Wednesday, 10 August 2011

KEPAPOM!!!!



bergegar tak kepala korang baca entry?
hahaha..!
kepoh je budakpendek (saya) ni kan?
takde papelah, mintak jauh gempa bumi or tsunami yg buat bumi bergegar bagai ni.
cuma sekarang dh kepapom sana sini.
apa lagi, mercun la kan. heee.. 

adat ke amalam ni semua?
mesti main mercun erk..??
saya tak tahulah ini disebabkan oleh saya perempuan atau saya anak kepada seorang anggota polis,
tapi saya tak pernah main mercun. teeetttttttttt!!!
tipu! 
hihihik.. saya pernah je main mercun, mercun bawang.
best tau. yg bunyi pettt.. petttt.. pettt macam taik gorilla jatuh tu.
ha.. tu jelah mercun yg kami dibenarkan main.
selebihnya bunga api jelah.
pernah la kami merengek dekat abah, 



" balik kampung semua main mercun. kepapom sana sini. kteorang tak pernah usik mercun pun abah =.= "



abah pun cair la tengok muka kami adik beradik buat muka macam kapur sireh tu. kelat je kn.
so abah beli la.. pasar malam berlambak abah cakap.
excited u olls.. 
that time saya baru darjah 6, my twins bro form1, and my oldest bro form5.
my lil sis memang selalu dikecualikan. hihik!
abah pun cucuh la api dekat mercun tu. rupa ala-ala mercun la.
kami adik beradik menggelupur lari, takut meletup la kononnya.



10,
9,
8,
7,
6,
5,
4,
3,
2,
1................ kepapooommmmm!!!!




ececeh.. tak, tu suara kami je yg excited gile nak mercun tu meletup.
sekali keluar asap je. siap warna-warni lagi. saya ingat lagi, warna merah dan hijau.
abang pun dh hentak-hentak kaki.



abang   : apa ni bah, abah tipu! ni bukan mercun. ni alat bantuan kecemasan!




ok, abah kenakan kitaorang
ibu yg memang dh tahu, selamba je masuk rumah meninggalkan anak-anaknya yg kebodohan diluar rumah.




abah   : ish.. ini pun mercun. cuma tak meletup. cantik tak? ada warna lagi ha.. suka tak fara?
fara     : err... suka3! tapi saya nk mercun..
abah    : ehhh budak ni. sekeh kang! ni selamat, mercun tu tak selamat. nk meletup jari tu???





sob3 ~
itulah pengalaman buruk bg saya. excited macam nk terjun perigi je rasanya,
sekali kena tipu. abah kejam...! muahahahaha.
tadi pun mr.sedut cakap dia dh meroyan nak main mercun.
saya tanya la serba sedikit,
beliau cakap bukan setakat mercun, meriam pun beliau tibai.
ok, jangan tiru macam mamat ni.
dia banyak nyawa kot, tu yg berani tu.
saya tak pernah lagi tengok rupa meriam ni macam mana.
mr.sedut cakap, banyak jenisnya.
beliau siap bg penjelasan lagi.





" meriam ni ada banyak jenis, pakai buluh, pakai tin milo, ada yang jenis tanam.. yg tanam lebih selamat dan kuat. yg tanam diberi nama meriam tanah. kalau tak tanam ada dua nama, meriam buluh dan meriam tin. "





ok, statement beliau tak boleh blah.

" yg tanam ni lebih selamat "

mana ada meriam yg selamat?
mengarut je tu semua.
dekat kampung saya pun berbunyi jugak meriam ni.
saya tanya dengan sepupu saya


" wei, ko main meriam ek? "


beliau menjawab dengan penuh bangga


" mestilah.. kampung kn. baru meriah nk rayo ni. ko tak boleh join. ko godik bonar!" (gedik benar)


ahhh.. tak usah pelawa saya pun tak nak ikut. wekkk!!
tapi memang rasa seperti tak complete je raya tanpa bunyi mercun dan meriam ni.
macam tahun lepas, saya beraya dengan atok dekat australia, sunyi sepi je.
dh la jiran kiri kanan mat salleh.
nk cucuk pelita pun tak dapek (tak dapat) sebab nanti kena saman.





that time barulah saya tahu,
hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.



** nk main bunga api je raya tahun ni. hindarkan diri anda dari ancaman meriam ni. kuang3!



: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

14 comments:

Far8 budak baik said...

wehh rendang!!haha..
mercun bawang tu tak bunyi mcm
taik gorila jatuh pun..haha
kelaka lah kau cite..
ayah kau syg kat korang lah tu..
haha..nnti kita main meriam
sama2 k..hahaha

Yan Scards said...

aku suka main mercun das..hehe
masa kecik2 paling ske mercun bola yg kuat gile tu

meriam xpenah main plak
rugiiii...heeee

budakijaupendek said...

Far8 budak baik : yelah, buat propa sikit je.bunyi taik gorila jatuh pun jadi lah. ahh tak boleh, saya tak digalakkan main meriam. hehek!

budakijaupendek said...

Yan Scards : mercun bola penah tengok rupanya macam mana. ha, bagus2. jangan main meriam. bergegar otak nanti. =D

Azie Azman said...

azie tak main pun..
selalu tengok orang main je..hehe
bunga api azie layan ;)

sleeping_maniac90 said...

sme la kita.. xpna men mercun..
tp itu mnunjukkan y kta nih dak bek... (bek ke???) hahaha...

budakijaupendek said...

Azie Azman : bunga api tak meletup. tak perlu takut. hee ~

budakijaupendek said...

sleeping_maniac90 : baik.. kita budak baik. =)

anamizu said...

heshhh!
jgn main mercun lah..
bahaye..hehe

Ungu Violet said...

main mercun roket la best...leh masuk umah owang..huhu

budakijaupendek said...

anamizu : anda main tak mercun bawang? hee ~

budakijaupendek said...

Ungu Violet : haish.. ganasnya anda. ngagagaga..

si kiut lavender said...

agaknya si hijau pendek ngah tegok gorilla berak ar..smpay taw bunyi taik jatuh camna..hatooii

budakijaupendek said...

si kiut lavender : sy pernah termimpi gorilla berak. =D

copyright@budakijau.do not copy.