Thursday, 4 August 2011

PASANGAN BAKAL DIHUKUM MATI ANGKARA CINTA

KABUL: Dua remaja berusia 17 tahun di Afghanistan bakal berhadapan hukuman digantung atau direjam dengan batu hingga mati kerana disifatkan melakukan ‘jenayah’ selepas saling jatuh cinta dan cuba berkahwin.

Lebih mengejutkan, keluarga dan penduduk kampung pasangan terbabit juga mahu Halima Mohammedi dan Rafi Mohammed dibunuh kerana tidak bersetuju dengan keputusan pasangan muda itu untuk berkahwin kerana kebiasaannya perkahwinan diatur keluarga.
Bapa Halima, Kher Mohammed berkata kepada New York Times (NYT): “Apa yang kami mahu ialah kerajaan membunuh mereka.”

Dengan ditemani bapa saudara gadis terbabit, bapanya melawat Halima di penjara dan menuduhnya memberi malu kepada keluarga dan patut dibunuh.

Ketika pasangan itu berjumpa untuk melangsungkan perkahwinan, mereka diserang 300 lelaki yang menyeret mereka dari kereta, menuduh mereka berzina dan memulakan kekacauan.

Dalam rusuhan di kampung Jabrail berhampiran kota Herat itu, seorang lelaki terbunuh, sebuah balai polis dibakar, manakala Halima Mohammedi serta Rafi Mohammed, kedua-dua berusia 17 tahun dipenjara.

Rafi dan seorang sepupu yang membawanya untuk bertemu Halima, dipukul teruk penyerang.



Mereka tak berzina,
mereka cuma mahu berkahwin.
apa undang-undang mereka ni ?
sy tak faham dunia.
seperti nyawa tu boleh dijual beli.
ohh sy bangga jadi rakyat Malaysia!

: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

2 comments:

sleeping_maniac90 said...

wau dasyt...
abisla sume org xleh bcnta huhuhu

budakijaupendek said...

sleeping_manis90 : suruh kupu-kupu jela bercinta.manusia dh tak boleh bercinta.hihik!

copyright@budakijau.do not copy.