Saturday, 27 August 2011

PERSIAPAN TERAKHIR ??

Hye semua.
salam. maaf semalam tak blogwalking.
jenguk blog rakan pun dh lewat malam.


seperti sedia maklum,
murid-murid sekolah sudah mula bercuti bermula hari jumaat.
seminggu bercuti raya.
dan tadi jenguk blog rakan pun ramai sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung mulai hari ini.
waahh giler meriah la korang.


saya seperti biasalah,
menjalankan tugas sebagai seorang kakak.
pergilah menjemput kiela (adik) di asrama beliau.
bersama bandi (abang sulung) dan mr.sedut.
sebelum tu, ibu sudah booking saya awal-awal pagi.


beliau mahu saya temankan beliau membayar bil-bil sebelum raya.
nanti raya pejabat tutup ye kan ??
tak pasal-pasal beraya guna pelita.
meriah tak ??
hahahahaha..

sesudah menemani beliau,
saya bertolak ke seremban dengan bandi (abang sulung) seawal jam pukul 10.30 pagi.
sepanjang perjalanan beliau asyik membebel!!
u know what i mean ??
membebel mengalahkan rapers gila talak!



bandi       :        fara, ko bawak laju-laju ni. bahaya la. ko nk kemana cepat-cepat ni ?
fara         :         ehh jangan ko berpura-pura tanya pulak. menunggu ko mandi berapa dekad ? aku dh janji dengan kiela pukul 10 tau. sekarang dh setengah jam lewat.
bandi       :         aku tak sanggup mati sebelum raya der.. ko bawak elok-elok sikit. baik aku mati berjuang demi negara dari aku mati katak tepi jalan, dengan ko plak tu!
fara         :          porraahhh!! lain kali aku kejut pukul 9 pagi, ko bangun pukul 8 pagi. ada faham ?
bandi       :         payah bercakap dengan ko ni. bercakap dengan siput pun lagi syok.
fara         :          tak payah bercakap. duduk diam-diam sudah..



memang panas telinga sepanjang perjalanan kami.
setibanya di seremban,
saya dahulukan puteri gayung (kiela) dahulu.
ahh biasalah, family first. muahahaha..
sila jangan merajuk ye mr.sedut.
then baru la berjumpa mr.sedut.


the reason why bandi acting like that and why i was so freaking excited nk ke seremban


fara      ---->  jumpa mr.sedut of courselah. then bandi nk belanja gue... shopping lagi. muahahahha!
bandi  ----->  sengaja tak nak cucuk duit. tak kira, aku tak nak habiskan bonus untuk fara sorang!



so anda faham kenapa kami bersengketa sedemikian rupa ?
hahahaha..
straight to jusco jaya di seremban 2.
jalan tak la sesak seperti dahulu.
parking pun mudah nk dapat.


kami tawaf jusco tu sebanyak 2 kali,
dan bandi sudah mula merungut.
ok, memang kami keluar masuk kedai banyak kali pun.


misi   :   mendapatkan sehelai seluar jean untuk budakijau yg berkualiti tinggi serta harganya yg tinggi. mendapatkan sepasang selipar sengkek untuk budakijau supaya mudah beliau berjalan ke sana sini.


kami menghabiskan masa dijusco selama hampir 2 jam.
akhirnya masing-masing membawa haluan diri.
bandi (abang sulung) pergi mencucuk duit setelah beliau melihat harga seluar jean yg menarik perhatian saya semuanya mencecah tiga angka.
puteri gayung (kiela) pergi menjenguk komik-komik beliau dikedai buku.


seperti biasa mr.sedut sedia menemani.
kaki kanan rasanya pabila melangkah ke dalam satu kedai ni.
besar terpampang 70% sale.
and i was like


"what ?? sale 70%?? demm kena masuk sini ni "


maaf, tertinggal mr.sedut kt belakang sekejap. muahahha..
i'm really super happy after found my right jeans.
ok, i'm really fussy la when it came to my jeans.
kualiti itu perlu. hahaha
terasa dunia itu adil pabila dapat sale 70%.
kahkahkah!!
ala, sehelai pun cukup la.
saya bukan la peminat jean.
cuma nk padankan dengan t-shirt time nk keluar santai-santai dengan kawan.



kami semua nak pakai hitam. bukan sepakat tapi gothic ?? hahahaha
muka saya bajet comei sungguh lahhh!!! 




euuww kaki i besauu ?? ngagagaga ~



fara  :  bandi, ko nk ke mana ?
bandi   :   bawak diri. kau poww aku tak beragak la.
fara   :   ehh bg double flying kick kang tahu la ko.



ohh puteri gayung shantek! nk sign... kihkihkih!



muka giler cuak!! mr.sedut main-main pulak time snap pic. grr...




tapi selipar sengkek still tak jumpa.
tak kira jugak!
nk pow bandi puas-puas.
lagipun sale 70% tu, murah sangat dia bayar harga jean tadi.
muahahha...
kami ke tempat lain pula.
then found my selipar sengkek.



now muka puas shopping. tapi tak banyak.
err ibu nampak anggun berkain batik. haha

sikit je pun barang. ye kan ??
bandi... mahu lagi. mahu lagi!!!

niat dihati nk berbuka diseremban.
tapi my bff sudah kembali ke jelebu.
yeyy....!!
beliau bercuti raya.
so saya bertanya kepada mr.sedut.
sudikah beliau berbuka dikawasan saya sahaja yg tak seberapa itu ??
beliau mengangguk tanda setuju.
meaaoowww... ~
sukanya hati. hahaha
terlebih gatai pulak, maaf.   =.=


sedang kami berborak mesra melepaskan rindu,
antara saya dan aichah (kawan),
saya mendapat satu panggilan daripada ibu.



ibu        :   hello hah, kt mana ni ?
fara       :    dekat deret kedai makan ni bu.
ibu        :    oh, berbuka dekat situ ek. dengan aichah je ?
fara       :    oh, aichah ade sebelah saya ni je.
ibu        :     oh, depan ko sapa pulak ek ? (mr.sedut la siapa lagi)
fara       :     err.. ntah, burung kot tengah makan-makan ni.
ibu        :     macam ni la fara, tak sedap berbuka bertiga je kan. tambah la seorang lagi, berbuka berempat. kan2 ??
fara      :     muahahhahahah!! mana ibu nampak saya ni ??
ibu       :    ko anak aku, apa ko buat terdetik kt hati ibu ni.



ok, saya kononnya malas nk beritahu ibu nk berbuka bersama mr.sedut sekali.
tapi ibu tahu. 
wawawawa... kantoi!




bersambung...........

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

14 comments:

Cik Ca'ah said...

powww bandi abis-abisan!
hahaha

^^

bunbun said...

alahaaaii bahagianya dia yeeeeehhh. soping sakan! hew hew hew

Tukang Karut said...

hoho... kantoi sudah... boleh la ajak beraya di rumah en sedut tu... kenal2 dengan mak...

sleeping_maniac90 said...

hahahaha.. mak2 nih mmg hebat kan.. tau2 je ap y kita wt...

ak pn pna kntoi ngn mak ak.. aishhh sabo je la.. hahaha

budakijaupendek said...

Cik Ca'ah : nak join tak fara mengePOW bandi ?? haha


bunbun : mestilah! hobi. ngehehehe..


Tukang Karut : beliau memang sudah kenal dengan my ibu =)


sleeping_maniac90 : tulah, hatiku dan hati ibu bersatu. muahahaha

iMBobo said...

baiknya bandi tu..hehe shopping sakan ye..iMBobo x shopping pun lagi huhu

Yui_Wani said...

Burung? LOL XDDD

budakijaupendek said...

iMBobo : aiyo, cepat shopping. hehe. dh dekar raya ni.


Yui_Wani : apa yg burung ?
tak mengerti

Lea IsNaw! said...

fara dgn andi mcm kucing ngan anjing
ngeh3

wahh..sporting gila ibu fara

syrupmasin said...

sakan shopping..rajin jemput adek..bagus2 :D

asamasin said...

bandi oh bandi..hahaha...sakan sakan..jangan lupe duet tuh tinggalkan sikit tok aku punye duet raya.. :D

budakijaupendek said...

Lea IsNaw! : bandi la kesayangan mucuk2 fara. hehe



syrupmasin : haruslah. kakak berwibawa nih. haha



asamasin : no way boy.. it's all mine. (tamak haloba) muahahahaha..
err.. nk duit raya... haha

cik bulan said...

aku menunggu det ayer dari kau ni...;D..erk..suka betul ko ngan seluar pepel tu...hahaha..

budakijaupendek said...

cik bulan : haha, sua tu satu dalam dunia ma... haha, ehh siapa tua ni?
nk duit rayo lahhh!!

copyright@budakijau.do not copy.