Thursday, 22 September 2011

BERDIRI SALAH, DUDUK PUN SALAH.

Salam readers.


ehh nak tanya something la.
manusia nilai orang dari segi apa ??


==  kedudukan.
==  harta.
==  pelajaran.
==  tingkah laku
==  kecantikan.



tak dinafikan manusia banyak ragamnya.
tingkah laku, peragai dan cara kita berfikir kadang kala berbeza.



kedudukan.

zaman sekarang beritahu saya siapa tak pandang kedudukan ?
bercakap boleh la...

" eleh, kaya pun kalau keluarga tak bahagia buat apa "

tapi adakah kedudukan tak dipandang bila

" ehh pengarah datang tu. jom salam cium tangan dia dulu, dapat la kita bantuan anak pokok free nanti. "


siapa cakap kedudukan tak penting ?
pergi makan bontot ayam sekarang.



harta

no money no talk la dear.
ngeh ~
nak berak dekat tandas awam pun kena 30sen.

" biar kita miskin asalkan kita tak hina orang lain "

tapi cuba la anda pergi jalan-jalan dekat Sunway pakai selipar jamban

" ehh tengok minah tu. selipar sengkek dia pakai. hape klass ko.. minah kampung mana la masuk ni. tak silap aku tu budak kolej kita ni. cepat blah wei, kang dia tegur kita pulak. malu aku, malu...! "

habis sopan aii mengata ni nyah ~

pelajaran

zaman sekarang spm tak laku dh..
paling tidak pun perlu ada sijil kemahiran.
yg tu paling low level la orang cakap.
isi la borang SPA8 tu sepuluh kali pun,
kalau ada rezeki dapat la interview sekali dua.


kemudian diletakkan dalam senarai menunggu.
pehh berjangkut si gadis menunggu.

" ehh ingat budak U tu bagus sangat ke ?? lepas graduate tanam anggur gak belakang rumah "

tapi kalau la SPM tak lulus.

" ahh buat apa rajin pun. toreh getah jugak.! BM pun tak lulus, ada hati nak ke anak perempuan aku. ko nak bagi anak aku makan getah sekerap tu ke ?? "




tingkah laku

tingkah laku maksud saya ialah peragai kita.
kalau perempuan tu sopan bercakap lemah lembut,
duduk kepit kain,
senyum tutup mulut,

" eleh.. letak lipas atas peha, mencarut-carut latahnya tu. macam la ayu sangat. puii.! "

kalau si jejaka peramah berkawan dengan ramai orang,
menegur sapa orang yang dikenali di pejabat,

" jantan tu playboy la. pura-pura je baik tu, padahal gatai merenyam. eeii.. jenis macam tu jangan dilayan je. "




kecantikan

bukan semua ada kecantikan luaran.
bukan dari segi rupa je.
bentuk badan pun boleh dikira sebagai kecantikan luaran.
tapi kalau la cantik tu tak penting,
kenapa kilafairy jadi kegilaan ramai jejaka ??
dan bukan adibah noor ??

kilafairy

saya pun cair tengok bibir munggil kilafairy tu.
rasa nak tarik-tarik bg makin lebar.
hah ok, ok.
saya dengki beliau hot..!
kahkah!



so jawapan anda ??
manusia nilai orang dari segi apa ??
for me baik buruk boleh diubah.
kalau dia tak educated,
mana tahu dia rajin, meniaga pasar malam pun jadi la.
tengok je meniaga pasar malam tu,
dalam beg gantung tu tebal duitnya.



tengok je dia skema pakai kasut Bata time sekolah dulu.
tenyeh (tampal) kan make- up sikit.
pakai shawl lilit depan belakang.
hah klass ko gayah..


yang penting,
sebelum nilai orang,
nilai diri kita dahulu.
SEMUA yang kita ada TAKKAN kekal selamanya.
pesanan kasih sayang ini dari  :   budakijau



nota jari        :       can u feel my kasih sayang ??
ok, i get it. u hate the way i ending my entry.  =.=
tiba-tiba rasa nak makan pizza guna straw pulak.
: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

30 comments:

WuMing said...

Betul tuu.. Semua tu penting... Tapi bila ada duit dan pangkat... Semua orang pun hormat

Walaupun duit tu datang dari duit rasuah, duit haram...

Orang tetap cuim tangan...

yen(toka ziizokukuto) said...

terima kasih sebab berkongsi,,,haha nice entry ni,,,,biasalahtu,,,benda ni sama macam kehidupankan,,,

zaman sekolah2 dulu-kita ada masa,tenaga,tapi takde duit

zaman kerjaya-kita ada duit,tenaga tapi takde masa

zaman tua-kita ada masa,duit,tapi takde tenaga dah :)

hanya berkongsi :) susah nak dapat yg perfect tu :)

Tukang Karut said...

betul ke nak makan piza guna straw? bukan takat piza je, semua makanan pun boleh kalau nak... hoho...

kura said...

yg HARTA tu mcm.. ok. ini semua isu sensitif dan setiap org ada streotaipnya. wuhh.

shahrul ™ said...

semua penting..bagi balance laa..err,tp knapa mesti mkn pizza ngn straw? mcm cool ja..kna try nie..haha

Azie Azman said...

haha..azie pilih hati budiii!
cheewah!haha

budakijaupendek said...

WuMing : kalau tak takkan la wujudnya pangkat "dato,datin,tan sri" semua kan ??



yen(toka ziizokukuto) : betul. nothing perfect pun dlm dunia ni.



Tukang Karut : jom la join sekali. haha!




kura : sensitif la sb kdg2 saya sendiri pun menilai orang mcm tu. naif... haha

budakijaupendek said...

sharul : try la. memang cool...haha!

ORLANDO AHMAD said...

dari segi ilmu tapi bukan dari sudut sijil tinggi mana...

merahitujambu said...

duit penting..=p..boleh x beli beras dengan cinta??pakcik nk beras sy bayar dengan cinta sy dekat dia..=p..semua penting!!

Mohd Izzar said...

hoho. giler dasat.
xda ke yg hormat org tu sbb dia kuat pegangan agama?

miratun madihah said...

manusia macam banyak ragam dan fi'il sendiri. tapi kita rasa kan kak fara,semua penting kalau tak kita ni macam endah tak endah depan manusia je

~SaL IjOu~ said...

kita dinilai dari setiap sudut setiap penjuru~ kehidupan sememangnya begitu~ =)

cik sakdi said...

aku xpandang sangat org ni sbb aku rabun. haha kelaka x?? ok main2 je fara.



aku pandang perangai. walaupon perangai aku hancur jugak. kehkeh

sleeping_maniac90 said...

ak plih rupa mwahahahahaha
ohh aaron ajiz, jangan sumaph ak kne pnah petir huk3..

sleeping_maniac90 said...

ak plih rupa mwahahahaha
ohh aaron ajiz, jangan smpah ak kne pnah petir huk3..

aiman fanboy k-pop said...

yeahhh...nice entry..tak dinafikan manusia pandang benda2 semua tuh..
manusia nih bnyak ragam.....^^
errmm..tak tahu lah...^^

Lia Irdelia said...

hhahaa.. biar cantik luar dan dalam.. :)

AIEN NOT ALIEN said...

suka semuanya..

manusia memang suka nilai menilai ni..kalau tak mana nak datangnya kualiti?

ya...kualiti... kualiti yang mempunyai nilai atas garis panduan yang ditetapkan sendiri oleh si penilai......

susah nak puaskan hati semua orang, biar tak berharta, tapi janganlah sampai merempat.....usaha perbaiki diri sendiri....

Pn. Sheila said...

iman dan tanggungjawab...

aku said...

ak pilih tingkah laku kot...tp org kta slagi xknal,kite xtau sifat dlmyer kan.. :)

iMBobo said...

kedudukan penting, yg stabil lg ok :)

cik ungu said...

orang yang selalu tak puas hati kat orang lain tu tak reti bersyukur,

tengok org lain lagi cantik, pujian utk Allah. tgk org lain lagi kaya pun pujian utk Allah. tengok orang lain ramai kawan pun pujian tetap pd Allah,

kan semua yang jadi dgn izin Allah. Ramai orang walaupun educated, tapi hati mati.

Ungu Violet said...

haha...x bleh blah tengok kucin tuh duduk terlebih sopan dr diriku...haha


xyah nilai sume tuh...nilai dr hati budi dia dah cukup...huhu

budakijaupendek said...

ORLANDO AHMAD : setuju :)



merahitujambu : hehe. kena halau dengan pak cik tu nanti. silap-silap kena pelempang. haha



Mohd Izzar : bab tu orang cakap bajekk alim pulak nanti.



miratun madihah : betul tu madihah. sebelah mata orang tak nak pandang kita.

budakijaupendek said...

~SaL IjOu~ : setuju :)



cik sakdi : ok, mula-mula kelakar. haha. takpe sakdi, kita kena sedar diri. hahak!



sleeping maniac90 : tak habis dengan aaron aziz. hehe



aiman fanboy k-pop : terima kasih. entry hnya utk renungan bersama. :)

budakijaupendek said...

Lia Irdelia : setuju tu =)



AIEN NOT ALIEN : sokong.! =)



Pn.Sheila : setuju jugak. =)



aku : tingkah laku penting kan ?

budakijaupendek said...

iMbobo : haha, yg tu penting utk calon suami.



cik ungu : educated tp hati mati. sokong ayat tu.



Ungu Violet : kucing tu malu la. hehe. hati budi mengatasi segalanya =)

ade2mama said...

ala dorg sume poyo..ble susah bwu crik yg xde DUDUK ny hehehe..
no money no talk..

ble xde duit da bankrap..tu ha..tepi jln duduk bersila eheh

Fatin Mraz said...

hi fara, apa yg dipandang x kisah la.. yg penting hati kita.. dari hati akan nampak pada luaran..

copyright@budakijau.do not copy.