Saturday, 12 March 2016

BLOGGING DAH TAK LAKU

Assalamualaikum.


Panas! Bukan berita panas ke apa, aku yang tak tahan cuaca panas. Haha!

Pandai dah aku sekarang. Nak skip update blog month to month. Dulu kalau sehari tak update, rasa bersalahnya ya ampun! Kekeke. Lihatlah bagaimana manusia berubah.

Ok, selagi aku tak lupa password blog ni dah kira bagus dh lettew. Hiks! 

Okay. Baru-baru ni ada la sorang kawan aku borak pasal keknis. Aku cakap la aku kenal dia before die feymes. Time die sibuk berblogging. Ceh, macam kenal rapat je. Haha.

Kemudian kawan aku tanya, hah apa? Blog? Apa tu?

Aku jawab ala.. coolblog.

Dan kawan aku percaya. Kahkah!

Aku rasa la kan, since boleh online thru phone je, orang kita cetek sangat pulak. Boring! Semua asyik bercakap tentang facebook je. Sebab? Senang nak online guna handphone je.

Kalau tak facebook, whatsapp, wechat, twitter.

Apa la?

Blog pun tak alert. Dulu aku layan blog sebab banyak ilmu bloggers ni share. 

Satu lagi aku tak berkenan betul orang like link-link bangang.
I mean link yang nak ranking dia hebat je padahal cerita sebenanrnya berpusing 360° darjah kot.

Ni betul-betul terjadi depan aku la.
Kawan aku baca dan like link bangang ni, dan die terus sampaikan cerita tak betul dan tak sahih tu pada kawan dia. Kemudian si kawan dia, cerita pulak pd kawan dan begitulah seterusnya..

Aku diam dan perhati jelah. Kalau ditegur, aku balik yg kena.

Ko mana tahu guna facebook!

Cilakak je. Aku guna facebook dari tahun 2008 kot. Setepek aku kena sound. Kelakar sangat orang zaman sekarang.

Ni kenapa aku mencurah rasa tak puas hati aku pd blog ni? 
Bangang aku datang tiba-tiba pulak. Hahahaha.


Tak boleh tidur la. Banyak berfikir. Banyak kerja. Banyak stress! Hahaha.

Sebab???

Nanti la aku share. Ha korang percaya la janji palsu aku. 
Tunggu la kucing berjanggut baru aku update lagi. Hehe.

Take care people.




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Wednesday, 30 December 2015

BYE 2015

Assalamualaikum.


Makin lama, makin lapuk blog aku.
Makin ditelan zaman. Seperti usia ku? Ehh? *motif? Haha!
Kebiasaanya waktu macam ni la aku muncul. Konon-konon nak tabur janji pelsu lg. Hehe.

Ye. In the end of 2015. Almost one year. But to me masih rasa macam baru nak masuk febuari je. Ahahaha.

Waktu macam ni baru la semua nak flashback kan?
Tapi sayangnya aku ni pelupa teramat.
Not all aku boleh ingat. Aku kadang-kadang ingat peristiwa tapi tarikh aku boleh lupa. 
Sebab tu la sejarah aku dulu C-. Kahkah!


"I think it's important to realize you can miss something, but you never want it back"


Gitteww ayat ko pompuan. Hahaha.
Well ye.. Banyak pekara aku rasa ayat tu seperti back up aku la. Bukan soal perasaan je, tapi kerja aku sendiri la.
Have to admit every person ada cara masing-masing.
Ada habit sendiri. Ada baik buruk.
So do mistake part of it. To learn to be better.
Tipulah dah boleh lupa apa silap aku.
Tipulah dah boleh lupa apa orang buat pada aku.
Tipulah dah boleh lupa apa aku dah buat pada orang sekeliling aku.
Cuma tahun ni, mmg aku dah step up.
Dah banyak perkara aku tinggalkan.
Ramai sokong, ramai jugak yg yakinkan aku masih sama.
See? Kau cuba nak berubah pun, masih ada negative thing they will remind you. Apa point dia? 
Aku malas nak amik kisah. Mana ada manusia pernah puas kann?

Cuba kau fikir, dari satu per satu kau nak.
Dah dapat ni, kau nak tu plk.
Dah dapat satu kau nak dua pulak.
Pernah manusia puas? Tak.


Okay, this year aku broken heart sangat.. hahahaha. *gelak dato vida. Boleh?
Pernah aku tanya kawan aku, (dia pernah jd kawan, lepas kena sound dgn ex, dia tak nak contact aku lg)

"Kau rasa wan, ada ke orang nak dekat aku wan?"

Dia senyum dan cakap pd aku. "Mestilah ada. Tapi bukan aku la. Ko bukan taste aku. Hahahaha. Tapi fara, kalau hati kau tak tenang, cuba lepaskan. Kita tengok apa akan jd. Aku berani cakap kau akan rasa better."


Aku mulanya rasa tu hint je bg aku.
Kemudian orang bg aku taik lg,
Aku pun balas taik cair kaw-kaw punya baq hang. Hahaha.
Aku tinggalkan semua yg selama ni terbeban atas bahu aku.
Kemudian? Aku rasa bebas. Free. Tenang. Takde masalah.
Walhal hakikatnya, masalah tu bertimbun.
Even ramai orang blame on me, ramai anggap aku punca, aku yg salah. Kisah plk aku? 
Ni taik banyak-banyak ni siapa nak kemas?
Cuma aku. Yg teman aku, ibu. Adik aku.
Yg tolong aku, tunang aku. *dulu bf jelah.
Yang mulut puaka banyak cakap tu buat apa?
Tengok. Melihat. 

Sepanjang masa, ibu ingatkan aku.
Sokeyy fara. Kau kuat. Kau boleh let go pekara ni. Kau mampu lawan. *dalam hati aku, aku kuat sb ibu je.

Dan tiba-tiba si tunang aku ajak kahwin.
Aku tak layan. Aku cakap dia bangang. Hahahaha!
Dia tanya lagi next day. Dekat tempat kerja pulak tu.
Aku jawab la "ko gila. Nak penampar?"
Dia buat muka. Aku buat tak endah.
Aku takde feeling sangat masa tu. Aku macam blur pun ada jgk. Gile ke apa nak ajak kahwin. Aku tak pernah decide bila aku nak kahwin. Lagi pun dengan semua masalah, aku mmg takde mood nk fikir hal kahwin pulak.


Dia datang lg, tanya aku.
"Kau kenapa? Kau taknak kahwin ke?"
Aku bengang terus. Ayat macam nak cakap aku dah tua sangat jekkk! Aku bg setepek dkt dia. "Kau sibuk pesal? Kau mak ayah aku? Ada aku mintak duit kau ke selama ni?"
Dia perasan aku marah gila dan salah tafsir ayat dia. Dia pun slow down.
Tiap-tiap hari dia offer aku balik dgn dia. Selalu aku menolak. Aku cepat angin sikit. Heee..
Dia selalu geleng kepala. Tu jd habit die bila aku marah dia.


Satu hari tu, dia hantar aku balik.
Dia slow talk dgn aku.
Dia tanya kenapa dgn aku. Aku diam.
Aku cakap jangan sibuk hal aku. Kemudian dia bukak cerita pasal ex aku. Dia tanya aku tak boleh lupakan lg ke.
Aku terus emo. Aku cakap la macam mana nak lupa. Tak sampai setahun pun lg. Kau cakap kau boleh ke lupa harjadi ex kau? Tak! Kau jangan mintak aku lupakan sb aku takkan buat. Cuma bg aku masa. Kau mana tahu taik apa dia buat pd aku. Kau boleh dengar, lihat. Tapi kau takkan boleh rasa.
Kau mintak aku percaya lelaki lg? Aku tak boleh tarik nafas lega selagi taik dia tak berkemas. Kau faham?


Dia diam.. dia tak pandang aku. Aku blah. Keluar dari kereta dan terus jalan balik rumah.
Dia mesej aku. Mintak maaaf. Sb dia push aku. Aku malas nak amik serius ttg hal tu. Aku kena fokus settlekan masalah aku sendiri.
Aku cuba, aku kuatkan diri, aku redha dgn apa yg jadi, aku cuba cari semangat aku balik.


Kawan baik aku kahwin 30 may 2015.
Aku jadi pengapit. Since sekolah lg benda tu jd bualan dan aku mmg jd pengapit dia.
Aku ni tak pernah setuju jd pengapit orang. Hahaha!
Disebabkam dia kawan baik aku, aku setuju.







All went well. Cuma aku segan je. Kawan aku kurus. Aku gemok. Haha.
Tapi kawan aku bekeras nak aku jd pengapit, aku go on jelah.
Masa majlis kawan aku, bestie aku yg lain pun ada.
Ibu dgn selamba cakap pd diaorang "fara tunang lepas raya. Jemputlah datang nanti."
Aku pandang muka ibu. Pehal ibu ni, tak bincang pape pun?

Ibu buat tak dengar ek waktu tu. Siot jekk. Haha.
Balik rumah, ibu cakap tunang je. Dia nak kahwin dengan ko kau. Apa masalahnya?
Aku jawab rasa awal lg la. Ibu cakap tak elok lama-lama.
Maybe ibu tak nak pisang berbuah dua kali.
Aku ikutkan je. Dan okay. Fara dah tunang.
Ramai mengusik la sb kitaorang ni sama tempat kerja,
Aku tak suka sb aku masih blur lg sebenarnya.
Diaorang tanya apa beza. Aku jawab sama je. Diaorang tak percaya plk. Angin je aku. Haha.


Aku tak selalu pun panggil dia tunang aku. Aku kadang-kadang panggil dia boyprend aku je lagi.
Lantaklah apa orang nak kata.
Bukan boleh pegang-pegang pun. Bukan boleh tinggal sebumbung. So bg aku sama je.


Dalam masa sama, kereta yg aku guna sekarang dah habis dibayar. Wahahahaha!
Itu berita paling menggembirakan aku tahun ni.
Tak perlu pergi bank setiap kali gaji lg dah.
Kemudian 1st time aku tak sambut pun birthday aku.
Paling worst aku rasa. Haha. Tapi abah still bg aku duit as a present. Semua kumpul duit untuk majlis akan datang.
Insa' next year. Kita doa yg baik-baik okay? *wink wink


Aku dah boleh hulur duit belanja pd adik kesyangan aku every month.
Dia kan student. Tak banyak tapi cukuplah buat adik aku tersenyum.
Aku happy dapat buat benda tu. Aku happy dah settle semua masalah.
Cuma bab majlis memanglah ada jugak berdebat. Hahaha.


Aku dengan si tunang baik-baik je.
Banyak dugaan. Gile ko nak jd angel setiap masa.
Cuma buat masa sekarang semua boleh handle dgn baik.
Masa terus berjalan. Ubati luka aku.
Goodbye 2015. Its a wonderful year to me.




: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

Sunday, 18 October 2015

KUANTAN AGAIN PART 1

Assalamualaikum.


Sekarang dah mula jinak-jinak update blog guna smartphone paksamsung i. Kihkih!

So i guest boleh la rajin sikit update blog lepas ni. *janji pelsuuuu. Hiks!

Ok, hari tu aku go back to kuantan.
Why i mention 'go back'? Sb my abah still bertugas disana.
Means ada rumah abah la disana. Rumah free kerajaan bagi pinjam je pun. Hehe.
Dulu pernah balik kuantan dengan uhuk2!!.. hahaha.
Tapi kali ni si tunang tak dapat follow sebab cuti tak approved.


Aku pujuk la. Cakap pd dia lepas halal kita bercuti sini ye? Mintak abah support ye? Wahahahaha!
Lelaki ni kalau tak pujuk kang diignorenye aku duapuluhempat tahun kang. Hehe.


So aku dan family jelah pergi ke kuantan.
Balik kuantan pun sebab bos besar abah aku ada buat kenduri kahwin anak dia dan wife die berhajat nak jumpa ibu aku.
Aku pun menyelit la sekali alang-alang lepas kenduri tu aku offday.

Aku mencik tau bila masa sebelum hari kejadian, aku punyalah berangan nak ke sana sini.
Paling aku nak jumpa, kawan-kawan sekolah kemaman aku masa form1-form3.
Tu waktu kepala senget sebelah tu.
Waktu tudung singkat. Wahaha! Tapi kasut aku maintain bata okehhh.. kekekeke..


Tapi apakan daya. Last minit abah beritahu yg tayar belakang kereta aku botak. Kedua-dua sekali pulak tu. Hurmmm.
So have to bring only one car.
Nak tukar tayar dah tak sempat sebab aku balik kerja jumaat pagi. Kiranya balik kerja kroihkroih dulu tidor mampos sangat, sampai masa ibu kejut aku suruh pack baju je. Dan terus gerak. Takde masa nak g tukar tayar bagai.
Kendurinya hari sabtu. Jumaat tu dah kena gerak dah.
Masam je muka aku sepanjang jalan.
Sebab kalau guna sebijik kereta je, sah-sah abah aku big boss punya.
Kena la ikut je plan dia pergi sana sini. Sobsobsobsssss...



sampai je bigboss ajak lepak kopitiam ekkk. Boringgg. (Walaupun orang belanja la. Hehe)

Sampai je apa lagi, melepak la dengan kawan-kawan dia
Abah aku ni polis, so faham-faham jelah puak dieorang macam mana.
Aku? Muka blurrr jelah layan kepala dan movie apa ntah. -..-


Yang tak boleh blah, sesat mana ntah aku pun kena punggah bawak tengok wayang.
Ceritanya anak kawan abah aku la, nak sangat tengok polis evo sebab dieorang dari kelantan. Disana panggung takde. Tu yang wife kawan abah beritahu la. Sorry kalau info aku salah.
Midnight movie pulak tu.
Jujur, aku tak minat tengok movie made in malaysia dekat panggung.
Tapi movie ni aku kasi 4bintang la sebab aksi diupgrade sikit.
Polis evo memang layak la dapat kutipan jutaan ringgit.


Balik malam tu, aku tidur tak ingat dunia lg sebab sampai rumah hampir pukul 4pagi. Haha.

Lenkali aku sambung lg boleh? Aku rajin sekejap je. Hahahaha.

Abah.. dalam blog saya tak boleh smoking. Hehe





: terima kasih daun keladi,lain kali datang baca lagi :

copyright@budakijau.do not copy.