Tuesday, 2 August 2011

RAMADHAN KALI INI

Hye semua..
salam isnin,1 ramadhan 1432 Masihi.
hari pertama berpuasa.
terlebih dahulu minta maaf ye.
tak update blog.laptop buat hal.
mintak tolong dengan Mr.Sedut lagi.nasib baik beliau tolong dengan sukarela.
ok,ramadhan kembali lagi.
yey..happy tau.suka sangat.firsly sebab bulan yg amat mulia.
kemudian bulan yg mengajar erti kesabaran yg tinggi lagi-lagi untuk diri ni.
then...hantu a.ka. momok diikat dan dikunci ketat-ketat.hehe
kepercayaan time zaman kanak-kanak dulu kan3??
haih..zaman kanak-kanak memang manis sangat untuk dikenang..berbagai-bagai kerenah..
dulu-dulu mesti nak :-

  • main tanglung (betul tak ejaan?) itu satu kemestian tiap-tiap malam bulan ramadhan.bg alasan dekat parents nk pergi solat terawih,tapi pergi main tanglung ramai-ramai.beramai-ramai jalan tempat gelap,tak takut sb hantu kena ikat dh.hehe
  • beria-ria nk pergi bazar ramadhan.nk pilih makanan banyak-banyak.rasa konfident je nk habiskan semua makanan tu,time berbuka tak habis pun.
  • budak-budak lelaki wajib main mercun,budak-budak perempuan setakat main bunga api.tapi sy tak pernah main mercun.memang takut.setakat bunga api boleh la main pusing-pusing.hehe
  • menu berbuka puasa memang sedap-sedap seperti ikan sweet sour,lamb chop,cheese cake hanya untuk awal bulan ramadhan.dh lama-lama menu hanya telur,sardin,ikan bilis.tak tahu kenapa selera makan makin menurun.
  • mesti akan berbuka di kedai makan setidak-tidaknya seminggu dalam sebulan ramadhan tu.tak lengkap rasanya kalau tak berbuka diluar dan sesaknya ya Allah,makan pun tersedak-sedak.meja kena booking 2jam awal.tu pun dapat meja sempit.
  • time moreh di masjid jadi kegemaran kanak-kanak even setakat kuih karipap sorang satu.yg penting makan berebut-rebut.


 itu adalah senario zaman kanak-kanak dulu la dan memang terjadi dengan diri sendiri serta kawan-kawan.
sy dibesarkan dikemaman terengganu,nk kata bandar maju macam bandaraya kuala lumpur tu takdelah tapi still dikategorikan bandar.
so suasana puasa di kampung sy tak selalu rasa.kalau berpuasa pun setakat sehari sebab family pulang beraya di kampung sehari before aidilfitri menjelang.
sejak pindah negeri sembilan 5tahun lepas,sy pun jarang rasa suasana menyambut bulan ramadhan di kampung disebabkan rumah kami bukanlah dikawasan kampung tanah lahir ibu abah tapi dekat je pun,agak-agak dalam 20km jarak dari kampung ke rumah saya.
tahun lepas sy berpuasa bersama atok di australia.
memang tak meriah macam kt malaysia.tak tipu..
sunyi je..lagi pun that time winter,so sejuk.perut cepat lapar.hahaha
tapi waktu berbuka cepat.part tu sy suka. =)
atok pun kadang-kadang skip terawih sebab angin terlalu kuat.
badan dh tak kuat dan mata rabun katanya.
tapi tahun ni baru la nk sambut puasa di kampung bersama ayah saudara serta sepupu-sepapat.
baru sy tahu,di kampung,ibu cakap dh jadi amalam penduduk kampung akan memasak rendang dan membakar lemang untuk menyambut bulan ramadhan.
itu di kampung sy la,kampung di kawasan lain sy tak pasti.
so sy dengan senang hati nk la join mereka walaupun just tayang muka.
tolong merasa masakan je bantuan yg diberi.
tapi fun la,panas terbakar kulit pun takpe.dapat jumpa anak-anak sedara,main guling-guling dengan diaorang.haha
gathering dengan family members memang best.



rendang daging


lemang tanpa isi


mak lang sedang mengisi beras pulut ke dalam batang lemang


my cousin making the fireworks.hahahaha.hampeh je speaking


si pembantu yg rajin



lemang mula dibakar



tenganga masing-masing menonton upin dan ipin


me with amnah,my nephew.satu malaysia ek amnah?


sehati sejiwa ni,seluar sama colour,baju pun sama colour

itu sahaja post kali ini.selamat berpuasa semuanya.jangan ponteng tanpa sebab munasabah yer.
bubye alls :)

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

2 comments:

nuRuL haNis said...

Alalala, comelnya. Sama colour, baju ngn seluar pun sama.
Bestnya ada kampung. =)

budakijaupendek said...

yer cik hanis :)
kebetulan pulak sama warna.
kg memang menenangkan.

copyright@budakijau.do not copy.