Wednesday, 24 August 2011

SEBATI DENGAN ALASAN #2

Hye readers.
assalamualaikum..
jangan baca je, jawab sekali.
kang tak pasal-pasal dapat dosa kering.
bukan salah saya.


ingat lagi tak tentang entry ni,
ramai rupanya berhati mulia menasihati saya.
orang bajet comei dengar cakap ok.
so saya dengar nasihat yg diberi oleh mr.ade2mamacik lea isnawi dan cik azie azman.
mereka kan prihatin. muahahahha..
dan tak lupa jugak cik queila (hunny bunny) *betul tak saya eja?* yg bersama berganding bahu mahu mengemas rumah masing-masing.


ha.. kuih raya je ke atas meja ?


semah      :    ala gayah, cantik betul balang kuih ko.. kuihnya pun banyak isi.
gayah       :    ehh mestilah. penat siang malam aku membakar kuih ni semah oii.. godjes tak bentuk kuih aku ni ?? hehe
semah      :    cantik la sesangatnya oii.. tapi kuih je ke ? mana rendang ko ? ketupat ko ? kot nasi himpit pun jadi la semah oii... tekak aku tak lalu telan kuih je. manis bebenor. nak jugak pedasnya...



mana complete raya takde rendang kak oii..
nasi himpit, kuah kacang, mak oii.. sodapnyo...  (tengah kebulur)
ok, stop.
so anda dh cari bahan-bahan untuk rendang ke ??
menu utama mesti rendang.
tapi kalau rezeki lebih, ada yg buat kuah kacang, lontong, sambal sotong dan macam-macam lagilah mengikut tradisi keluarga.


kalau tengok dalam tv, 
latar belakang keluarga dari johor, buat laksa johor.
hamboiii.. meleleh air liur sat..
anda macam mana ??
ha, ramai orang kedah ni. 
utara mari.. kongsi la resepi keluarga anda dipagi raya.
moh la kita bersama-sama menelan air liur.
terliur dengan juadah hari raya nanti. muahahahahha..


jadi hari ini saya menemani ibu ke kebun beliau.
perjalanan mengambil masa 10minit dari rumah ku syurgaku,
ala.. 10 km je kot dari rumah.
resepi kami sekeluarga ??
selalunya ibu mesti dan pasti akan memasak rendang.
samada rendang daging mahu pun ayam, ibu masak je.
tapi this year we prefer to choose masak rendang daging.


tak la, cuba anda bayangkan..
kalau ayam dikerat 12 ketul atau pun 14 ketul seekor.
barapa ekor ayam diperlukan untuk memuaskan selera rakan-rakan yg datang dengan tank kereta api ??
kot ye seorang seketul.
kalau seorang 4 ketul ??
dengar ura-ura harga ayam meningkat naik lagi ??
bekalan ayam je yg cukup, harga naik jugak
yelah, siapa nak beli ayam kalau mahal ??
hahahahhaa..
kalau daging boleh la dipotong kecil-kecil.
ha, pandai tak saya ??
jangan la cakap saya kedekut, tapi berjimat. ngeh ~
saya ikhlaslah. haha.


selain dari rendang,
ibu suka buat lontong.
dalam lontong tu ibu suka campurkan dengan pelbagai jenis cendawan.
cendawan butang, cendawan kering.
dan juga sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah, dan sengkuang.
anda tahu sengkuang ??
sengkuang tu sayur ke buah erkk ?? 
hahaha, sila la beritahu saya cepat-cepat sebab saya tengah confius ni.
dicampur pula dengan sambal sotong.
ok, sotong bukan sotong putih tapi sambal sotong merah.
u know what i mean ??
sotong merah a.k.a sotong kurita nama timangan yg kami beri.
bukan sotong yg bapak gedabak tu. hahaha


giler susah nk cari gambar sotong ni!



then ibu nak masak kari kambing.
perrghhh.. berat saya jadi 70kg la raya ni. kahkahkah!!
dimakan bersama nasi minyak.
menjilat pinggan betul.
tapi kesemua menu ni bukanlah dimasak serentak.
berlainan hari,
bergantung kepada lawatan rakan-rakan dan sanak saudara.


dh puas melelehkan air liur anda ??
jom follow saya ke kg halaman orang tua ku. hihik!
ramai mengadu santan mahal ??
disini dengan bangganya saya mengumumkan saya dapat santan free dan fresh lagi.
takde campur-campur air ye.
dimana ??
di kg sayalah.  ^_^


merajinkan diri teman ibu ke kg hari ini.
tengok buah kelapa bergelimpangan (berselerakan), saya kutip dan longgokkan disatu tempat.
oh tiba-tiba rasa suka ada kg sendiri.
daun kunyit, kunyit, serai, buluh, daun pisang semua dapat free.
kerisik pun dapat free nanti.
dengan kudrat yang ada, saya mula la mengupas a.ka. mengopek kelapa satu persatu.
peluh manisku melimpahi bumi 5minit kemudian.
bhahahahahaha..
5minit dh semput puasa-puasa ni.


haduuiiihh... memang tak larat rasanya.
walaupun saya menggunakan alat bantuan, saya tetap merasa letih kerana terpaksa mengupas sebanyak 15 biji kelapa.
do u hear me ??
" terpaksa" dan "15 biji kelapa"


hah, siapa cakap

" eleh, sikit je tu. aku pun boleh"

so sila la bantu saya. hahahaha
cakap senang la, saya ni perempuan ayu.
buat kerja macam ni.
terputus urat kentut gak la rasanya.



mr,sedut   :   kamu sorang je awek saya yg buat kerja kampung macam tu. huhu. tengok muka comei je (muntah la banyak-banyak. batal puasa anda. haha) tapi tak sangka kamu pandai buat kerja macam tu.



kejap. "kamu sorang je awek saya?"
berapa awek kamu mr.sedut ??
hahahha, hamboi.. hempuk dengan senduk kang!
ehh harus la pandai.
ibu abah asalnya dari kampung.
perlu la mendabik dada melakukan kerja yang tak seberapa ini.
hah belum suruh cari buluh buat lemang lagi ni. kahkahkah!!


what ??
bandi (abang sulung) mana ??
orang tua tu sakit gigi.
merengek dari semalam lagi.
rasakan dia balasan Tuhan sebab tak nak mengaku adik dia anggun.
muahahhahahaha..



alat bantuan mengopek kelapa. ok, ni gambar awal tahun la. hihik!

muka mintak air ?? haha, dahaga makk oii..

kenal tak ni apa ?? kalau tak kenal meh nak hempuk kepala tu.



buah kelapa dalam gambar memang tak cukup 15 biji,
sebab dh bg mak lang (mak sedara) setengah dari hasil kutipan.
nk masak kambing sekor ke sampai 15 biji.
hahahaha..
so rakan-rakan,
saya tetap nak bagi alasan.
sekarang saya MALAS nk kemas rumah sebab dh penat.
muahahahahaha......


p/s  :   mr.ade2mama takbir raya bukan sedih la dengar. sayu je. ehh haruslah. erti raya la katakan. haha

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

10 comments:

Cik Ca'ah said...

hahahhaa
mkn ketupat/lemang dgn rendang mmg pegi ahh,
kdg2 tak sedar mkn smpai 4,5 biji ketupat


lontong sdap jugak,nasi minyak sgt marvellous!

ca'ah pn dh biasa kopek kelapa,sakit tangan2,melecet sbb lagi byk drpd fara. haha,nk wt lemang lagi,rendang lagi.

suruh bandi je kemas rumah,lagipun kemas rumah tak kena pakai gigi kan? hahaha

budakijaupendek said...

Cik Ca'ah : muahahahaha..
perut buncit bukan sedar pun.
wa, lagi banyak ? saluutt sama kamu. hehe
bandi tidur je kerjanye. grr....

cik sakdi said...

aku pagi raya ape ek.slain rendang,, ade sambal goreng,, ayam masak kicap. sedap doh.kebulur aku.hahaha

Tukang Karut said...

semua yang disebut tu aku suka makan... huhu...

budakijaupendek said...

cik sakdi : wa ayam masak kicap lain dari yg lain. hehe



Tukang Karut : apa lagi, jemput dtg rumah. haha

mira nur Ishak (MNI) said...

wahh nasib baik dah berbuka. hehe ;)

syrupmasin said...

ya Allah kenape sebut2 makanan nih..haha..nak raye nih ta sabar nk melatak mcm2 makanan :D

Azie Azman said...

wah hebatnye saya bagi nasihat ye..
terkesan dekat fara..
nak bangga jap *wink..
haha..
azie punya menu wajib pagi raya are nasi himpit dengan kuah kacang la..
sedap woo mama azie punya kuah kacang..
sampai kadang2 nasik himpit tu habis dekat kitorang adik beradik je..hehehe
tak pasal kena buat lain ;)

cik pha said...

nasib baik aku bukak belog ni tang malam kalau tak..meleleh air liur tgok sotong tu hehehhe

budakijaupendek said...

mira nur Ishak (MNI) : erm terkeliur ke ?? hehe



syrupmasin : hah.. terliur ka cik abg ?? haha


Azie Azman : nasi himpit memang wajib kan2 ?? hehe


cik pha : sotong tu memang enak! huhu

copyright@budakijau.do not copy.