Friday, 19 August 2011

KESIAN DIA

Hye semua.
tamat sudah tugas membakar kuih raya. kihkihkih!!tiba-tiba hati terdetik nk googling tentang penyakit ulser mulut.
kenapa ??
sebab saya kena maa.. sob3!!! (sakit wooo)




apa itu ulser mulut ?


timbulnya tompokan putih didalam mulut.
selain terdapat didalam mulut, tompokan itu juga boleh terdapat dipipi dan juga lidah.
Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur. 
Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. 



siapa yang berisiko untuk dijangkit ??


Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. (bayi kecik pun boleh dijangkiti ke?)





punca dijangkiti ulser ??


Ulser boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. 
Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.
Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 



kaedah rawatan ??



Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. 
Awas! cara ini amat menyakitkan. 
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 


Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 

a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.



sumber :  Profesor Dr.Rahima Abdul Kadir ( Malaysian Dental Ossociation )



ok, saya bohong!
it's not me yg kena ulser ni,
kalau saya yg kena dh lama meraung sakit. haha.
tapi my mr.sedut yg kena.
pagi tadi dia mesej


mr.sedut  :   saya kena ulser la. sakit sangat mulut ni.
fara         :  ulser mulut tu macam mana ? sakit tak ?  (soalan bangang! beliau baru mention "sakit" ni.haha)
mr.sedut  :  um sakit. macam bengkak dan ada tompok dalam mulut ni. nk telan air liur pun sakit.
fara         :  err apa patut saya buat ?
mr.sedut  :  takde pape. sengaja beritahu. kn dh janji kita **********.

(maaf ayat terpaksa disunting. hak peribadi. muahahaha!)


alololor... kesian mr.sedut.
kata beliau, seharian menahan lapar tapi time nk berbuka mulut sakit. camno tu ??
anda dapat bayangkan tak ??
saya tak!
saya tetap merengek nak makan. biskut cicah milo pun saya sanggup.
lagi pun saya memang jenis suka mengenyangkan perut dengan air.
blluurrpppp ~
sampai kembung perut. hahahaha


to mr.sedut, saya dh tahu kaedah yang memeritkan untuk kamu.
sapu garam ye.. meh sini nk sapukn.
perit mak ko!
pasti tak sakit punye. hihik!
chill ye mr.sedut! moga cepat sembuh..










: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

12 comments:

Azie Azman said...

baik pegi beli ubat je la..
kalau letak garam memang boleh meraung..sakit gile!

ifwat said...

teruk gak org kena sakit ulser ek? ish... sabar ye :)

nuRuL haNis said...

anis selalu kena ulser mulut. Cari bonjela kat guardian atau watson. yg tu ubat yg tak menyakitkan utk pakai, tp lambat sikit baik.

budakijaupendek said...

Azie Azman : em dh suruh dia pergi klinik. lelaki, kn degil! grr...



ifwat : naa.. it's not me yg kena. mr.sedut. hehe



nuRuL haNis : oh, thanks anis. nanti kami pergi beli ubat tu :)

Azie Azman said...

aah..guna Bonjela je..
tapi azie selalu minum air banyak2..
nnt baik la :D

Cik Ca'ah said...

uish,sakit tau kalau kena ulser tu. huhuhu

Lea IsNaw! said...

ala kesian die
try kumur dgn air garam
takpun makan asam
mujarab kot~

budakijaupendek said...

Azie Azman : wokeh! thanks dear =)

sleeping_maniac90 said...

ak rs kalo ko y bubuh ubat kt mlut mr sedut, konpem mnjrit dia hahahaha

syrupmasin said...

bonjela lah ubat terbaek utk ulser :D

budakijaupendek said...

Cik Ca'ah : tulah, dia cakap sakit smpai nk telan air liur pun susah. saya tak dapat bygkn la. huhu



Lea IsNaw! : thanks lea. ramai jugak bg nasihat cengitu.




sleeping_maniac90 : hehe, muka sy pun berkerut-kerut la tengok dia menjerit sakit.




syrupmasin : yup, ada jugak yg bg nsihat mcm tu. thanks anyway =)

edaman said...

EyA pon kna gak ulcer tue...erm tym posa rsa kit sgt coz krang air kot msuk kat mlut..ad org gtao suru ltak honey knon

copyright@budakijau.do not copy.