cicak betul auntie tu. hahahaha
berani lu kunci laki lu dalam rumah ??
saya tak tahu ianya disengajakan atau tidak.
so saya hulur jelah celah ruang mana yg ada.
nasib baik ibu tak letak atas pinggan.


alhamdulillah....
sampai jugak hajatku.
muahahaha..


uncle    :     amoi.. lu, amik kunci depan. boleh ?


satu tentang saya,
saya susah nk faham loghat cina ni.
but i guess uncle nak saya ambil semula kunci yg dia campak dekat saya dihadapan pagar tadi.
ala.. yg saya tak sampai nak capai tadi.
biasalah, tangan pendek!
wakakakaka..

so pergilah semula saya ke hadapan.
mengambil kunci beliau menggunakan penyapu.



fara      :    ok aaa uncle. ada apa-apa lagi ?
uncle    :    ok, ok. takde apa-apa lagi. terima kasih aa.. laye,laye.. (raya, raya)
fara      :    hehe, ok uncle. terima kasih ini angpau aa.. bye2.


so moral of the story,
lain kali nak hulur rendang berniat baiklah kamu.
janganlah mengharapkan angpau sahaja.
kahkahkah!!


angpau for me and puteri gayung (adik)
isi dalamnya berapa ??
mana boleh beritahu. hihik!


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 29 August 2011

HAMPER RAYA.

" Saya dengan ini mewakili penyimpan mohor-mohor besar Diraja dengan sukacitanya mengumumkan tarikh hari raya puasa ialah jatuh pada BESOKK!!! "


yey.... raya, raya, raya !!
esok raya. lalalalala ~
walau badan penat sekali pun, 
berbaloi je rasanya.
dan memang betul, hari ni last bersahur.
amin...
syukur sebulan berpuasa telah pun berakhir.


ok, macam mana persiapan raya anda semua ??
saya dh siap berkemas pun.
fuuhhh.... haha
ponek botoi..! (penat betul)


my abah balik ke rumah hari ni.
sempatlah jugak berbuka bersama tadi.
ehh anda ingat lagi tak entry hamper raya ni ??
haa.. abah mesej beritahu dia nk bg hamper kan ??


sebaik pulang je abah ke rumah, saya buat tak tahu je lagi.
yelah, tengah sibuk memotong itu ini di dapur.
sekali abah bawa masuk hamper gedabak.
i though just one hamper,
tapi sampai empat.
waa.. memang betul la my abah tak main-main nk bg hamper. hihik!


so jakun yg baru first time dapat hamper di hari raya,
terus capai kamera digital sengkeknya lalu mengambil beberapa keping gambar.
chewaahh..
konon excited ni. 
muahahahahaha...










inilah hamper yg saya menangi sempena aidilfitri ini.
wahahahaha..
ok, berhenti gelak.
nk raya jgn meroyan.
dihari raya ini marilah kita bermaaf-maafan.
maaf semua andai terkasar bahasa terkutuk sini sana.
saya cuma manusia biasa.
moh kite mengumpul duit raya banyak-banyak.
jangan lupa beritahu saya jumlah duit raya yg diperolehi ok ??
bhahahaha...


sila la mencuci mata dengan kek coklat yg kami sediakan.
maaf, sebelum sempat anda sampai ke rumah untuk merasa,
bandi (abang sulung) dh habiskan separuh dari kek.
selebihnya masuk perut saya dan puteri gayung. (adik) 
SELAMAT HARI RAYA SEMUA! ^_^











lauk berbuka kami yg terakhir ramadhan kali ini.
sup ekor.


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

LAST BERSAHUR KERR ???

Salam semua.
ingatkan dh malas nk post entry.
tapi bila terfikirkan KEMUNGKINAN ini hari terakhir dibulan Ramadhan yg ke 1432  masihi ini,
terus menggelupur nk post entry.
muahahaha..
tujuan sebenar cuma nk memuaskan nafsu serakah saya.


tadi cuci mata.
dengan menu yg tak kesampaian tahun ni.
iaitu "laksa penang"
tak mahu laksa terengganu, laksa sarawak.
tapi mahu laksa penang.
puas cari kt bazar, tapi tak jumpa pun.
ada ke orang nogori nk jual laksa penang ??


mintak jasa baik ibu tolong masakkan.
dengan selambe badak ibu menjawab


ibu    :     ko bukan mengidam pun. malas. ko tu leceh. kang tertelan tulang, ko muntah depan aku jugak. lagi pun abang kembar ko tak makan laksa. benda lain la ko mintak ehh ??






ok, memang saya cerewet tentang ikan ni.
maaf, terpaksa mengaku saya tak pandai makan ikan.
gelak la.. jentik dagu kang baru tahu.





tak pandai maksud saya ialah,
andai tengah menikmati ikan,

tiba-tiba terasa tulang dalam mulut..
rasa terus nk termuntah.
siapa cakap orang terengganu tak pandai makan ikan ??
saya bukan orang terengganu pun.
hahahahaha..
ore nogori, tapi kawe bosar dokek terengganu.
(orang negeri tapi saya membesar dekat terengganu)


pehhh sodapnyo..
meleleh air liur pun saya biarkan je.
mahu ini untuk sahur.
abang otomen, tolonglah saya.
hua......


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Saturday, 27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA RAKAN

Hye semua.
ingat lagi entry ni ??
kalau ada yg perasan,
entry tu ada perkataan "bersambung" dipenghujungnya.
so kali ni entry sambunganya pulak.

hari yg panjang dan memenatkan.
bak kata bandi (abang sulung)


"aku tak sangka aku habiskan 6 jam di seremban semata-mata untuk puaskan hati fara. yg bestnya fara beli dua barang je. dua barang sahaja...!!!"


sila la abaikan kata-kata beliau.
orang dh kena poww begitu la perasaannya.


balik dari seremban,
saya lepak la dirumah dahulu.
tolong ibu memasak sebentar.
bau ayam kurma menusuk ke dalam lubang hidung.
tapi dek kerana sudah berniat untuk berbuka dengan aichah (kawan) dan mr.sedut,
saya batalkan nia tersebut.
tepat pukul 5.30 petang saya keluar rumah lagi.


ibu    :    fara, ko belikan ibu gula perang yg halus. serbuk kunyit, dan gula kaster tau.
fara   :   la, untuk apa bu ? bukan kita dh berhenti buat kuih raya ?
ibu    :   ko tak tengok balang ibu ? dh habis setengah balang. abang-abang ko makan tak ingat dunia. nk tunggu raya entah-entah dh habis diaorang kerjakan. lepas berbuka balik awal sikit. tolong ibu wt kuih raya lagi



whhaatttt ??????
badan giler penat.
siap mintak tolong buat kuih raya lagi.
tapi setahun sekali.
biarlah..
beralah walau dalam hati geram gila dekat abang-abang.
"abang-abang" refers to my twins brother je.
bukan ramai pun.


so selepas berbuka,
kami berborak kosong sebelum masing-masing membawa diri.
mr.sedut pulang pukul 8.30 malam.


mr.sedut    :    terima kasih berbuka dengan saya. last berbuka dengan kamu. jaga diri elok-elok..


then saya terus balik rumah.
sedang membantu ibu mengadun kuih,
sempat lagi landing dalam bilik.
dan saya tertidur.
ok, SAYA TERTIDUR..
langsung tak sedar.
tulah kali pertama jadi.


lelap setengah jam,
bangun-bangun je terus pergi dapur.


fara    :    ibu,saya tertidur. mengantok.
ibu     :    takpe.. ko tolong la sikit lagi ni.


waaaa... ibu tak marah pun.
lain kali nak buat lagi lah.
muahahahahaha....
tiba-tiba rasa ibu sangat memahami.
(mengelap air mata)
raya nanti nk mintak maaf bebanyak sebab dosa memang banyak dengan ibu.
huaa..... sob3~


biskut cornflakes with stawberry jem.
before baking.





after baking.





biskut cornflakes with blackcurant jem. before baking.




after baking.


ibu, tolonglah.
tolonglah beritahu saya bahawa inilah yg terakhir kali kita buat kuih raya.
penat seyhhh...
hahahahaha..
raya,raya,raya.
lagi beberapa hari je lagi.
semangat raya dh berkobar-kobar.
opss.. selamat menyambut hari kemerdekaan jugak.
sempena hari raya kali ini,
tulus dari hati saya nk ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yg mengenali diri ini.
wahh godjes gitu.
macam buat ucapan dekat radio Era pulak.
kahkahkah!!
maaf zahir dan batin kepada readers..
dan kepada silent readers..
i know she's reading my blog.
dont u try to lie. muahahahaha..
dont u act like u dont care coz i know u care more than that.
thanks!  ^_^




for my followers and readers.
kad raya paling serabai anda pernah tengok kan ??
hahahaha..



nota kaki   :   maaf, beralah dengan bandi. dia giler game dekat fb. so tak dapat blogwalking. maaf sesangat! huhu

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

PERSIAPAN TERAKHIR ??

Hye semua.
salam. maaf semalam tak blogwalking.
jenguk blog rakan pun dh lewat malam.


seperti sedia maklum,
murid-murid sekolah sudah mula bercuti bermula hari jumaat.
seminggu bercuti raya.
dan tadi jenguk blog rakan pun ramai sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung mulai hari ini.
waahh giler meriah la korang.


saya seperti biasalah,
menjalankan tugas sebagai seorang kakak.
pergilah menjemput kiela (adik) di asrama beliau.
bersama bandi (abang sulung) dan mr.sedut.
sebelum tu, ibu sudah booking saya awal-awal pagi.


beliau mahu saya temankan beliau membayar bil-bil sebelum raya.
nanti raya pejabat tutup ye kan ??
tak pasal-pasal beraya guna pelita.
meriah tak ??
hahahahaha..

sesudah menemani beliau,
saya bertolak ke seremban dengan bandi (abang sulung) seawal jam pukul 10.30 pagi.
sepanjang perjalanan beliau asyik membebel!!
u know what i mean ??
membebel mengalahkan rapers gila talak!



bandi       :        fara, ko bawak laju-laju ni. bahaya la. ko nk kemana cepat-cepat ni ?
fara         :         ehh jangan ko berpura-pura tanya pulak. menunggu ko mandi berapa dekad ? aku dh janji dengan kiela pukul 10 tau. sekarang dh setengah jam lewat.
bandi       :         aku tak sanggup mati sebelum raya der.. ko bawak elok-elok sikit. baik aku mati berjuang demi negara dari aku mati katak tepi jalan, dengan ko plak tu!
fara         :          porraahhh!! lain kali aku kejut pukul 9 pagi, ko bangun pukul 8 pagi. ada faham ?
bandi       :         payah bercakap dengan ko ni. bercakap dengan siput pun lagi syok.
fara         :          tak payah bercakap. duduk diam-diam sudah..



memang panas telinga sepanjang perjalanan kami.
setibanya di seremban,
saya dahulukan puteri gayung (kiela) dahulu.
ahh biasalah, family first. muahahaha..
sila jangan merajuk ye mr.sedut.
then baru la berjumpa mr.sedut.


the reason why bandi acting like that and why i was so freaking excited nk ke seremban


fara      ---->  jumpa mr.sedut of courselah. then bandi nk belanja gue... shopping lagi. muahahahha!
bandi  ----->  sengaja tak nak cucuk duit. tak kira, aku tak nak habiskan bonus untuk fara sorang!



so anda faham kenapa kami bersengketa sedemikian rupa ?
hahahaha..
straight to jusco jaya di seremban 2.
jalan tak la sesak seperti dahulu.
parking pun mudah nk dapat.


kami tawaf jusco tu sebanyak 2 kali,
dan bandi sudah mula merungut.
ok, memang kami keluar masuk kedai banyak kali pun.


misi   :   mendapatkan sehelai seluar jean untuk budakijau yg berkualiti tinggi serta harganya yg tinggi. mendapatkan sepasang selipar sengkek untuk budakijau supaya mudah beliau berjalan ke sana sini.


kami menghabiskan masa dijusco selama hampir 2 jam.
akhirnya masing-masing membawa haluan diri.
bandi (abang sulung) pergi mencucuk duit setelah beliau melihat harga seluar jean yg menarik perhatian saya semuanya mencecah tiga angka.
puteri gayung (kiela) pergi menjenguk komik-komik beliau dikedai buku.


seperti biasa mr.sedut sedia menemani.
kaki kanan rasanya pabila melangkah ke dalam satu kedai ni.
besar terpampang 70% sale.
and i was like


"what ?? sale 70%?? demm kena masuk sini ni "


maaf, tertinggal mr.sedut kt belakang sekejap. muahahha..
i'm really super happy after found my right jeans.
ok, i'm really fussy la when it came to my jeans.
kualiti itu perlu. hahaha
terasa dunia itu adil pabila dapat sale 70%.
kahkahkah!!
ala, sehelai pun cukup la.
saya bukan la peminat jean.
cuma nk padankan dengan t-shirt time nk keluar santai-santai dengan kawan.



kami semua nak pakai hitam. bukan sepakat tapi gothic ?? hahahaha
muka saya bajet comei sungguh lahhh!!! 




euuww kaki i besauu ?? ngagagaga ~



fara  :  bandi, ko nk ke mana ?
bandi   :   bawak diri. kau poww aku tak beragak la.
fara   :   ehh bg double flying kick kang tahu la ko.



ohh puteri gayung shantek! nk sign... kihkihkih!



muka giler cuak!! mr.sedut main-main pulak time snap pic. grr...




tapi selipar sengkek still tak jumpa.
tak kira jugak!
nk pow bandi puas-puas.
lagipun sale 70% tu, murah sangat dia bayar harga jean tadi.
muahahha...
kami ke tempat lain pula.
then found my selipar sengkek.



now muka puas shopping. tapi tak banyak.
err ibu nampak anggun berkain batik. haha

sikit je pun barang. ye kan ??
bandi... mahu lagi. mahu lagi!!!

niat dihati nk berbuka diseremban.
tapi my bff sudah kembali ke jelebu.
yeyy....!!
beliau bercuti raya.
so saya bertanya kepada mr.sedut.
sudikah beliau berbuka dikawasan saya sahaja yg tak seberapa itu ??
beliau mengangguk tanda setuju.
meaaoowww... ~
sukanya hati. hahaha
terlebih gatai pulak, maaf.   =.=


sedang kami berborak mesra melepaskan rindu,
antara saya dan aichah (kawan),
saya mendapat satu panggilan daripada ibu.



ibu        :   hello hah, kt mana ni ?
fara       :    dekat deret kedai makan ni bu.
ibu        :    oh, berbuka dekat situ ek. dengan aichah je ?
fara       :    oh, aichah ade sebelah saya ni je.
ibu        :     oh, depan ko sapa pulak ek ? (mr.sedut la siapa lagi)
fara       :     err.. ntah, burung kot tengah makan-makan ni.
ibu        :     macam ni la fara, tak sedap berbuka bertiga je kan. tambah la seorang lagi, berbuka berempat. kan2 ??
fara      :     muahahhahahah!! mana ibu nampak saya ni ??
ibu       :    ko anak aku, apa ko buat terdetik kt hati ibu ni.



ok, saya kononnya malas nk beritahu ibu nk berbuka bersama mr.sedut sekali.
tapi ibu tahu. 
wawawawa... kantoi!




bersambung...........

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 25 August 2011

MAKANAN TAMBAHAN

Nasi nasi jugak..
makanan tambahan itu perlu..
untuk menambah kelazatan menjamu selera.
apa tu makanan tambahan ??
appeton ? scott elmosion ?
tak, yang ini asli berkurun lamanya.
let's cek it outzzzzzzzz.... (macam hampeh tak?)


BUDU

pehhh siapa tak pernah dengar tentang budu ??
angkat kening sekarang. (hairan)
budu adalah sejenis makanan tambahan yg diperbuat dari ikan.
jenis ikan apa saya tak tahu.
mak saya tak bukak kilang budu ok. hahaha
dari pandangan saya, budu memang tak beberapa sedap.
andai ianya dimakan begitu sahaja.
perlulah kita menambah sedikit rasa pedas, manis, dan masam.
contohnya tambah cili, nk berasap tenyeh ( hancurkan) cili api.
perah jus limau nipis,
orang nogori campur tempoyak.
al-maklumlah, durian belambak benar. haha




BELACAN

ini spesies budu jugak cuma saudara jauh la.
belacan dibuat daripada udang.
cara pembuatan lupa pulak nk google tadi.
tapi belacan terdapat didalam bentuk pepejal dan bukanlah cecair seperti budu.
dan cara menikmati belacan tidak sama seperti budu.
belacan kebiasaanya dicampur bersama masakan.
kangkung goreng belacan ??
tercabut bulu hidung bau..



IKAN MASIN,TELUR MASIN DAN SEWAKTU DENGANNYA

ikan masin terdapat dalam pelbagai jenis.
ada yg kering dijemur.
ada yang dijeruk.
bg saya proses pembuatan tak susah.
asalkan terasa masin sudah..
telur masin pula adalah telur itik yg dimasinkan.
ada ke telur ayam dimasinkan ??
tak pula setahu saya.






PETAI

ohh petai..
jangan malu mengaku suka makan petai.
sebab petai terbukti membuatkan kita menjadi awet muda.
tapi cakap la petai tu emas berharga pun,
tak pernah sekali saya berminat untuk menikmatinya.
rasa kelat dan bau yg kurang enak menjadi puncanya.
petai boleh dimakan samada mentah mahupun dijeruk
tapi kalau dijeruk,
sila kencing dalam sungai yer..





nota kaki  :   hari ini mengemas rumah. penat sesangat!

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

SAHUR

Tajuk entry macam propa je.
haruslah sebab ramadhan macam dh pack beg je mahu pergi meninggalkan kita.
then syawal dh mula nak menempah masuk di pintu hati kita.

selepas ni no more sahur and iftar.
no more bazar ramadhan.
no more tayangan waktu berbuka dan imsak.

semua excited nak tunggu pengumuman raya.
setiap tahun,
saya akan buka mata dipagi raya dengan penuh kelapangan didada.
ehh tak tipu.
seriuslah sikit. muahahaha

yelah, pasti akan bangun seawal 6 pagi.
sejuk embun masih terasa,
syahdu sangat.


secara jujurnya entry ditaip pada pukul 3.35 a.m ketika saya dan bandi (abang sulung) sedang menonton perlawanan bola sepak.



bandi    :     tak tidur lagi ko fara. mu dok ngantok ke ?? (ko tak mengantok ke)
fara      :      entah la, aku bangun awal pagi tadi. aku ikut ibu ke kebun. nak kata aku tak penat bekerja tak jugak. lain la macam ko. memenuhkan peta je dekat bantal tu.
bandi    :     tulah aku pelik tengok ko. 
fara      :     err aku dh baring pun tadi. siap on air cond kot nak terlelap. tapi tak nak jugak. rasanya aku excited nak bersahur kot?? muahahahaha
bandi    :    apa kena mengena dengan sahur ??
fara       :    oh, sb aku tak suka lauk sahur aku sejuk. nasi aku mesti panas, lauk aku pun mesti panas. kalau tak jawabnya biskut kering cicah milo la menu aku. so aku merajinkan diri memanaskan semua lauk dan nasi.
bandi    :    tulah, sejak aku balik aku tengok ko tak pernah lagi tidur malam.
fara       :     errkkkk ??? prihatin ko dengan aku rupanya. kahkahkah!!



ok, dialog diatas bukan lakonan.
ianya realiti kehidupan adik beradik.
saya insomania ke ??
mata nak kata membengkak atau mencipta lingkaran gelap dibawah mata..
tak jugak.
elok sangat mengadap laptop.
nak kata sibuk bersosial dilaman maya,
pun tak jugak.
on laptop, termenung gak memikirkan apa yg nk dibuat.


tapi serius, kalau bandi on je lap top rasa nk cepat-cepat je dia berhenti guna.
nak ambil alih tapi dh dapat kt tangan saya sendiri pun tak tahu tujuan sebenar.
berhasad dengkikah saya ??
muahahahaha..


bandi    :    ala.. sikit lagi nak gol. arsenal ni main macam hampeh. cuba ko tengok fara, defend dh molek (ok) dh tapi menyerang macam taik.
fara      :     ha.. ye, ye.. (mulut ternganga mengadap skrin lap top)
bandi   :     h*r*mj*d*h fara. bercakap dengan ko macam bercakap dengan siput.
fara      :    hahaha, ha.. yolah..(yelah) aku dengar ni ha...



mahu ni sebagai lauk sahur boleh tak ?? nak, nak...


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 24 August 2011

SEBATI DENGAN ALASAN #2

Hye readers.
assalamualaikum..
jangan baca je, jawab sekali.
kang tak pasal-pasal dapat dosa kering.
bukan salah saya.


ingat lagi tak tentang entry ni,
ramai rupanya berhati mulia menasihati saya.
orang bajet comei dengar cakap ok.
so saya dengar nasihat yg diberi oleh mr.ade2mamacik lea isnawi dan cik azie azman.
mereka kan prihatin. muahahahha..
dan tak lupa jugak cik queila (hunny bunny) *betul tak saya eja?* yg bersama berganding bahu mahu mengemas rumah masing-masing.


ha.. kuih raya je ke atas meja ?


semah      :    ala gayah, cantik betul balang kuih ko.. kuihnya pun banyak isi.
gayah       :    ehh mestilah. penat siang malam aku membakar kuih ni semah oii.. godjes tak bentuk kuih aku ni ?? hehe
semah      :    cantik la sesangatnya oii.. tapi kuih je ke ? mana rendang ko ? ketupat ko ? kot nasi himpit pun jadi la semah oii... tekak aku tak lalu telan kuih je. manis bebenor. nak jugak pedasnya...



mana complete raya takde rendang kak oii..
nasi himpit, kuah kacang, mak oii.. sodapnyo...  (tengah kebulur)
ok, stop.
so anda dh cari bahan-bahan untuk rendang ke ??
menu utama mesti rendang.
tapi kalau rezeki lebih, ada yg buat kuah kacang, lontong, sambal sotong dan macam-macam lagilah mengikut tradisi keluarga.


kalau tengok dalam tv, 
latar belakang keluarga dari johor, buat laksa johor.
hamboiii.. meleleh air liur sat..
anda macam mana ??
ha, ramai orang kedah ni. 
utara mari.. kongsi la resepi keluarga anda dipagi raya.
moh la kita bersama-sama menelan air liur.
terliur dengan juadah hari raya nanti. muahahahahha..


jadi hari ini saya menemani ibu ke kebun beliau.
perjalanan mengambil masa 10minit dari rumah ku syurgaku,
ala.. 10 km je kot dari rumah.
resepi kami sekeluarga ??
selalunya ibu mesti dan pasti akan memasak rendang.
samada rendang daging mahu pun ayam, ibu masak je.
tapi this year we prefer to choose masak rendang daging.


tak la, cuba anda bayangkan..
kalau ayam dikerat 12 ketul atau pun 14 ketul seekor.
barapa ekor ayam diperlukan untuk memuaskan selera rakan-rakan yg datang dengan tank kereta api ??
kot ye seorang seketul.
kalau seorang 4 ketul ??
dengar ura-ura harga ayam meningkat naik lagi ??
bekalan ayam je yg cukup, harga naik jugak
yelah, siapa nak beli ayam kalau mahal ??
hahahahhaa..
kalau daging boleh la dipotong kecil-kecil.
ha, pandai tak saya ??
jangan la cakap saya kedekut, tapi berjimat. ngeh ~
saya ikhlaslah. haha.


selain dari rendang,
ibu suka buat lontong.
dalam lontong tu ibu suka campurkan dengan pelbagai jenis cendawan.
cendawan butang, cendawan kering.
dan juga sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah, dan sengkuang.
anda tahu sengkuang ??
sengkuang tu sayur ke buah erkk ?? 
hahaha, sila la beritahu saya cepat-cepat sebab saya tengah confius ni.
dicampur pula dengan sambal sotong.
ok, sotong bukan sotong putih tapi sambal sotong merah.
u know what i mean ??
sotong merah a.k.a sotong kurita nama timangan yg kami beri.
bukan sotong yg bapak gedabak tu. hahaha


giler susah nk cari gambar sotong ni!



then ibu nak masak kari kambing.
perrghhh.. berat saya jadi 70kg la raya ni. kahkahkah!!
dimakan bersama nasi minyak.
menjilat pinggan betul.
tapi kesemua menu ni bukanlah dimasak serentak.
berlainan hari,
bergantung kepada lawatan rakan-rakan dan sanak saudara.


dh puas melelehkan air liur anda ??
jom follow saya ke kg halaman orang tua ku. hihik!
ramai mengadu santan mahal ??
disini dengan bangganya saya mengumumkan saya dapat santan free dan fresh lagi.
takde campur-campur air ye.
dimana ??
di kg sayalah.  ^_^


merajinkan diri teman ibu ke kg hari ini.
tengok buah kelapa bergelimpangan (berselerakan), saya kutip dan longgokkan disatu tempat.
oh tiba-tiba rasa suka ada kg sendiri.
daun kunyit, kunyit, serai, buluh, daun pisang semua dapat free.
kerisik pun dapat free nanti.
dengan kudrat yang ada, saya mula la mengupas a.ka. mengopek kelapa satu persatu.
peluh manisku melimpahi bumi 5minit kemudian.
bhahahahahaha..
5minit dh semput puasa-puasa ni.


haduuiiihh... memang tak larat rasanya.
walaupun saya menggunakan alat bantuan, saya tetap merasa letih kerana terpaksa mengupas sebanyak 15 biji kelapa.
do u hear me ??
" terpaksa" dan "15 biji kelapa"


hah, siapa cakap

" eleh, sikit je tu. aku pun boleh"

so sila la bantu saya. hahahaha
cakap senang la, saya ni perempuan ayu.
buat kerja macam ni.
terputus urat kentut gak la rasanya.



mr,sedut   :   kamu sorang je awek saya yg buat kerja kampung macam tu. huhu. tengok muka comei je (muntah la banyak-banyak. batal puasa anda. haha) tapi tak sangka kamu pandai buat kerja macam tu.



kejap. "kamu sorang je awek saya?"
berapa awek kamu mr.sedut ??
hahahha, hamboi.. hempuk dengan senduk kang!
ehh harus la pandai.
ibu abah asalnya dari kampung.
perlu la mendabik dada melakukan kerja yang tak seberapa ini.
hah belum suruh cari buluh buat lemang lagi ni. kahkahkah!!


what ??
bandi (abang sulung) mana ??
orang tua tu sakit gigi.
merengek dari semalam lagi.
rasakan dia balasan Tuhan sebab tak nak mengaku adik dia anggun.
muahahhahahaha..



alat bantuan mengopek kelapa. ok, ni gambar awal tahun la. hihik!

muka mintak air ?? haha, dahaga makk oii..

kenal tak ni apa ?? kalau tak kenal meh nak hempuk kepala tu.



buah kelapa dalam gambar memang tak cukup 15 biji,
sebab dh bg mak lang (mak sedara) setengah dari hasil kutipan.
nk masak kambing sekor ke sampai 15 biji.
hahahaha..
so rakan-rakan,
saya tetap nak bagi alasan.
sekarang saya MALAS nk kemas rumah sebab dh penat.
muahahahahaha......


p/s  :   mr.ade2mama takbir raya bukan sedih la dengar. sayu je. ehh haruslah. erti raya la katakan. haha

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

HEADER RAYA PULA.

Salam semua.
siapa tak tahu lagi tarikh melihat anak bulan ??
angkat kaki dari sini sekarang..!
seperti semua maklum, 29 ogos tarikh melihat anak bulan.
ehhh semua dh semangat raya ni.
raya, raya jugak kan.
anak-anak lelaki yang gagah perkasa dh bayar zakat fitrah ??
masa sudah semakin suntuk kalian. haha..
jangan bagi alasan malas.
dekat station minyak pun saya nampak tempat pembayaran zakat fitrah ni.

bercakap tentang raya lagi,
saya jeles sebenarnya orang lain ada header raya.
muahahahaha..
nak jugak, nak jugak..!
bak kata abah,



abah   :   u want it, go get it yourself


so saya buat sendirilah.
memang agak messy dan tak comei,
asalkan tuan belog comei.
apekahh ??

tak, maksud saya disitu..
asalkan tujuan asal kesampaian. bhahahaha..
dan asalkan saya perasan header saya shantek (cantik) sudah la.
siapa lagi dapat puaskan hati melainkan diri sendiri. sob3 ~

memakan masa 3 jam untuk memuaskan hati,
inilah proses melukis header raya saya ni.


step 1

lakaran asal





step 2

proses mewarna







siap pun. ^_^


so siaplah lakaran header saya.
cerita disebalik header ni.
saya copy idea gambar lain jugak. muahahaha
ok, orang tak kreatif beginilah.  =.=
saya copy gambar kartun comei tu dari sekeping gambar.




mesti ramai cakap


" ehhh tak sama pun "


tak sentap. tak sentap..
hahaha
tapi ayat dekat gambar tu takde la saya copy sekali.
karang ramai muntah dekat blog ni ha..
kahkahkah!!
malas i nk bersihkan blog ni nanti. (aaww..)

dua orang manusia tipu diatas of courselah me and mr.sedut. 
kihkihkih!!
ehh kami tak berpegang tangan ok,
ada alas tu. hahahaha.
pelita tu sengaja lukis sebab senang nak lukis.
niat hati nk lukis ketupat ke, lemang ke, orang main mercun ke, lampu lip lap ke,
ala.. lampu kelip warna-warni tu.
tapi orang tangan keras macam saya mana la layak.
ye kan ??

mana-mana rakan yg berminat nk melukis header sendiri,
sila la ke klik sini
dan selepas itu boleh la ke sini pula untuk edit header anda.
kt sini juga boleh terus dapatkan code untuk header.
senang dan mudah kan ??
tapi peringatan, anda memang semestinya perlu melukis la.
saya pasti cik bunbun kita sangat mahir melukis sebab beliau suka melukis doodle.
ehh dh baik hati share ni, tak faham-faham lagi ke ?
nak duit rayo. ngehehehehehe ~


kad raya dari mr.ade2mama. thanks!


: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 23 August 2011

SEBATI DENGAN ALASAN

yey.. kad raya pertama saya dapat. ianya dari cik Qilah

Hye semua.
sekarang ni, tiap-tiap hari ibu dah membebel suruh kemas rumah.
ok, pembetulan "tiap-tiap masa" ibu membebel suruh kemas rumah.

ha.. before cakap saya malas, sila la cakap saya anggun dulu.
then baru cakap saya pemalas.
tak sentap sangat baca kan ?
hahahaha..

so seperti biasa, alasan dengan manusia tidak dapat dipisahkan.
saya nk bagi alasan ni.
sila fikirkan alasan ini munasabah atau pun tidak.


sebab utama saya malas nk mengemas rumah :

kepada ibu  -->  sebab bandi (abang sulung) ada dirumah. dia sangat suka makan bersepah dan dia takkan makan dimeja makan. saya tak tahu keturunan orang peribumi mana dia ni, tapi dia makan memang bersepah.
so what's the point saya kemas rumah kan ?
nk vacum kena guna elektrik yg banyak.
ni takrif elektrik nak naik lagi. 
so esok raya baru saya nk vacum rumah. muahahhahaha

kepada rakan blogger --> sebab saya sibuk blogwalking. ngagagaga ~
halloo.. saya utamakan anda semua ok.
lagi pun sejak dua menjak ni, 
saya tengok follower saya bertambah.
saya pun nk follow balik.
saya sikit pun tak kisah kalau blogger tu baru.
saya ni nama je dh lama blogging, sejak 2009,
tapi saya tak aktif mana pun. terer pun tak.
tapi macam mana saya nk terjah balik andai blogger tu tak tinggalkan link ?
aiyama ~
so saya diamkan je diri.
tapi andai tak berpuas hati, sembur jelah.
confirm saya terjah blog anda balik. hihik!

kepada sahabat handai --> ehh patut ke saya bg alasan kepada anda ?
haha, tak perlu pun tapi nk gak mention nama korang sebab korang rajin stalk blog i ni.. (nyah!)
andai rumah saya bersepah, rumah anda lagi bersepah. muahahaha
kita kan kawan, spender pe lu pakai hari ni wa tahu. kahkahkah!!
(maaf,tergedik)


amacam ??
alasan saya berpatutan tak dengan harganya ?
ibu, kalau tak mengadap lattop hari-hari,
penyakit lelah saya datang la.
hihik!
tapi saya respect la kepada manusia celik IT ni.
setakat nk godam sana sini,
dihujung jari dia je.
muahahaha
lain la macam saya.
blogging pun semput lagi.
so kepada sesiapa yang terfikir nk kutuk sana sini then main sorok-sorok pulak,
lupakan jela hajat dihati.
zaman sekarang,
ke lubang jamban pun orang sanggup cari.
asalkan puas hati!
ok, ke laut dah ni...

 mr.sedut
Sy sngt2 meny***** mu *** ku..
Hanye kamu d ***nie..

    •         si gayah sebelah rumah xsangka jiwang gak sedut ni.. mesti ko tharu kan fara..hrp korg bhagia smpai jinjang plamin...



  •          budakijaupendek erkkk..
             beliau demam rindu ni. haha
             mawi, aku rindu ko!
             mr.sedut ILY too! ♥



    p/s : another reason untuk mengadap laptop sampai lebam.
    hei, saya berkawan dengan mawi.
    ala, yg fofulor (popular) dulu tu. (nama mawi je yg sama, orang lain daa)



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 22 August 2011

SAYA JOIN CONTEST RAYA TEROMPAHCARING


Tadaa...!
saya join contest yang ke-2.
bangga sesangatnya. 
muahahahha..

reasons why i should be proud join this contes ialah :

- terharu dengar ayat terompahcaring. (membodek) 
   beliau cakap Tapi jangan risau, tujuan aku buat benda ni nak eratkan hubungan antara blogger.      Korang jangan jadikan hadiah sebagai satu tujuan utama. 

- beliau cakap kedai top.up tutup rayo nanti. ekekekek!
   mana boleh tutup, haruslah ada kredit sebab nk wish bagai dekat kawan-kawan kan ? kad raya dh la tak             bagi. hahahaha!

- saya amat jarang nk join contest tanpa sebab tertentu. malas la, kalau setakat copy paste macam ni boleh la kan. biasalah, orang lembap macam saya memang begini.




ok, saya dh melalut dh ni.
bukan itu yg terompahcaring mahukan.
so, follow the step ok.

=========================================================================

" hari raya ini kali ini best kerana saya buat tujuh jenis kuih raya. haha. 
walaupun ada yang buat lagi banyak, tapi itu je yg termampu bg kami sekeluarga.
lagi pun kerja pembuatan kuih raya 80% saya involve. so saya bangga la! bhahaha (gelak bangga)
raya kali ini best juga sebab dapat shopping sakan. ke hulu hilir ada bodygurad jaga time saya shopping.
raya kali ini best juga sebab saya dapat beraya ke rumah rakan-rakan by my own.
al-maklumlah, baru tahun ni dapat lesen kereta. kahkahkah!!


raya kali ini bertambah best bila bandi (abang sulung) cuti seminggu awal. dengan secara sengajanya, beliau akan menghulurkan duit belanja untuk saya membeli-belah. (walaupun ciput je)
raya kali ini memang la best sebab beraya diMalaysia, kerana tahun lepas saya beraya di Australia bersama atok mucuk2 saya. walaupun ramai yang cakap  

" best la ko fara, raya oversea gitu"

tapi pada hakikatnya tak best langsung!
pelita takde, bunga api takde, mercun tak berbunyi. sangat-sangat tidak meriah.
dan paling penting raya kali ini best sebab kesemua keluarga dapat berkumpul dipagi hari raya.
sebab dulu bandi (abang sulung) selalu tak dapat cuti dihari raya pertama.
confirm kali ni saya dapat duit raya dari beliau. muahahahaha..! "

=========================================================================


dan step kedua ialah


" raya kali ini tak best kerana bandi hanya cuti dipagi raya. malam raya dh berambus kena kerja. hahaha
tak best juga kerana atok mucuk2 saya tak pulang beraya di Malaysia.
dengan cuaca sejuk disana, beliau hanya beraya di Australia.


pun tak best raya kali ini sebab baju raya hanya 2 pasang. nk berpasang-pasang lagi weii.. nak, nak !! 
raya kali ini sangat tak best sebab langsir, perabot, sofa kat rumah tak ganti baru. kahkahkah!
tak jadi macam rumah datin godjes dh rumah i. sob3 ~
raya kali ni pun tak best andai saya tak dapat wish dekat rakan-rakan sempena aidilfitri macam raya tahun lepas.
siapa tahan nk call or mesej dari Australia weii.. haha
so kepada terompahcaring saya tetap nk top.up tu sebab kamu cakap kedai top.up tutup raya nanti. hihik! "

=========================================================================



step ketiga


adat contest mestilah tag blogger lain kan.
so saya mahu tag cik sleeping_maniac90 dan mr.ade2mama.
reason saya tag anda berdua sebab anda bertuah. hahahaha

tak la, saya tag sebab saya yakin kamu berdua tidak mampu menandingi saya.
saya tak rasa tercabar. muahahaha! (gurau wei)
another reason saya tag kamu berdua sebab nak kenenkan korang berdua.
korang faham ke perkataan "kenenkan" tu ??
ala, macam macth maker la. cari jodoh. kahkahkah!



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

SEKALI LAGI

Hye readers.. salam isnin.
kecoh serta kepoh bab shopping sekarang. haha
ehh lelaki pun kaki shopping. 
dh ada contoh pun.
bila cakap tentang shopping ramai yg bg respond,
so kajian saya mengatakan lelaki pun kuat shopping!!
muahahaha,
bangkang la siapa yang berani.
cuma kepala si lelaki tak la segila kepala perempuan time bershopping ni kan ??
lagi pun lelaki bajet nak tunggu bonus masuk dulu la,
like my brother ni.
kecoh berbincang dengan abah pasal bonus.
kot nak kongsi dengan saya takpe gak. ngagagagaga ~


maaf, semalam tak update.
seriusly sangat penat.
saya temankan bandi (abang sulung ) beli baju raya.
i'm prefer not to use words shopping sebab dia tak borong pun barang-barang.
hahahaha..
saya suka borong semua yang ada,
selagi purse terasa tebal.

perjalanan kami bermula selewat pukul 2 petang.
ok, memang lewat.
tapi nak mengejutkan bandi dari tidur, dh terkurang suku pahala puasa i. ngeh ~



bandi   :   lain kali tak boleh ke shopping ? bonus je dh masuk, gaji belum. tunggu 24 haribulan la.
fara     :    ko ingat aku driver ko ? ko nak, ko ikut. ko tak nak, get lost. aku dh penat menenyeh (menampal) bedak kt muka ni tau! baik ko bangun cepat.



ahhh miskut merry betol...!
beritahu saya lelaki mana yg senang nk bangun bila dikejutkan ?
yg pastinya lelaki tu bukan dari keturunan saya.

setibanya di seremban, 
saya dh hentak-hentak stereng kereta.
giler sesak...!
kami hantar kiela (adik) pulang ke asrama dahulu.
nk study katanya, exam dh dekat.
sesak dengan manusia boleh lagi mata tahan nk pandang,
ini sesak dengan kereta.
aiyama ~
belum lagi sampai dekat terminal one,
jalan dh jem teruk
ok, so whatever, salah kami sebab shopping lewat. muahahaha
lelaki, apakah yg kau mahu ?
shopping je la awal-awal.
tunggu bonus masuk la, gaji la.
lihat like me, tadah tangan mintak duit dengan abah. kahkahkah!
sila jangan contohi saya.



ibu       :   fara, ko cari parking dekat belakang bangunan ni. tempat abah ko parking dulu.
fara      :   ibu agak-agak ada ke parking ni ? macam takdo jo.. ponek (penat) nih..!
bandi    :   ko tunggu dalam kereta, aku pergi dengan ibu je.
fara      :   ha'ah la. kot ye ko shopping sekejap. keturunan aku takdenya shopping sekejap.



so saya ikut cakap ibu, saya park belakang bangunan yang dimaksudkan beliau.
padat, mampat, sesak, seksa !
1 words not enough to describe it. hahahaha
bukan apa, saya kalau dh penghujung ni suka beli kasut ke, aksesori ke..
kalau nk shopping baju sekarang ni, ha inilah yg kami dapat.
nk berjalan pun seksa, inikan nk mencuba pakaian.

oh yea, abang saya cerewet!
baru i tahu u olls...
mengalahkan perempuan yg sedang memilih kasut or handbag.


bandi    :    aku tak suka warna ni. aku nk warna yg menyerlah sikit.


kedai berlainan.


bandi    :    ala, kain ni tak lembut la. tak licin.


kedai dibahagian atas.


bandi   :   aku tak nak yg berbutang. nk yg cekak musang. 



even thought kami adik beradik, saya tetap tidak dapat menahan sabar.
walaupun sy shopping agak sama lamanya macam beliau, (keturunan)
saya tak menggatal dengan salesman or salesgirl dikedai tersebut.
beliau dengan selambe bergelak ketawa sedangkan kami (ibu dan saya) memandang je dari jauh.
selesai adengan drama saya terus bertanya



fara     :   dapat no perempuan tu ?
bandi   :  dapat.. abang ko kan ni. tapi mana ko tahu aku mengorat perempuan tu ?
fara     :   cara ko pandang pun aku dh tahu la.
bandi   :   camna ko tahu plak ?
fara      :   aku kan biasa dingorat lelaki. muahahahaha.
bandi   :  haktuihh... tapi ko betul gak kan. haha
fara     :  hah, apa lagi. sila la bangga ada adik macam aku.



selang 5minit kemudian, mr.sedut tiba.
kami teruskan lagi usaha memenuhi permintaan bandi.
walaupun agak demand, kami tetap setia.
ibu yg paling kuat melayan.
sedang kami memilih songkok untuk beliau,
terjadilah adengan tersebut




mat saidon    :   brother, ni sapa ? adik ke awek ?
bandi            :    weihh.. adik wa ni. ko jangan kacau pulak.
mat saidon    :   ehh baguslah adik brother. saya boleh mengorat. hye awak **senyum gatai**
fara               :    (pura-pura pandang ke arah jalan raya yg sesak)
bandi            :     ko nk ngorat adik aku, ko bg aku diskaun  songkok ni. (saya dipergunakan)
mat saidon    :     no hal brother. kasik murah punya. asalkan adik brother comei. kan3 ?? hihik!



kami berambus secepat mungkin selepas kejadian tersebut.
dengan tak semena-mena mr.sedut mendekati.


mr.sedut      :    apsal mamat tu tanya bandi je ? ni ha, tak berani pulak dia tanya.
fara             :    saya pun tak dengar pe lelaki tu cakap tadi. pe dia cakap erk ??  ( pelakon handalan)
mr.sedut      :    pstgfl @$#!!! oh ok. baguslah kalau kamu tak dengar.

fara             :    pe dia cakap tadi ?
mr.sedut      :    tak penting pun kamu nk amik tahu.
fara             :     oh yerk ??  (muahahahhahahahhaha!!!)







dikedai kasut. membeli selipar raya bandi.


hampir pukul 4 petang,
kami mengundurkan diri.
ketika sedang cuba menghidupkan enjin kereta,
saya terpandangkan sehelai kertas putih yg diselitkan dicelah kereta.
setelah diteliti dan ditelek,
saya mengetahui yg bahawa kami telah pun DISAMAN.



fara     :   bandi, ni salah ko. ko bayar.
bandi   :  apa salah kita ?
fara     :   memang takde line kuning kt sini tapi ni bukan tempat parking. takde pun petak parking kt sini.
bandi   :  ibu, salah ibu. ibu yg suruh fara parking sini tadi.


kemudian berlakulah adengan bahasa kasar antara kami sehinggakan terpaksa disunting.
kami membebel sambil bertengkar dalam kereta.
hahahahaha..
hambik ko,
tiba-tiba rasa kaya semacam.
baru habis duit shopping, saman pun datang.
SAYA ORANG KAYA. HAHAHAHAHAHHH!!  (gelak setan)


nk keluar dari kesesakan lalu lintas ni bukan mudah.
kami sepakat untuk berbuka puasa di food court.


ibu    :   ibu nk makan dekat food court giant la. dulu ibu pernah makan dekat situ. sedap nasi ayam ikan masin dia. naik terus darah ibu. haha


kami turutkan walaupun niat dihati tak merelakan.
haha, tak ikhlas punya anak.
sementara kami menjemput puteri gayung (kiela) diasrama,
mr.sedut pergi ke food court dahulu.


menunggu puteri gayung diasrama beliau.


kami turuti beliau selepas jarum jam menunjukkan angka 6 petang.
berborak  bagai la before menunggu waktu berbuka.



kiela    :   dh pukul berapa ek ?
ibu       :    boleh dh ke nk order ?
bandi   :    ko nk makan apa fara ?

fara     :     
               aku tak larat wei...



ala, jangan la cakap saya over.
hahaha..
tapi memang penat.
tak sahur pagi rasanya ni. (tipu!)
dan kami juga pergi menimbang berat badan dan mengukur ketinggian.
and here's our result


mr.sedut  --->  ketinggian 171 cm.
               ----> berat badan  71kg

fara        -----> ketinggian 151 cm. (pendek siot!haha)
              -----> berat badan 58kg


ahh jangan la kutuk.
penat diet nih!
kahkahkah!!

 " never shame to be yourself "


ayat mana ntah saya rembat je.
but at least mr.sedut berat lagi dari saya kan3 ???

honestly memanglah happy walaupun penat.
mr.sedut setia menemani.
kami berbuka penuh lahap.
dan paling penting ulser mr.sedut dh semakin sembuh.
ucapan terima kasih sy tujukan kepada ibunda beliau.
muahahahha.
eleh.. mr.sedut nk tunjuk gagah depan i ke ??
kahkahkah!!


model giant pencen.


mr.sedut belikan cool blog. yey  ^_^


puteri gayung tengah lapar




menanti waktu berbuka. muka saya macam tengah sembelit je.



pose gedik dari ibu. hahahaha!


muka puas dapat shopping. (tp mcm tak puas je)



menu for me and mr.sedut. beliau sengaja nk makan makanan sama. konon sweet ?? haha




cantik tak saya belitkan tudung ibu ?? hihik!






peace lagi ? ntah sapa la cakap tak boleh buat tanda "peace" ngagagaga



ehh sama pose lak ??






selepas berbuka kami singgah mcd drive thru pula,
(sila anggap kami kuat makan)
then singgah ke rumah kenalan ibu semasa kami keil-kecil dulu.
i mean kawan ibu yang lama dh dia kenal.


borak punya borak mr.sedut sebenarnya kenal anak dia.
goshh.. kecilnya dunia.
anak mak cik ita kawan kami ketika kecik.
i mean ketika hingus dilap menggunakan tangan tanpa alas lagi. hahaha.
dan mr.sedut kenal anak dia time mereka bersekolah rendah.
nasib baik anak-anak mak cik ita tiada dirumah ketika kami datang
ngagagagaga ~
kami pulang dengan keletihan yang amat sangat.
bandi siap berdengkur lagi on the way balik rumah.
cettt tiba-tiba rasa jadi orang gaji dia pulak.



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.