Sunday, 24 July 2011

NILAI3 #2

hye,salam ahad. :)
sejak kebelakangan ini,tak faham dengan ibu abah.
suka memenuhkan aktiviti lapang dengan mengunjungi Nilai3 tu.bernilai sangat ke??
duit yg tergadai ada la.ngagagaga..
sedar tak sedar,dh dekat bulan Ramadhan.oh tiba-tiba nk bermuhasabah diri.
terawih..bersedekah..waa..rindunya dan tak sabar nk buat tu semua.
ops..sedekah time Ramadhan je ko fara?
ermm..hehe.bukan apa,agak serik pulak.sb dulu pernah je sedekah dekat orang yg minta sedekah tepi2 bahu jalan ni kn.tup2 masuk berita kebanyakan peminta ni boleh siap tidur hotel sebelum memulakan kerja meminta sedekahnya itu.
what??
tertipu pulak rasa.yg masuk berita tu pun peminta dari kawasan sy memberi sedekah tu.
aishh..tipah tertipu sudah..takpelah,halal jelah kn.berapa sangat setakat RM** tu.ciput je pun.yg penting ikhlas kn?
ok,adik kesayangan balik bercuti hujung minggu ni.abah pun kebetulan balik sini jugak.
kami sekeluarga hampir complete cuma tanpa kehadiran abg sulung.
so kami sekeluarga pergi la menghabiskan duit di Nilai3.

mum with smiles in her face.ibu,tak panas ke??


tapi serious,memang panas!





kesian dia..pakai baju sekolah lg.hihik!





antara kedai-kedai yg terdapat di Nilai3.


memang panas cuaca hari tu.fuuhh..tebakar lemak dibadan.tepat sangat2 keputusan ibu abah nk bershopping sakan sebelum bulan puasa ni,time bulan puasa buat ni semua?
no..i cant imagine that la.
sambil berjalan,sambil mengisi perut.
si adik mucuk belikan cheese tart.gosh..sedap!
dia cakap tempah dari cikgu dia.diatas box tu sy terbaca tentang blognya sekali.
disebabkan cheese tart beliau sedap,sy promotekn la..free of charges :)




http://dqhaisesblogspot.com/



memang cheese tart ni sedap.blueberry inside the tart memang menambahkan keenakannya.
harga RM1 untuk satu cheese tart.normal la kn? berbaloi dengan rasanya yg sedap :)
so kami makan sepuasnya..




blueberry inside.taste good like it's look alike.





hey it's mine.this time,sharing it's not allowed.haha!




berjalan sampai ke petang,kami sempat jugak singgah ke Marry Brown.honestly i've never try it before.
tapi perut dh lapar,kami tibai je.abah pun makan walaupun beliau kurang gemar dengan fast food.
and it's quiet good la.ahh dh lapar,hulur nasi putih kosong pun jd sedap.





ok,that's not all for her.










i'm just noy satisfied with the servis,pekerjanya mat bangla??
urm agak menjengkelkan bila mat bangla keep looking at me while i'm eating.
apa? nk skit ke?
nevermind,as long as we having fun that day.bukan selalu dapat spend time dengan adik sorang ni. :)
kami pulang dengan had muatan melebihi daripada yg dibenarkan.
ibu abah kalau ke Nilai3,takkan pulang dengan tangan kosong..



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Thursday, 21 July 2011

KECUAIAN

Lalalalalala ~
tiba-tiba terasa senang hati.tajuk entry diatas memang ada kaitan dengan sy.tapi orang tu pun CUAI gak.
yelah,bab pelupa memang sy tak nafikan.sy dikategorikan orang yg pelupa.
tahap kronik tak lg,masih stabil lg ni.macam bab tarikh lahir family,bestfriend,mr.syafiq..
Ok,apa itu kecuaian??


Kecuaian atau kelalaian ialah keadaan tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Lalai selalu dialami oleh manusia yang leka dan asyik dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Kecuaian merupakan satu konsep sah dalam undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa memberi pampasan.
sumber : MR GOOGLE la.hehe.


pampasan tu.haha.tapi kalau situasi begini??


Disuatu pagi yg sejukkk...

fara   : baby,cepat.aku hantar ko sekolah.dh lewat ni.siapa suruh ko snooze alarm tu hah??
baby : tak membebel pagi2 tak boleh ke ko? pergi la start enjin dulu.
fara   : hah..mana pulak kunci ni? ko letak mana kunci semalam baby?
baby : hei hamboi..mak cik,ko yg last guna semalam.aku pulak...


ok,sy cari tempat paling senang la kn,box tempat gantung kunci tuuu..tiada..meja solek? tiada... tempat letak helmet? pun tiada..fine! jam dh pukul 7.30 pg.sah memang laju sy bawak motor nanti.dimana? dimana ko kunci?
ok.lastly jumpa dekat motor tergantung baik punya....! nk mintak pampasan dari siapa?
biasalah la tu kn,kalau nk cepat,time tu la semuanya takde,kunci la tertinggal,purse la tertinggal.gelabah la katakan.
tapi kalau cuai tentang benda penting?? or something yg kalau difikirkan bakal hilang dan agak menyusahkan diri sendiri.seperti :



abah : fara,ke sini ko kejap.turun bawah sekarang.
fara   : err..kenapa bah?
abah  : nk tanya,mana ko letak pasport ko?
fara    : dalam laci meja sy.
abah   : ko pasti?

fara    : kurang pasti.err..sy cek jp.
abah   : tak payah.disini pasport ko..
( sambil abah menunjukkan pasport ditangan beliau  )

fara    : abah ni..sengaja nk tengok muka remaja sy.mengada-ngada..hihik!
abah   : hah..tebiat ko? abang yg jumpa pasport ko tadi.tulah ko,cuai.CUAI!!
fara    : errr..ok2.sy naik atas sekarang. ( takuttt...sob3 )

huuu..kena marah sebab cuai.tapi ada jugak orang lain yg cuai.hehehe..
seperti..contoh terdekat ialah Mr.Syafiq a.k.a Mr.sedut.sedut tu nama panggilan beliau.sebab apa sedut?
hanya mereka yg penting je tahu. :)
selain dari hobi beliau skodeng sy,beliau pun sama jugak cuai macam sy.wah..sedapnya mengutuk beliau.
setahu sy,beliau sudah kehilangan beg kesayangan yg diberikan oleh ayahanda yg sudah berusia 4 tahun.
memang dia sayang beg tu.even nampak agak........faham2 jelah.dh 4 tahun kn..hihik!




ini beg tersebut.teeettt..tipu! itu beg girl.

inilah beg yg dimaksudkan..ahh..gila poser mr.sedut ni,kahkahkah..

sebelum ni,memang dia akan bawa beg tu kemana-mana sahaja.ke tempat kerja pun dia bawa.sebab mr.sedut banyak make-up yg nk dibawa.bedak compact lg,eye liner.( tipu3! ) oh,memang sengaje perli sebab dia sendiri pernah bertanya
" sy macam perempuan ke bawak beg macam ni kemana-mana? "
tapi sebab CUAI..dia kehilangan beg dia tu.ulasan beliau ialah :
 " sy pun tak pasti bila sy hilang beg tu.macam mana sy nk cari katne beg tu hilang sedangkan sy tak sedar pun dh hilang.sedar pun sb nk amik kunci kereta,tup2 dh hilang.nasib baik duit sikit je dalam wallet.hahahaha " ( gelak? wallet hilang boleh gelak? )


wallet2,kenapa ko hilang ditangan orang lain.masuk la poket sy ke.ngagagaga ~

antara barang yg dilaporkan hilang ialah kunci kereta beliau,wallet including i.c,kad bank,lesen memandu.
 barang2 penting tu bg sy.bg dia? entah la.dh hilang i.c apa lg,bayar la brother.mahal tu.eiii...membazir duit je.baik pergi salon cuci rambut ke,beli lolipop ke,or beli cheese tart ke..
kehilangan kedua beliau ialah kunci motor.


sedut : tengah tunggu kunci motor spare ayah bawak.kunci motor hilang tadi.
fara   : macam mana boleh hilang?
sedut : ntah la,alih2 dh hilang je.
fara   : penjelasan atau ulasan tu?

sedut : sy tak sedarlah.mintak maaf.
fara   : kenapa cuai ni..huh..kalau awek hilang mcmmna?

sedut : tak..awek takkan hilang.huhu.


cuai lagi...boleh tak kita nk elakkan cuai ni?
macam ibu sy.dia pernah naik motor tanpa helmet.baru keluar 1minit je dh patah balik.sy tanya kenapa dan beliau jawab
 " aku terlupa pakai helmet.patut pn ringan je kepala "
erkk..ibu?? nk kata takde kesen dh ada.bukan P lg dh pn.nasib sedar.kalau tak sedar lalu pulak depan balai? jawab sendiri la bu..hehe


* conclusion : kecuaian sudah sebati dengan manusia.tidak dapat dielak lg :)
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Tuesday, 19 July 2011

SALAH SIAPA??

Salam selasa.hye semua.
semalam tidur awal sikit.pukul 2.30pg.awal kn?
bangun je pg,sy tak on laptop.
turun bawah,kemas dapur..ibu suka pergi kebun,kebun dia katakan..nk jenguk tiap2 hari.
so teletubies yg dh bangun lewat ni ditugaskan mengemas dapur dan masak nasi.
selepas membantu ibu memasak,sy naik la bilik semula.
konon nk dengar lagu je.time ni tak best blogging,kepala takde idea lg.hehe
so on laptop..mula2 tengok video time sambutan hari kejadian sy yg ke 20 tahun lepas.
ak..sunyi je? sy agak video tu memang takde sound sb record pn guna camera digital je.
beralih pula ke satu lg video.video koleksi kucing2.hee...suka record kucing belakang rumah ni.
tapi takde sound jugak.haishhh..!
sy bukak lagu,tak dengar jugak.
kenapo ko laptop?
baru2 ni pun laptop baru je lg rosak.sebab?? err adik yg guna that time.tp tak salahkan dia.
akibat?? abah la yg tanggung..ngagagaga ~
sekarang dh elok tapi tiba2 hari ni buat hal.
ko jangan laptop,hempas atas bantal karang..haa...
sy pn jadi la sepert tikus mengorek labu. <==  ayat sebelah tak betul.abaikan.
cek sound,ok je.volume dh 100 ni.confirm.haha.
dh start ketuk2 keypad,sekeh2 laptop ni sikit.
kedengaran la sedikit bunyi.tapi tak kuat.
musykil sangat2 dh pun.tiba2 sy terpandangkan benda yg kecik molek ni.


ini kejadahnye yg buat sy tak dengar sound takdi erkkkk???



yup..inilah dia.tersemat di laptop ni.

ermm..nak salahkan siapa ek??
semalam yg shutdown laptop me... M.E..
boleh tak nk marahkan earphone yg kecik molek tu?
sb hati geram ni,tercari2 puncanya.salah siapa laptop ni tak berbunyi,rupanya salah f_r_.

*kenapa sy begini.huuu..bengap sangatkah sy??

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Monday, 18 July 2011

BILA TAK PANDAI MENARI

hye..salam isnin.haha,muak tak tiap2 hari sy sebut "salam AHAD,salam ISNIN,salam SELASA,salam RABU dan selainnya"
ala..takpe,at least sy ingatkn HARI INI HARI ISNIN.ngagagaga..
ok,bukak blog tadi sy telah ditag oleh
yg baik hati.cuma sayangnya sy kurang arif tentang link ni.lg pn banyak sangat nk di link.hee..kalau setakat copy paste,confirm sy buat.sonang bobonar.haha..
mohon maaf ye cik bulan.tak buat pun anda tak rugi.sy yg rugi.lalalala ~
dah memanjakan diri dirumah ni,menonton televisyen memang la sudah sebati dalam diri.
semalam keputusan rancangan MARI MENARI yg disiarkan di astro ria telah pun tamat.
ahh..tak kisah siapa pemenangnya,cuma tengok penari tu je.
respect memang respect sebab ada dikalangan ayah dan anak : adik lelaki dan kakak
mengeratkan silaturahim katakan.
dulu,masa kecik2 memang ternganga tengok orang menari ni.
1st time tengok tarian ulik mayang umur 12 tahun.chop! ulik mayang or ulek mayang?? tak pasti tentang tu.
konon dh meningkat ke alam keperempuanan,kena la minat tentang tarian ni..* sila jangan tergelak* 
that time kn duduk Terengganu,so ulik mayang memang popular.
sedikit kisah tentang tarian ini.
Ulik Mayang sebenarnya merupakan kisah mitos di Terengganu yang mengisahkan tentang percintaan dua insan yang datang dari dua alam yang berbeza.
Kisah percintaan mereka cukup indah namun tragis apabila mendapat tentangan akibat perbezaan alam.

*sumber : utusan online

ha..itu serba sedikit.sikit dh la kn?
dulu time kecik bukan faham pun,yg tahu nk nyanyi lagu je.bukak mulut sudah..lirik haram tak tahu.
bajet pandai la.kawan sebaye respect woo...
tapi sekarang lagu ulik mayang pun dh diperbaharui.ala2 rap gitu..
ntah,sy tak amik kisah gak.normal pd usia macam tu,mesti terikut2 nk join step kn.haha
mengaku ni..tiap2 petang pergi la menghadirkan diri dilatihan akak2 dan abang2 yg kononnya dianggap hensem sb jd putera pujaan dalam tarian tersebut.ahaks..!
buat menyemak,ikut menari bersama.dengan harapan sy pun terpilih menjadi sebahagian penari.erkk..sengal?
sehingga sekarang,memang sy tak pernah join mana2 tarian.walaupun hati ini menginginkannya.
jari tak lembut ka? or ko pendek sangat fara?
ala..cuma kecewa tak terpilih 9 tahun lepas kot.muahahaha..



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Saturday, 9 July 2011

FAKTA MENARIK BINATANG

                                                       GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA


1) Semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Badak air memang kuat makan.boleh menelan makanan sebanyak 150 paun sekali menjamu selera.

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung.bukan satu atau lima.

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

11) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

12) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

13) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

14) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

15) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

16) Rama-rama tidak mempunyai perut.

17) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

18) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

19) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

20) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

21) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

22) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

23) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

24) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

25) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

26) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

27) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

28) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

29) Buaya pula tidak boleh mengundur.

30) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

31) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.


10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.


tapi sampai sekarang saya tak dapat jawapan kepada persoalan apa yang wujud dahulu??
    AYAM atau TELUR ??
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Friday, 8 July 2011

4.10 a.m : 1st posting

salam..
huaa...mata bengkak dan pinggang sakit.
kerana mengedit blog ini.
ok.permulaan.
sedikit latar belakang,blog ini memang pernah wujud sejak dari tahun 2009.
penghujung tahun 2008 dan awal 2009.
erk,cakap macam keling!
maaf,sy berketurunan melayu.
nama masih dikekalkan BUDAKIJAUPENDEK.BLOGSPOT.COM.
didelete kerana ketiadaan bekalan internet dan kelajuan yg superb untuk mengupdate blog.
masih tidak mahir mngenai blog2 ni.
tp skrg dh ada wifi,bangga!
even abang yang membayar tiap2 bulan.
so akan belajar semula.
budakijaupendek mmg refers to me.
me,like green.heee.. :)
pendek oleh kerana kurang ketinggian.habis cerita.
memang waktu ini tak sesuai mengupdate blog.
tapi ternanti-nanti followers yang pertama.
huuu...dulu pergi dlete sangat without say goodbye.
sekarang sunyi..sob3 ~
innz...help me??
kita kn sama-sama fara.
hihihik *sopan gelak ni*
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.